backup og meta

5 Soalan Patut Ditanya Sebelum Anda Beli Insurans Kesihatan! #4 Itu Wajib Soal

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/08/2021

    5 Soalan Patut Ditanya Sebelum Anda Beli Insurans Kesihatan! #4 Itu Wajib Soal

    Hakikatnya, tidak semua orang ada sedangkan ia adalah antara perkara yang sangat penting dalam hidup kita semua – insuran kesihatan.

    Mungkin ini disebabkan oleh segelintir individu yang kurang cakna serta tidak yakin akan kepentingannya terhadap kehidupan seharian.

    Ia sudah tentu adalah pemikiran yang kurang tepat kerana semua orang patut memilikinya.

    Persoalannya, apakah soalan yang patut ditanya sebelum anda beli insurans kesihatan terbaik? Jom teruskan membaca untuk tahu!

    Kenapa insurans kesihatan itu patut anda miliki?

    Mungkin ramai individu yang menyangka bahawa simpanan di dalam tabung atau bank sudah memadai untuk masa depan di hari tua kelak.

    Ya, ia mungkin benar jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa dikorek terlebih dahulu untuk kegunaan kecemasan jika perlu.

    Kata kuncinya adalah ‘kegunaan kecemasan’ yang tentu sekali berkait rapat dengan aspek kesihatan tubuh badan kita semua!

    Kita perlu memiliki insuran kesihatan dengan tujuan menampung segala perbelanjaan atau kerugian yang harus ditanggung di saat kita sakit.

    Pun begitu, masih ramai yang masih belum sedar kegunaan dan kepentingan memilikinya dan pemikiran ini harus diubah dengan serta-merta.

    perlindungan insurans

    Namun jangan terus beli, kena pandai kaji dan selidik kelebihannya terlebih dahulu ya?

    Sebelum beli insuran kesihatan, tanya perkara ini!

    Terdapat banyak jenis, jenama dan harga insurans kesihatan yang wujud di negara kita ini. Persoalannya, yang mana satu patut anda pilih?

    Sebelum membuat sebarang keputusan, tanyakan perkara-perkara ini kepada ejen insurans anda:

    #1.  Apakah perlindungan yang ditawarkan dalam pelan insurans?

    Ada pelbagai pelan perlindungan yang ditawarkan dalam setiap pelan insuran kesihatan tidak termasuk pilihan tambahan (rider).

    Kesemua pelan ini akan mempunyai satu ciri asas yakni memberikan bantuan kewangan setiap kali anda mengalami sakit yang kronik.

    Terdapat dua jenis pelan insuran kesihatan terbaik yang mungkin anda boleh pilih iaitu:

    • Insurans kesihatan jangka masa panjang – Pelan kesihatan asas yang akan membiayai segala/sedikit kos hospitalisasi, rawatan dan ubatan
    • Insurans pendapatan ketika hospitalisasi – Pelan perlindungan yang memberikan pendapatan harian sepanjang diwadkan di hospital

    #2. Adakah pelan yang dipilih termaktub untuk semua jenis penyakit?

    Di dunia ini terdapat banyak jenis penyakit dan kos untuk rawatan serta ubatan yang mungkin akan berbeza bergantung kepada tahap keterukannya.
    Di negara kita, kebanyakan insurans kesihatan akan membiayai kesemua jenis penyakit, namun bergantung kepada beberapa terma dan syarat.
    insuran kesihatan terbaik
    Dalam pada itu, anda perlu tahu bahawa kos perubatan yang tinggi akan meninggalkan anda dengan nilai rendah untuk perlindungan pada masa akan datang pula.

    #3. Adakah pelan yang dipilih meliputi keadaan kesihatan terkini?

    Meskipun dikatakan kesemua jenis penyakit akan ditanggung, namun terdapat beberapa pengecualian khas yang mungkin tidak akan dibiaya (major exclusion).

    Antara perkara terbabit yang mungkin akan dikecualikan adalah seperti berikut:

    • Penyakit yang sudah sedia ada
    • Pembedahan plastik dan kosmetik
    • Pembedahan khatan alat sulit
    • Lensa mata untuk tujuan pembaikan penglihatan
    • Rawatan gigi seperti braces, scalling, whitening dan lain-lain
    • Rawatan penyakit tertentu selepas beberapa hari pelan luput

    Namun pengecualian ini mungkin boleh dipinda semula jika kalian mengalami kecederaan akibat kemalangan dan ini bergantung pada polisi syarikat insurans.

    #4. Berapakah nilai saya harus bayar untuk setiap bulan/tahun?

    Ini merupakan soalan yang paling popular yang patut ditanya memandangkan ia melibatkan aspek kawalan dan urusan kewangan anda!

    insurans kesihatan

    Oleh itu, sila tanyakan kepada ejen insuran kesihatan anda mengenai pembayaran pendahuluan, bulanan, tahunan dan sebarang kos tersembunyi.

    Ada pilihan untuk anda melakukan deduksi automatik terus daripada akaun bank anda dan ini sudah pasti akan memudahkan anda menguruskan kewangan.

    #5. Di manakah pusat perubatan yang dibiayai pelan insurans?

    Ramai yang salah sangka bahawa pemilikan ‘medical card‘ itu akan membolehkan anda mendapatkan rawatan percuma di mana-mana pusat perubatan.

    Sebenarnya, ia mungkin kurang tepat kerana ia tertakhluk kepada pusat perubatan yang telahpun termaktub di dalam pelan insuran kesihatan anda sahaja.

    Selain itu, ketahuilah juga bahawa mungkin ada kos-kos perubatan tersembunyi yang tidak akan ditanggung oleh syarikat insurans anda.

    Konklusinya, sila cari, pilih dan beli insuran kesihatan terbaik bersama ejen ataupun syarikat yang telah terbukti kredibiliti, kelebihan dan kestabilan.

    Pastikan juga sebarang soalan yang ada dalam diri anda sebelum membeli telah terjawab agar tidak timbul pula isu lain untuk ‘claim‘ di masa hadapan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan