backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Panasonic

Suhu Sekarang Semakin Tinggi? Ketahui Risiko Cuaca Panas Terhadap Kesihatan Keluarga

Ramai rakyat Malaysia kini menjadikan carian suhu sekarang sebagai antara perkara yang sering disemak setiap hari, terutamanya ketika negara berdepan cuaca panas dan kering. 

Suhu Sekarang Semakin Tinggi? Ketahui Risiko Cuaca Panas Terhadap Kesihatan Keluarga

Sama ada untuk merancang aktiviti luar atau memantau keadaan cuaca, peningkatan suhu bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Malaysia sememangnya terletak berhampiran garisan khatulistiwa dan menerima pancaran matahari sepanjang tahun. 

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai mula menyedari bahawa cuaca terasa lebih panas berbanding sebelumnya. 

Apabila melihat data suhu sekarang ramalan cuaca, tidak hairanlah ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri dan keluarga daripada kesan haba melampau.

Persoalannya, sejauh manakah cuaca panas boleh memberi kesan kepada kesihatan kita?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Mengapa ramai semak suhu sekarang di Malaysia?

Ramai yang mengikuti perkembangan suhu sekarang di Malaysia. Ini kerana, beberapa kawasan atau negeri sering merekodkan suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan lain. 

Sebagai contoh, carian berkaitan suhu sekarang Kedah atau suhu sekarang Perlis sering meningkat ketika musim cuaca panas. 

Hal ini kerana, kedua-dua negeri ini merupakan antara kawasan yang konsisten mencatat suhu tinggi yang kadang kala menghampiri 40°C akibat faktor geografi, corak angin monsun serta bentuk muka bumi yang lebih rata.

Namun semakan suhu harian ini bukanlah tanpa sebab yang kukuh. Ini kerana, peningkatan suhu sememangnya boleh mempengaruhi keselesaan harian, produktiviti, perancangan, malah kesihatan fizikal.

Apabila suhu meningkat, badan manusia perlu bekerja lebih keras untuk mengawal dan mengekalkan suhu normal.1 

Jika keadaan ini berterusan tanpa langkah pencegahan yang sesuai, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku.

Siapakah paling berisiko ketika cuaca panas melampau?

suhu sekarang
Kanak-kanak antara golongan berisiko alami gangguan kesihatan akibat gelombang haba atau suhu tinggi.

Walaupun cuaca panas boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja, terdapat beberapa kumpulan yang lebih berisiko.

Antaranya termasuk:1 2 3

  • Individu berusia 40 tahun ke atas
  • Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah

  • Mereka yang bekerja di luar bangunan seperti petani, buruh dan pekerja tapak pembinaan

  • Pesakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah tiroid

Golongan ini perlu memberi perhatian khusus kepada perubahan suhu sekarang kerana mereka lebih mudah mengalami komplikasi akibat haba berlebihan.

Apa berlaku pada badan apabila terlalu lama terdedah kepada cuaca panas?

Apabila badan terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang panjang, tubuh akan kehilangan lebih banyak air dan garam mineral melalui peluh. Ini boleh menjejaskan fungsi normal tubuh.

Pada peringkat awal, seseorang mungkin mengalami:1 4

Jika keadaan menjadi lebih serius, beberapa masalah kesihatan berikut boleh berlaku:5

  • Heat Syncope: Keadaan pitam atau pengsan akibat pendedahan kepada suhu panas yang melampau.
  • Heat Cramps: Kekejangan otot yang berlaku akibat kehilangan elektrolit melalui peluh berlebihan.
  • Heat Exhaustion: Keletihan melampau yang boleh menyebabkan pening, loya dan kelemahan badan.
  • Heat Stroke: Keadaan kecemasan perubatan yang berlaku apabila suhu badan meningkat secara mendadak dan gagal dikawal. Rawatan segera diperlukan bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Selain kesan jangka pendek, pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari juga boleh meningkatkan risiko katarak, penuaan kulit pramatang dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan sinaran ultraviolet.6 7

10 cara lindungi keluarga ketika suhu sekarang semakin meningkat

suhu sekarang
Penggunaan penyaman udara membantu menurunkan suhu dalam rumah ketika musim panas.

Selepas memahami risiko yang mungkin berlaku, langkah seterusnya adalah mengambil tindakan pencegahan yang sesuai.

#1. Pakai pakaian yang ringan dan longgar

Pilih pakaian berwarna cerah dan diperbuat daripada kapas untuk membantu badan kekal sejuk.

#2. Kurangkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas

Elakkan aktiviti luar pada waktu tengah hari apabila suhu sekarang di Malaysia berada pada tahap tertinggi.

#3. Gunakan perlindungan daripada cahaya matahari

Topi, payung dan cermin mata hitam boleh membantu mengurangkan pendedahan kepada sinaran UV.

#4. Minum air secukupnya

Jangan tunggu sehingga dahaga sebelum minum. Minum lebih banyak air apabila berada di luar rumah.

#5. Kerap sejukkan badan

Mandi atau berehat di kawasan yang lebih sejuk dapat membantu mengurangkan tekanan haba.

#6. Gunakan pelindung matahari

Sapukan pelindung matahari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum keluar rumah.

#7. Elakkan berjemur terlalu lama

Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari boleh meningkatkan risiko kerosakan kulit.

#8. Pilih waktu yang sesuai untuk bersenam

Lakukan aktiviti fizikal pada awal pagi atau lewat petang.

#9. Kurangkan minuman berkafein dan bergula tinggi

Minuman ini boleh meningkatkan risiko dehidrasi.

#10. Pastikan rumah kekal nyaman dan selesa

Ketika cuaca panas, ramai memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di dalam rumah. 

Oleh itu, persekitaran dalam kediaman yang selesa menjadi semakin penting untuk kesejahteraan keluarga.

Apabila suhu panas di luar, keselesaan dalam rumah jadi keutamaan

Apabila melihat bacaan suhu sekarang ramalan cuaca yang semakin meningkat, ramai keluarga memilih untuk berada di dalam rumah bagi mengurangkan pendedahan kepada gelombang haba.

Namun, keselesaan bukan hanya bergantung kepada suhu yang sejuk semata-mata. 

Kualiti udara dalaman juga memainkan peranan penting, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, individu yang mengalami resdung atau pemilik haiwan peliharaan.

Di sinilah penyaman udara moden memainkan peranan yang lebih besar daripada sekadar menyejukkan ruang ketika cuaca panas dan suhu yang tinggi. 

Panasonic hadir dengan teknologi nanoe™ X, udara sejuk dan lebih berkualiti

Panasonic memperkenalkan penyaman udara moden dengan teknologi nanoe™ X yang dibangunkan secara eksklusif hasil penyelidikan bertahun-tahun dalam teknologi kualiti udara dalaman. 

Teknologi ini menggunakan hydroxyl radicals yang terkandung dalam partikel air untuk membantu menghalang pelbagai jenis bahan pencemar yang terdapat di udara dan pada permukaan dalam rumah.

Antara kelebihan teknologi nanoe™ X termasuk:

  • Membantu menghalang bakteria, virus, kulat dan alergen tertentu

  • Membantu mengurangkan bau yang kurang menyenangkan dalam ruang kediaman
  • Membantu menghalang debunga serta bahan pencemar tertentu di udara
  • Berfungsi pada udara dan juga permukaan dalam rumah
  • Partikel nano yang sangat kecil membolehkannya menembusi fabrik seperti langsir, sofa dan kusyen
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan khas untuk generator nanoe™ X
  • Membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa untuk seisi keluarga

Ketika suhu sekarang di Malaysia terus menjadi perhatian ramai, memilih penyaman udara Panasonic dengan teknologi nanoe™ X ini bukan lagi sekadar soal penyejukan. Ia juga merupakan pelaburan jangka panjang untuk keselesaan dan kualiti udara di dalam rumah.

Ketahui lebih lanjut mengenai Panasonic Air Conditioning dengan teknologi nanoe™ X di sini dan fahami bagaimana teknologi ini membantu menyokong gaya hidup yang lebih selesa untuk seisi keluarga.

#BeyondTheCool

#HidupMestiChill

Buatan Malaysia dengan lebih 50 tahun pengalaman serta kualiti Jepun yang dipercayai.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heat and health. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/climate-change-heat-and-health. Diakses Jun 19, 2026. 
  2. Extreme heat. https://ceh.unicef.org/spotlight-risk/extreme-heat. Diakses Jun 19, 2026.
  3. Heat-related health problems. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/heat-related-health-problems. Diakses Jun 19, 2026.
  4. Heat exhaustion. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heat-exhaustion/symptoms-causes/syc-20373250. Diakses Jun 19, 2026.
  5. Heat-related Illnesses. https://www.cdc.gov/niosh/heat-stress/about/illnesses.html. Diakses Jun 19, 2026.
  6. Health Effects of UV Radiation. https://www.epa.gov/sunsafety/health-effects-uv-radiation. Diakses Jun 19, 2026.
  7. UV Radiation & Your Skin. https://www.skincancer.org/risk-factors/uv-radiation/. Diakses Jun 19, 2026.

Versi Terbaru

01/07/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

AWAS! Anak Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini 8 Cara Elak!

Air Alkali Baik Untuk Kesihatan? Ini 5 Manfaatnya Jika Anda Gunakan Dalam Kehidupan Seharian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan