backup og meta

Bolehkah Mencarum Lebih Daripada 1 Insurans Perubatan? Bakal Pencarum Perlu Tahu Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    Bolehkah Mencarum Lebih Daripada 1 Insurans Perubatan? Bakal Pencarum Perlu Tahu Ini

    Zaman sekarang ini, penulis yakin bahawa ramai orang telah mencarum dalam mana-mana insuran perubatan agar tahap kesihatan mereka akan lebih terjamin.

    Lebih mengejutkan, mungkin ada juga yang bertindak drastik dengan mencarum lebih daripada 1 insuran kesihatan kononnya untuk manfaat berganda.

    Persoalannya, adakah anda boleh dan perlu untuk carum lebih daripada 1 insurans perubatan? Jika ya, adakah manfaat juga akan berganda? Jom teruskan membaca!

    Kenapa ia adalah sesuatu yang penting?

    Ramai yang mungkin akan menyangka bahawa simpanan di dalam tabung atau bank adalah sudah sangat memadai serta mencukupi jika berlaku kecemasan kesihatan.

    Mungkin pemikiran ini adalah tepat dan benar hanya jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa diguna untuk tujuan lain terlebih dahulu.

    Maka, kita semua harus mencarum dalam sebuah insurans perubatan dengan tujuan menampung segala belanja yang harus ditanggung di saat kita jatuh sakit.

    Berbalik kepada persoalan utama artikel ini, adakah boleh dan perlu untuk memiliki lebih daripada 1 insuran kesihatan? Jika ya, adakah anda akan mendapat lebih manfaat?

    insuran perubatan

    Adakah boleh mencarum 2 insuran perubatan?

    Sebagai jawapan mudahnya, tidak wujud sebarang undang-undang sama ada di luar dan dalam negara yang mengatakan anda tidak boleh melakukan perkara tersebut.

    Sebenarnya, bahkan anda yang hanya mencarum dalam 1 caruman insuran kesihatan juga mungkin akan memilikinya lebih daripada 1 tanpa kalian sendiri sedar tentangnya.

    Terdapat beberapa penyebab yang membuat anda memiliki lebih daripada 1 insurans tanpa sengaja:

    • Anda turut dicarumkan insurans oleh majikan tempat kerja
    • Anda turut dicarumkan insurans oleh ibu bapa sendiri
    • Anda turut dicarumkan insurans oleh pasangan (suami/isteri)
    • Anda sendiri secara sengaja mencarum lebih daripada 1 insurans

    Dalam pada itu, keputusan untuk memiliki lebih daripada 1 insurans ini mungkin adalah disebabkan kepelbagaian aspek liputan biayaan oleh setiap caruman itu sendiri.

    Katakan anda menghidap penyakit kronik, maka anda mungkin akan terfikir untuk mencarum insurans perubatan, insurans penyakit kritikal serta insurans nyawa secara serentak.

    Maka anda mungkin tidak perlu risau jika bercadang atau sudahpun mencarum 2, 3 atau lebih insurans kerana tiada sebarang undang-undang yang menghalangnya.

    insuran perubatan

    Adakah perlu mencarum 2 insuran perubatan?

    Sekarang, kita semua sudah tahu bahawa adalah boleh untuk mencarum lebih daripada 1 insurans namun adakah perlu untuk anda melakukannya?

    Sebenarnya, jawapan adalah terletak di tangan anda sendiri kerana tiada sebarang panduan yang menggalakkan atau menegah anda untuk berbuat begitu.

    Sebaliknya, cuba lihat dan nilai pada kondisi kesihatan anda kerana anda mungkin perlu untuk mencarum lebih daripada 1 insurans bergantung padanya.

    Sebagai contoh, jika anda menghidap 2 penyakit kritikal yakni penyakit jantung dan penyakit buah pinggang – anda mungkin perlu mencarum 2 insurans.

    Kenapa? Ini kerana ada kemungkinan di mana satu polisi insuran perubatan itu adalah lebih baik manfaatnya berbanding yang satu lagi untuk diterima.

    Pun begitu, akan muncul satu lagi persoalan yang juga sangat penting kemudian. Jom bersama kita semua teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut.

    Adakah manfaat yang diterima juga berganda?

    insuran perubatan

    Jika dilihat pada dasarnya sahaja, mungkin ada yang berpendapat bahawa mempunyai banyak insurans akan membuahkan manfaat yang lebih banyak.

    Tidak, anda tidak akan menerima 2 botol ubat atau mendapat 2 biaya bil yang sama hanya disebabkan anda mencarum dalam 2 insuran perubatan yang berbeza.

    Sebaliknya, kalian perlu tahu bahawa akan wujud satu konsep di mana bayaran tuntuan insurans akan terbahagi dan anda tidak akan menerima 100% daripada satu ejen atau syarikat insurans itu.

    Konsep tersebut adalah pelan-pelan insurans akan berkongsi untuk membayar segala keperluan kewangan yang anda perlukan jika terjadi sebarang masalah kesihatan.

    • Insurans primer – Ia adalah insurans pertama yang membiayai segala keperluan kewangan anda dan akan mempunyai satu had
    • Insurans sekunder  – Ia adalah insurans kedua yang menyambung segala keperluan kewangan setelah yang pertama itu telah tamat

    Dalam erti kata lebih mudah, anda mungkin tidak akan menerima manfaat yang berganda namun ia mungkin lebih daripada mencukupi untuk membiayai diri anda.

    Bergantung kepada terma, syarat, polisi, ejen dan syarikat insuran perubatan itu sendiri, ia mungkin akan sedikit berbeza antara satu sama lain.

    Jadi jika anda bercadang atau telahpun mencarum lebih daripada 1 insurans, sila rujuk golongan pakar untuk informasi yang lebih lanjut dan tepat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan