backup og meta

Tak Sangka! Sebenarnya, Kita Telah Berjaya Basmi 1 Penyakit Ini Di Peringkat Global!

Tak Sangka! Sebenarnya, Kita Telah Berjaya Basmi 1 Penyakit Ini Di Peringkat Global!

Apabila sesuatu wabak penyakit bahaya di dunia melanda, pasti ramai yang mula resah dan tertanya, adakah penyakit itu akan sampai ke Malaysia

Perkara ini mudah sahaja untuk difahami. Jika tidak terdapat sebarang perlindungan awal seperti pencegahan melalui suntikan vaksin, pasti penyakit itu akan menjengah negara ini dengan pantas dan mudah tanpa perlu mengetuk pintu sempadan negara.

Namun, untuk pengetahuan anda juga, terdapat wabak yang tidak lagi wujud dan diisytihar telah dibasmi secara total di muka bumi ini. Apakah ia? Ketahuinya melalui artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Penyakit bahaya di dunia yang telah hilang

Sehingga kini, terdapat hanya satu penyakit yang berjaya dibasmi secara keseluruhan di peringkat global. Ia adalah penyakit cacar.

penyakit bahaya di dunia

Terdapat satu lagi penyakit kronik yang berjaya dibasmi, tetapi ia hanya menjangkiti haiwan, yang dikenali dengan nama penyakit rinderpest.

Cacar adalah penyakit bahaya di dunia pertama dan satu-satunya penyakit berjangkit manusia yang berjaya dibasmi melalui intervensi atau perancangan yang teliti.

Cacar (variola) terjadi dalam dua jenis keadaan: variola major dan variola minor. Variola major adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada kadar kematian akibat cacar yang berlaku antara 30-5-%.

Variola minor pula bermakna kadar kematian akibat cacar yang berlaku kurang daripada 1%.

Kes terakhir bagi kondisi cacar air (chicken pox)

Bagi kes variola major, ia telah dikesan kali terakhir terjadi pada bulan Oktober 1975 di Bangladesh.

Manakala untuk kes natural terakhir yang melibatkan jangkitan variola minor, ia telah didiagnosis berlaku kepada seorang kanak-kanak bernama Ali Maow Maalin pada 26 Oktober 1977, di daerah Merca, Somalia.

penyakit bahaya di dunia

Ali telah berjaya disembuhkan daripada penyakit cacar ini dan penyakit cacar telah diisytihar berjaya dibasmi secara total dua tahun kemudian pada 1979.

Apa yang menarik mengenai Ali ini ialah, dia kemudiannya terlibat dalam kempen pembasmian poliomielitis yang berjaya di Somalia.

Walau bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia akibat penyakit malaria semasa menjalankan vaksinasi polio selepas kemunculan semula poliovirus pada tahun 2013.

Peluang pembasmian penyakit yang lain

Walaupun cacar menjadi satu-satunya penyakit bahaya di dunia yang telah berjaya dibasmi, terdapat juga potensi untuk kondisi lain dibasmi seperti mana penyakit cacar ini.

Sebagai contoh, penurunan kes polio dari tahun ke tahun menjanjikan satu lagi peluang untuk ia berjaya dibasmi secara total.

Dengan sebanyak 52,552 kes polio direkodkan pada tahun 1980, ia telah menurun kepada hanya 33 kes pada tahun 2018.

penyakit bahaya di dunia

Wilayah-wilayah berikut telah diisytiharkan sebagai wilayah yang bebas daripada penyakit polio:

  • Benua Amerika: bebas polio pada tahun 1994
  • Rantau Indo-pasifik: bebas polio pada tahun 1997
  • Benua Eropah: bebas polio pada tahun 1998
  • Rantau Pasifik Barat termasuk China: bebas polio pada tahun 2000
  • Rantau Asia Tenggara termasuk India: bebas polio pada tahun 2014

Sejarah telah menunjukkan, usaha untuk pembasmian wabak penyakit bahaya di dunia tidak mengambil masa yang pendek.

Usaha berpuluh tahun yang dilaksanakan ini telah menyelamatkan ribuan nyawa lain terutamanya generasi baharu umat manusia.

Jangan disebabkan oleh kedegilan kita untuk menerima suntikan vaksin, penyakit-penyakit berbahaya ini kembali menjengah tubuh badan kita.

Pada masa itu, usaha bertahun-tahun untuk membasminya telah menjadi satu usaha yang sia-sia.

Jika kita bukanlah seorang individu yang berilmu dalam sesuatu bidang, serahkan kepada pakarnya kerana mereka lebih mengetahui. 

Biarkan pakar yang menentukannya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 deadly diseases the world has (almost) eradicated, https://www.weforum.org/agenda/2017/05/7-deadly-diseases-the-world-has-almost-eradicated/, Accessed Oct 9 2023.
  2. Eradication of Diseases, https://ourworldindata.org/eradication-of-diseases, Accessed Oct 9 2023.
  3. Disease Eradication: What Does It Take to Wipe out a Disease?, https://asm.org/Articles/2020/March/Disease-Eradication-What-Does-It-Take-to-Wipe-out, Accessed Oct 9 2023.
  4. Disease Elimination and Eradication, https://historyofvaccines.org/vaccines-101/what-do-vaccines-do/disease-elimination-and-eradication, Accessed Oct 9 2023.
  5. What About Other Diseases?, https://www.amnh.org/explore/science-topics/disease-eradication/countdown-to-zero/what-about-other-diseases, Accessed Oct 9 2023.

 

Versi Terbaru

11/10/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Panduan LENGKAP Cara Kira BMI (Bayi, Kanak-kanak, Remaja, Ibu Mengandung & Orang Dewasa)

Vaksin Bukan Agenda Yahudi! Sebelum Tolak Vaksin, Fahami Dulu Asal Usulnya Biar Lebih Percaya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan