backup og meta

Selalu Sangat Cuci Muka Pun Tak Bagus, Ia Antara 7 Punca Kulit Wajah Kering!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/02/2024

    Selalu Sangat Cuci Muka Pun Tak Bagus, Ia Antara 7 Punca Kulit Wajah Kering!

    Anda selalu diusik dan diejek kulit wajah terlalu kering sampai nampak mengelupas dan bersisik? Hentikan kata-kata mereka ini dengan ambil tahu apa punca kulit kering di muka yang sebenar dan segera ambil tindakan, rawatan atau ubatan sepatutnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Kulit wajah yang kering, adakah ia normal?

    Untuk pengetahuan anda semua, kekeringan pada kulit adalah masalah yang akan berlaku apabila lapisan kulit paling atas (epidermis) tidak berjaya mendapatkan kelembapan secukupnya.

    Masalah yang turut dikenali sebagai Xerosis ini boleh terjadi pada setiap bahagian kulit termasuk tangan, kaki dan muka. Kesannya, kulit akan terlihat kering, kusam, kasar dan tidak bermaya.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah mereka dengan masalah kulit ini lebih tinggi risiko untuk mengalami jangkitan, alahan serta penyakit kulit lain seperti ekzema, dermatitis dan lain-lain.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini daripada berlaku dan berulang, individu perlu tahu apa punca kulit kering di muka terjadi terlebih dahulu sebelum bertindak mencari jalan keluar.

    punca kulit kering di muka

    Ini punca kulit kering di muka anda perlu tahu!

    Sebenarnya, punca utama kulit kering di muka itu tentu sahaja adalah angkara kekurangan sebum atau minyak semula jadi pada wajah. Sekiranya sebum ini kurang atau hilang daripada kulit muka, maka sudah tentu masalah kulit kering akan berlaku.

    Berikut adalah antara sebab serta faktor risiko yang akan mengakibatkan kulit wajah anda kering:

    Punca kulit kering di muka #1. Genetik

    Genetik adalah penyebab pertama kerana ia akan memainkan peranan yang amat penting di dalam penentuan jenis kulit individu. Jika ibu bapa anda berkulit kering, maka anda juga berisiko.

    Pun begitu, hal ini bukan satu perkara yang pasti kerana genetik itu boleh berubah atau bermutasi.

    Punca kulit kering di muka #2. Usia

    Hipotesisnya, semakin tambah usia, semakin kering kulit? Adakah ia benar? Ya, ini kerana kolagen dan sebum akan mula berkurang apabila bertambah usia lantas membuat kulit lebih kering.

    Dalam pada itu, masalah seperti kedut, kerut serta garis halus turut akan muncul angkara penuaan.

    #3. Penyakit kulit yang tertentu

    Kulit kering boleh menjadi faktor risiko penyakit kulit tertentu dan begitu juga sebaliknya. Kondisi psoriasis, ekzema, dermatitis atau isu kesihatan lain seperti diabetes, masalah tiroid dan ginjal juga boleh memicu masalah kekeringan pada kulit wajah.

    punca kulit kering di muka

    #4. Penggunaan produk yang tidak ideal

    Umumnya, individu akan menggunakan pelbagai jenis produk di dalam rutin kulit wajah termasuk pencuci, pelembap, esen, tonik, pelindung matahari dan lain-lain yang bagus untuk kulit muka.

    Namun, ada produk yang mungkin tidak begitu sesuai dengan kulit terutama jika ia mengandungi bahan pewangi atau pengawet sekali gus menjadi salah satu daripada faktor risiko masalah ini.

    #5. Pendedahan suhu yang begitu ekstrem

    Ada sebab kenapa anda perlu pakai produk sunscreen atau sunblock kerana cuaca di negara kita ini sering panas dan kering jika tidak hujan. Kesannya, kulit muka anda juga mungkin akan terjejas.

    Selain mengakibatkan kulit kering, suhu panas yang begitu ekstrem ini juga akan menyebabkan isu lain pada kulit seperti gatal, merah dan timbul ruam yang akan membuat kulit anda mengelupas.

    Punca kulit muka kering #6. Merokok

    punca kulit kering di muka

    Bukan sahaja ia akan merosakkan organ paru-paru dan jantung malah kulit anda juga akan terima mudarat akibat merokok. Kandungan nikotin pada rokok tinggi radikal bebas, sehingga boleh mengurangkan sebum, menjejaskan kolagen lantas merosakkan kulit wajah.

    #7. Terlalu kerap dan kuat cuci muka punca kulit kering di muka

    Akhir sekali, individu mungkin tidak pernah sangka kalau tabiat mencuci muka yang terlalu kerap dan kuat itu akan membuat kulit muka anda kering kerana ramai yang menyangka sebaliknya.

    Sebenarnya, mencuci muka itu memang baik namun ia cuma perlu dilakukan tidak lebih daripada satu atau dua kali sehari sahaja atau minyak alami pada kulit wajah akan mengalami dehidrasi.

    Selain mengurangkan kekerapan mencuci kulit wajah, elakkan juga daripada menggosok atau menyental kulit muka dengan terlalu kuat kerana gesekan atau geseran berlebihan juga tidak bagus untuk anda. Dalam erti kata mudah, jangan mudah percaya pada skrub.

    Konklusinya, kulit muka anda mungkin kering akibat tabiat diri sendiri. Usah pandang ringan ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan