backup og meta

Ini Cara Nak Buat Air Garam Cuci Luka Di Rumah, Mudah Saja, Hanya Guna 2 Bahan!

Ini Cara Nak Buat Air Garam Cuci Luka Di Rumah, Mudah Saja, Hanya Guna 2 Bahan!

Tahukah anda, luka yang anda alami perlu dicuci bersih sebelum dibalut untuk mengurangkan kadar jangkitan dan komplikasi lain. Jika di hospital atau klinik, luka pesakit biasanya akan dicuci dengan menggunakan air cuci luka. Apakah manfaat air ini? Ikuti penerangan di bawah ini kerana kami juga akan memberikan cara membuat air garam cuci luka di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu air cuci luka?

air cuci luka

Ada juga yang menyebut air ini sebagai air garam untuk tujuan mencuci luka.

Ada juga yang menyebutnya sebagai air saline.

Apa pun sebutannya, ia adalah produk yang sama. Air garam untuk mencuci luka atau air saline ini merupakan air yang mengandungi konsentrasi larutan garam yang tinggi.

Biasanya ia mempunyai sekitar 0.9% kandungan garam dan mempunyai komposisi air dan garam yang sama seperti dalam darah dan juga air mata manusia.

Disebabkan air ini mengandungi sedikit kandungan garam, ia mempunyai kesan antibakteria yang baik ketika anda mencuci luka.

Oleh sebab itu, air saline ini biasa digunakan untuk tujuan cucian luka di hospital. 

Kebaikan air cuci luka

Seperti yang diterangkan di atas, air garam atau air saline ini boleh membantu membersihkan luka dengan cara menyingkirkan segala kotoran dan juga sel kulit yang telah mati.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah sakit tekak, air garam yang dikumur boleh membantu melegakan pedih tekak yang dialami.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk mencuci lubang hidung anda.

Mengalirkan air garam dalam lubang hidung boleh membantu melembapkan hidung serta mengeluarkan lebihan mukus dan juga bakteria.

Hasilnya, ia boleh mengurangkan simptom-simptom resdung, selesema dan juga alahan

Cara buat air saline di rumah

air cuci luka

Air saline boleh dibuat di rumah sebagai persediaan untuk mencuci luka atau kegunaan lain.

Untuk pengetahuan anda, air garam atau saline yang dibuat dengan betul adalah sama keadaannya dengan air suling.

Oleh itu, ia selamat untuk digunakan bagi tujuan mencuci hidung atau membilas mata.

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat air cuci luka ialah:

  • 4 cawan air suling. Jika tiada, anda boleh gunakan air yang telah dimasak. Pastikan air tersebut dimasak sekurang-kurangnya 20 minit
  • 2 sudu teh garam tanpa ion. Elakkan penggunaan garam laut atau garam dapur
  • Satu bekas kedap udara berserta penutup. Boleh juga gunakan botol air kedap udara
  • Sudu atau senduk untuk mengacau

Cara-caranya ialah:

  1. Bagi anda yang tidak mempunyai air suling atau air bertapis di rumah, anda boleh memasak air terlebih dahulu sekurang-kurangnya 20 minit. Ini bertujuan untuk mensterilkan air tersebut daripada sebarang bakteria dan juga bahan kimia berbahaya. Pastikan air sejuk dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum digunakan. 
  2. Cuci tangan anda sehingga bersih.
  3. Sterilkan bekas kedap udara atau botol terlebih dahulu dengan menggunakan sabun cuci pinggan. Anda juga boleh merebusnya dalam air panas terlebih dahulu. 
  4. Setelah bekas atau botol disteril, masukkan air yang telah dimasak ke dalam bekas tersebut. Masukkan garam dan kacau sehingga garam larut sepenuhnya. 
  5. Simpan di tempat yang kering atau di dalam peti sejuk.

Kajian ada menunjukkan bahawa bakteria boleh berkembang dan membiak dalam air garam atau air saline dalam tempoh 24 jam.

Namun, jika air cuci luka ini disimpan dalam peti sejuk, ia boleh merencatkan pertumbuhan bakteria tersebut. 

Pastikan air garam cuci luka selamat digunakan

air cuci luka

Memandangkan air ini akan digunakan untuk tujuan mencuci luka dan lain-lain lagi, amat penting untuk memastikannya bebas daripada pertumbuhan bakteria dan bahan tercemar lain.

Untuk menjadikannya selamat digunakan, pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut:

  • Jangan sentuh air garam dengan menggunakan jari atau tangan
  • Hanya gunakan bahan atau alat yang bersih sewaktu menyediakan air tersebut
  • Gunakan bekas atau botol yang benar-benar bersih sewaktu menyimpan air garam dalam peti sejuk
  • Gunakan penitis yang bersih sewaktu mencuci luka 
  • Sentiasa simpan semula air saline dalam peti sejuk selepas selesai digunakan

Kesimpulan

Jika anda membuat air cuci luka ini di rumah, ia boleh dijadikan sebagai persediaan sewaktu berlakunya sebarang kecederaan kecil.

Oleh itu, anda boleh melakukan cucian luka dengan yakin selain boleh memberikan rawatan awal ketika kecederaan berlaku.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Beam J. W. (2006). Wound Cleansing: Water or Saline?. Journal of Athletic Training, 41(2), 196–197. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1472650/#:~:text=Normal%20sterile%20saline%20is%20regarded,does%20not%20damage%20healing%20tissues.&text=Tap%20water%20is%20commonly%20used,interest%20as%20a%20cleansing%20solution. Accessed on October 9, 2022. 

Hardy, E. T., Stringer, S. P., O’Callaghan, R., Arana, A., Bierdeman, M. A., & May, W. L. (2016). Strategies for decreasing contamination of homemade nasal saline irrigation solutions. International forum of allergy & rhinology, 6(2), 140–142. https://doi.org/10.1002/alr.21613. Accessed on October 9, 2022.

Make your own saline rinse: Combat sinus infections. https://blogs.bcm.edu/2014/08/20/saline-irrigation-offers-natural-option-for-sinus-infection-allergy-relief/. Accessed on October 9, 2022.

Saline Sinus Rinse Recipe. https://www.aaaai.org/Tools-for-the-Public/Conditions-Library/Allergies/saline-sinus-rinse-recipe. Accessed on October 9, 2022.

Chronic Wound Care: Home Instructions. https://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://intermountainhealthcare.org/ckr-ext/Dcmnt?ncid=520684503. Accessed on October 9, 2022.

Versi Terbaru

10/11/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada 2 Sebab Kenapa Luka Diabetes Lambat Sembuh, Boleh Bernanah Kalau Terus Dibiarkan!

Ini 6 Cara Untuk Hentikan Pendarahan Di Rumah, Namun Hanya Sesuai Untuk Luka Kecil Saja


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan