Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Punca tumor otak
Sebelum anda mengetahui mengenai tumor otak, kenali dahulu mengenai tumor.
Kebiasaannya, sel-sel di dalam tubuh akan tumbuh, menjadi tua, mati, dan sel-sel baru akan membentuk untuk menggantikannya.
Sebaliknya, dengan tumor atau kanser, sel tidak akan mati. Ia terus berkembang, terkumpul dan membentuk jisim tisu yang tidak normal yang dipanggil tumor.
Tumor otak adalah tumor yang terletak di otak.

Kanser otak muncul daripada pelbagai sel yang membentuk otak dan sistem saraf. Ia dinamakan sempena jenis sel di mana ia mula-mula membentuk.
Jenis tumor otak dewasa yang paling umum adalah tumor glicomas dan astrocytic. Astrosit dan sel glia wujud untuk membantu saraf kekal sihat.
Jenis biasa kedua adalah tumor menigeal. Tumor ini terbentuk di meninges yang merupakan lapisan tisu nipis yang meliputi otak saraf tunjang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen