Pernahkah anda mengalami mata berair secara tiba-tiba sedangkan anda sendiri tidak mengetahui sebab musababnya? Ia sudah pasti akan membuat anda berasa terganggu. Namun, apa sebenarnya punca mata berair ya? Jom, ketahui jawapannya di sini!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernahkah anda mengalami mata berair secara tiba-tiba sedangkan anda sendiri tidak mengetahui sebab musababnya? Ia sudah pasti akan membuat anda berasa terganggu. Namun, apa sebenarnya punca mata berair ya? Jom, ketahui jawapannya di sini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.
Kenapa ya mata sakit dan berair secara tiba-tiba? Pandangan anda secara automatiknya akan menjadi kabur dan anda akan perlu sentiasa mengelap mata anda. Semakin lama, semakin pedih jadinya.
Adakah ini merupakan tanda penyakit yang serius? Sabar, sebelum anda panik, ada beberapa punca yang boleh menyebabkan mata pedih dan berair. Antaranya:
Kebiasaannya ada benda yang melekat pada mata anda seperti habuk, kotoran atau bulu mata yang tercabut. Mata anda sangat sensitif. Bila ada benda asing, ia akan bertindak balas dengan mengeluarkan air bagi membolehkan benda tersebut tertanggal.
Konjunktivitis atau radang mata (konjunktiva) adalah antara sebab biasa bagi mata pedih.
Jangkitan virus atau bakteria boleh menyebabkan masalah ini. Mata akan menjadi merah. Jika virus adalah pucanya, anda mungkin tidak perlukan rawatan tetapi jika bakteria, anda mungkin memerlukan antibiotik penitis mata.
Baca juga:
Antara simptom alahan adalah mata dan hidung berair, batuk serta bersin.
Kebiasaannya, ia akan berlaku apabila terdedah kepada alergen tertentu seperti habuk atau haiwan peliharaan. Anda perlu mengenal pasti perangsang tersebut untuk mengelakkan serangan alahan berulang. Anda juga mungkin memerlukan ubat antihistamin.
Kebiasaannya, air mata akan mengalir masuk dari permukaan mata melalui satu saluran di bahagian dalam mata. Jika ia tersumbat, air mata akan terkumpul dan menyebabkan mata pedih. Antara sebab saluran tersumbat adalah jangkitan, kecederaan atau penuaan.
Kelopak mata ibarat perisai kepada mata. Setiap kali mata anda berkelip, air mata akan diratakan ke seluruh permukaan mata. Jika ada masalah pada kelopak mata seperti bisul, mata akan terengsa setiap kali berkelip.
Konklusinya, anda perlu sentiasa peka dengan keadaan mata anda. Sentiasa perhatikan jika terdapat sebarang perubahan yang membimbangkan terhadapnya. Jika ada, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen