backup og meta

Kita Selalu Dengar, Wanita Berpinggul Besar Lebih Senang Beranak, Tapi Terbukti Ke?

Kita Selalu Dengar, Wanita Berpinggul Besar Lebih Senang Beranak, Tapi Terbukti Ke?

Bontot besar mungkin dilihat sebagai aset bagi sesetengah wanita, namun ada juga yang berasa segan dengan saiz yang dimilikinya. Tapi tahukah anda, wanita bontot lebar dikatakan lebih senang bersalin?

Perempuan dengan bontot besar turut digelar sebagai ‘childbearing hips’ dan ia dikaitkan dengan saiz dan struktur tulang kawasan pinggul yang lebar.

Tetapi, kesemua wanita sememangnya dicipta dengan kemampuan untuk melahirkan anak.

Jadi, dengan mengatakan seseorang mempunyai childbearing hips mungkin kelihatan agak aneh, atau bahkan membingungkan.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui erti di sebalik simbolik bontot wanita besar dan mengapa ia dikatakan mempunyai peranan ketika bersalin.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Bontot besar juga dikenali sebagai childbearing hips!

Wanita mempunyai pelvis yang menjadi tempat menampung bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Secara perlahan-lahan, struktur tulang ini akan beralih sebagai persiapan untuk melahirkan anak.

Pun begitu, setiap perempuan juga mempunyai struktur pelvis yang berbeza; ada yang mempunyai pelvis atau pinggul yang lebar, dan yang lain mungkin mempunyai pelvis atau pinggul yang lebih sempit.

Seperti dalam kupasan ini, perempuan dengan childbearing hips, didakwa mungkin akan menghadapi proses bersalin yang lebih mudah berbanding bentuk pelvis yang lain.

Bagaimana wanita yang mempunyai ‘bontot besar’ mempengaruhi proses kelahiran?

bontot besar

Menurut 1 kajian penyelidikan yang dilakukan pada tahun 1930-an, pelvis wanita dapat diklasifikasikan secara meluas kepada 4 kategori utama.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, kebanyakan pakar sukar mengikuti pengkategorian yang terhad ini.

Untuk memahami sama ada saiz bontot perempuan mempengaruhi proses bersalin, mari kita kenali bentuk-bentuk pelvis seperti berikut:

1. Pelvis gynecoid

Bentuk pelvis gynecoid adalah salah satu bentuk pelvis yang paling biasa dalam kalangan wanita.

Bentuk ini sangat bagus untuk memudahkan dan membantu proses kelahiran normal (faraj) pada kebanyakan wanita.

Pelvis seperti ini juga bersifat lebih cetek dan lebar, dan terbukti bermanfaat dalam membantu bayi melalui saluran kelahiran (birthing canal).

Dengan kata lain, pelvis yang lebih cetek dan bontot lebar ini akan dapat menyediakan ruangan yang lebih banyak kepada bayi semasa proses kelahiran, menjadikannya salah satu bentuk yang paling baik.

2. Pelvis anthropoid

Bentuk pelvis ini juga dimiliki oleh ramai wanita sama seperti pelvis ginekoid, namun ia berbeza kerana sifat bentuk ini melebar dari depan ke belakang.

Sekiranya anda mempunyai bentuk pelvis seperti ini, proses bersalin mungkin tidak menjadi begitu lancar kerana ruangan pelvis tidak dapat dibuka sepenuhnya semasa beranak.

Selain itu, tempoh bersalin juga mungkin lebih lama.

3. Pelvis android

bontot besar

Bentuk jenis pelvis ini pula selalunya dimiliki oleh wanita yang lebih tinggi dengan lengkungan alat sulit yang sempit dan otot punggung yang lebih kecil.

Wanita dengan bentuk pelvis ini juga berisiko mengalami proses bersalin yang sukar, terutama untuk bayi bersaiz besar, menyebabkan ramai yang bersalin secara pembedahan Cesarean.

4. Pelvis platypelloid

Sekiranya anda mempunyai bentuk pelvis seperti ini, maka proses bersalin kalian juga mungkin berlangsung lebih panjang, kerana bayi bakal memerlukan masa yang lebih lama untuk memasuki pelvis.

Untuk makluman, perbezaan utama antara pelvis platypelloid dan pelvis android adalah, jenis pertama mempunyai lengkungan kemaluan yang sempit manakala pelvis jenis kedua mempunyai lengkungan sub-pubic yang lebih lebar.

Ini bermaksud, apabila bayi mula memasuki bahagian pelvis, proses bersalin akan menjadi lebih mudah dengan pelvis jenis platypelloid!

Bontot besar senang bersalin, betul ke?

bontot besar

Pengalaman bersalin seseorang wanita berkisarkan pelbagai aspek penting, seperti tahap kesihatannya, kedudukan bayi semasa beranak, ukuran kepala bayi, dan sebagainya.

Tubuh wanita telah dicipta khas untuk melahirkan cahaya mata, maka jenis bentuk pelvis sebenarnya tidak menjadi kayu ukur yang jelas sama ada anda akan bersalin normal atau Cesarean.

Tambah lagi, bagi wanita hamil yang semakin menghampiri tarikh bersalin, badan secara semula jadinya akan bersiap untuk kelahiran.

Bagaimana badan melakukan persiapan untuk bersalin?

Pelvis akan mula meregang dan mengendur untuk memudahkan pergerakan bayi melalui saluran kelahiran.

Tulang di sekitar kawasan pelvis juga akan mula terpisah antara satu sama lain secara perlahan, sambil memberi ruang untuk pergerakan bayi.

Penting untuk kalian fahami di sini, perubahan ligamen di pelvis tidak bermaksud struktur tulang anda berubah secara kekal.

Sebaliknya, ini adalah cara persediaan badan anda untuk melahirkan cahaya mata.

Baca juga:

Oleh itu, jika anda tertanya-tanya sama ada wanita dengan bontot besar melalui proses bersalin yang lebih mudah. Jawapannya adalah, ya!

Hal ini disebabkan faktor lebihan ruangan yang memudahkan pergerakan bayi ke birthing canal.

Walau bagaimanapun, ukuran pinggul tidak boleh menjadi satu-satunya faktor penentu kepada proses kelahiran menjadi lebih mudah atau sebaliknya.

Aspek-aspek penting lain turut menyumbang kepada proses tersebut; saiz dan kedudukan bayi, kekuatan kontraksi, dan kesihatan bakal ibu sendiri.

Ini juga bermaksud, walaupun perempuan mempunyai bontot besar sekalipun, tanpa bantuan aspek penting lain, anda berisiko alami kesulitan proses kelahiran, atau bahkan perlu menjalani pembedahan Cesarean.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. C-section. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/about/pac-20393655. Accessed on October 19, 2022.
  2. Natural Childbirth. https://kidshealth.org/en/parents/natural-childbirth.html. Accessed on October 19, 2022.
  3. Anatomical Variations in the Female Pelvis: Their Classification and Obstetrical Significance. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1997320/. Accessed on October 19, 2022.
  4. Cesarean Section. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=cesarean-delivery-92-P07768. Accessed on October 19, 2022.
  5. Caesarean birth (C-section). https://www.pregnancybirthbaby.org.au/caesarean. Accessed on October 19, 2022.
  6. Vaginal Delivery. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK559197/. Accessed on October 19, 2022.

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Persiapan & Panduan Untuk Menyambut Kelahiran Bayi

Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan