Definisi
Apa itu Selsema burung?
Selsema burung atau dikenali sebagai Avian flu adalah sejenis jangkitan virus yang merebak diantara spesis burung.
Kebanyakan burung mati akibat jangkitan ini.
Sesetengah selsema burung hanya merebak diantara spesis burung, tetapi ada sesetengah selesema burung yang menjangkiti manusia dan haiwan lain dan menyebabkan berlaku banyak kematian.
Sebagai contoh ialah H5N1 dan H7N9.
Burung yang mendapat jangkitan ini sukar dikenalpasti dengan mata kasar.
Hal ini kerana burung-burung ini tidak selalunya kelihatan sakit akibat jangkitan ini dan ada sebahagiannya kelihatan sihat seperti biasa.
Apa risiko Selsema burung?
Individu mungkin mendapat jangkitan selesema ini melalui hubungan/sentuhan secara kerap/ terus dengan burung yang mendapat penyakit ini atau najis burung tersebut.
Ini bermakna semua individu pada setiap peringkat umur dan jantina berisiko untuk mendapat jangkitan selsema burung.
Sejak kes manusia pertama yang dijangkiti penyakit ini pada tahun 1997, hampir 60% individu mati akibat daripada jangkitan influenza H5N1.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen