Jika anda disahkan menghidap penyakit sistem endokrin, ia akan menjejaskan proses penghasilan, pengeluaran dan penyampaian hormon dalam tubuh badan.
Kesannya, gangguan sistem endokrin ini akan menyebabkan pelbagai masalah pada fungsi organ serta kelenjar pada tubuh badan.
Persoalannya, apakah antara jenis penyakit sistem endokrin yang biasa terjadi? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!
Penyakit sistem endokrin yang biasa terjadi
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat banyak jenis gangguan sistem endokrin yang biasa berlaku akibat punca yang tertentu termasuklah:
Gangguan sistem endokrin #1. Diabetes
Anda terkejut kerana baru tahu kencing manis adalah antara jenis penyakit sistem endokrin? Ya, ia benar kerana kondisi ini terjadi akibat kerosakan organ pankreas.
Buat anda yang masih belum tahu, organ ini berfungsi untuk memproses gula yang terdapat dalam makanan atau minuman sekali gus mengawal kadar gula dalam darah.
Jika berlaku sebarang kerosakan, pankreas tidak lagi mampu menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh badan rintang terhadapnya, lantas menjadi punca glukosa meningkat.
#2. Penyakit Addison
Kondisi ini adalah disebabkan oleh penurunan penghasilan kortisol dan aldosteron akibat kerosakan pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon adrenalin.
Berikut adalah antara simptom-simptom umum kondisi ini berlaku pada anda:
- Sakit kepala
- Badan lemah
- Berat badan menurun mendadak
- Tekanan darah rendah
- Cirit-birit
- Mual-mual
- Muntah-muntah
- Kemurungan
- Kegelisahan
- Mengidam untuk makan garam
#3. Sindrom Cushing
Kondisi ini adalah disebabkan oleh peningkatan penghasilan kortisol dan aldosteron akibat kerosakan pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon adrenalin.
Berikut adalah antara simptom-simptom umum kondisi ini berlaku pada anda:
- Badan lemah
- Tulang rapuh
- Kerap haus
- Sering kencing
- Tekanan darah tinggi
- Glukosa darah tinggi
- Perubahan mood
- Muncul buffalo hump
Penyakit sistem endokrin #4. Tumor pituitari
Sesuai dengan namanya, gangguan ini berlaku angkara pembentukan ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang berfungsi untuk pertumbuhan dan perkembangan manusia.
Ia akan menyebabkan banyak masalah berkaitan otak, kepala serta tubuh badan secara tidak langsung kerana fungsi kelenjar ini juga adalah untuk meregulasikan kelenjar lain.
#5. Hipotiroidisme
Hipotiroidisme ini adalah sejenis kondisi yang berlaku apabila kelenjar tiroid kurang aktif lantas menyalurkan hormon tiroid yang agak sedikit berbanding normal.
Akibatnya, tubuh badan penderita akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:
- Badan lemah
- Sakit sendi
- Sakit otot
- Muka bengkak
- Rambut kering
- Kurang peluh
- Sembelit
- Berat badan naik mendadak
- Tidak tahan sejuk
- Degup jantung perlahan
- Goiter
#6. Hipertiroidisme
Hipertiroidisme pula adalah sejenis kondisi yang berlaku apabila kelenjar tiroid sangat aktif lantas menyalurkan hormon tiroid yang lebih banyak berbanding normal.
Akibatnya, tubuh badan pesakit akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:
- Badan lemah
- Sukar tidur
- Perubahan mood ketara
- Cirit-birit
- Berat badan meningkat mendadak
- Tidak tahan panas
- Degup jantung laju
- Goiter
Penyakit sistem endokrin #7. Goiter
Jika anda baca mengenai 2 masalah tiroid yang lain di atas tadi, anda akan perasan kedua-duanya akan menyebabkan satu simptom sama iaitu goiter. Apakah ia?
Untuk pengetahuan anda, goiter ini adalah satu kondisi di mana kelenjar tiroid membengkak dan membesar sehingga anda sendiri boleh melihat perbezaannya.
Ia berlaku angkara kurang iodin, kekurangan atau lambakan produksi hormon tiroid, namun ia mungkin tidak akan menyebabkan kesakitan kecuali ketika menelan.
Penyakit sistem endokrin #8. Kanser
Juga disebabkan oleh kerosakan pada kelenjar tiroid, ini mungkin merupakan antara gangguan sistem endokrin yang paling ditakuti oleh kita semua iaitu kanser.
Kanser tiroid boleh berlaku tanpa anda sangka kerana simptomnya adalah lebih kurang sama dengan goiter cuma ia akan tumbuh dengan lebih cepat lagi.
Kebiasaannya, kanser jenis ini boleh dirawat sebelum terlambat dengan cara pembedahan untuk membuang sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid.
#9. Polycystic ovary syndrome (PCOS)
Khas buat kaum wanita, terdapat satu jenis penyakit sistem endokrin yang mungkin boleh terjadi kepada anda iaitu PCOS yang akan melibatkan organ rahim.
PCOS berlaku akibat kandungan hormon androgen yang terlalu tinggi lantas menyebabkan sista terbentuk pada rahim, sekali gus menjejaskan kitaran menstrual.
Selain gangguan kitaran haid, anda juga mungkin akan mengalami simptom lain seperti tumbuh jerawat muka, tumbuh bulu muka, rambut nipis serta ketidaksuburan.
Dalam erti kata lebih mudah, terdapat banyak penyakit sistem endokrin yang boleh berlaku kepada anda; ada yang mungkin bahaya, tidak bahaya serta biasa sahaja.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kondisi anda berkaitan sistem ini, sila segera berjumpa doktor bagi mendapatkan informasi yang lebih tepat mengenai tubuh badan anda.
[embed-health-tool-bmi]