backup og meta

Nak Cerahkan ‘Bumper’ Hitam? Cuba 12 Petua Putihkan Punggung Ini, Guna Bahan Dapur Saja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

    Nak Cerahkan ‘Bumper’ Hitam? Cuba 12 Petua Putihkan Punggung Ini, Guna Bahan Dapur Saja!

    Tona kulit gelap dan tidak sekata pada bahagian pinggul atau dalam ayat yang mudah, punggung hitam adalah masalah biasa berlaku tanpa mengira usia dan jantina. Tetapi adakah cara hilangkan hitam di punggung ya?

    Seperti yang kita sedia maklum, kulit pada punggung adalah lebih kasar berbanding bahagian tubuh lain. Bahkan kita juga sering tidak memberikan perhatian sewajarnya – sekali gus menjadi antara faktor ia menjadi gelap.

    Hiperpigmentasi, bekas parut jerawat, geseran kulit terhadap pakaian ketat dan tabiat duduk untuk tempoh yang lama juga menjadi beberapa punca penyebab biasa masalah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Cara hilangkan hitam di punggung

    Pelbagai faktor boleh menjadi punca punggung menjadi gelap. Jadi jika anda ingin memutihkan bahagian badan ini – paha dan punggung – dengan cepat, petua di rumah berikut mungkin dapat membantu:

    1. Aloe Veracara hilangkan hitam di punggung

    Aloe vera atau turut dikenali sebagai lidah buaya ini mengandungi sifat antiradang dan antibakteria yang boleh menyingkirkan sel kulit mati dan menjadikan kulit sihat, anjal dan berseri. 

    Ambil sedikit gel aloe vera segar dan urutkan pada punggung. Biarkan ia kering dan kemudian bilas dengan air.

    2. Jus kentang & madu, salah satu cara hilangkan hitam di punggung

    Kentang mengandungi sifat pelunturan kulit semula jadi, manakala madu kaya dengan ciri kelembapan yang dapat memastikan kulit anjal dan licin.

    Dapatkan sedikit ekstrak jus potato dan tambahkan madu kepadanya. Gaul sebati dan sapukan pada paha dan punggung. Selepas beberapa minit, bilaskan dengan air sejuk.

    Ulangi petua ini 2-3x sehari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

    3. Cuka epal

    Cuka epal boleh merawat bahagian punggung yang gelap dan membantu meredakan rasa pedih. Cuka ini mengandungi sifat pelembap – boleh memastikan kulit terhidrat dan lembap.

    Ambil sedikit cuka dan tambahkan air. Gaul sebati, kemudian sapukan pada bahagian yang gelap. Biarkan ia kering dan basuh dengan air.

    4. Minyak zaitun & gula

    Gula mengandungi sifat pengelupasan dengan menanggalkan sel kulit mati dan memastikan ia kekal terhidrat. 

    Minyak zaitun pula mengandungi antioksidan yang boleh melawan bakteria – memastikan kulit sihat.

    Ambil dua sudu gula dan tambahkan sedikit minyak zaitun – gaul sebati kedua-dua bahan ini. Kemudian gosokkan pada punggung dan bahagian dalam paha. Lakukan urutan membulat. Selepas itu bilas dengan air.

    Baca juga:

    5. Kunyit bantu atasi masalah punggung hitam

    Kunyit antara bahan penting sebagai cara hilangkan hitam di punggung. Mengamalkan petua ini setiap hari, pastinya akan memberikan hasil yang lebih baik.

    Ambil 2-3 sudu kunyit dan tambahkan yogurt, gaul sebati. Sapukan pes pada bahagian kulit gelap. Biarkan ia kering dan basuh dengan air.

    6. Lemon

    Buah sitrus ini amat berguna untuk mengatasi masalah kulit gelap dengan cepat. Ini kerana lemon mengandungi sifat antiradang dan antibakteria yang boleh merawat kulit dengan mudah.

    Kandungan asid sitrik juga terdapat dalam buah ini yang turut membantu memutihkan secara semula jadi dan menyihatkan kulit.

    Potong buah ini dan sapukan pada bahagian bermasalah. Biarkan jusnya mengering sebelum anda membasuhnya dengan air sejuk.

    Cara hilangkan hitam di punggung #7. Lemon & kunyit 

    Kedua-dua bahan ini – lemon dan kunyit – sememangnya memainkan peranan penting untuk memutihkan kulit.

    Untuk mencuba petua ini, anda memerlukan 1 sudu besar jus lemon dan ½ sudu kecil serbuk kunyit.

    Satukan bahan tersebut dalam mangkuk kecil. Celupkan bola kapas ke dalam adunan dan sapukan pada bahagian kulit gelap. Biarkan selama 3-5 minit sebelum dibasuh dengan air suam.

    Ulangi petua ini 2x seminggu selama sebulan setengah untuk mendapatkan hasil yang diingini.

    cara hilangkan hitam di punggung

    8. Oat, yogurt, jus lemon

    Campurkan oat, yogurt dan jus lemon sehingga menghasilkan pes pekat. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15-30 minit. Apabila pes mengering, bilas dengan air suam.

    Kombinasi tiga bahan ini berfungsi sebagai agen pengelupasan dan peluntur semula jadi yang baik. Ia juga membantu mengatasi masalah punggung hitam.

    Ulangi amalan ini 2x seminggu dan lihat perbezaannya dalam masa sebulan.

    Cara hilangkan hitam di punggung #9. Minyak kelapa

    Gunakan minyak kelapa untuk mengurut bahagian kulit punggung selama 15 minit. Kemudian mandi dengan bersih – untuk menghilangkan minyak pada kulit.

    Petua ini perlu dilakukan 3-4x seminggu untuk membantu menghilangkan bakteria dan memberikan vitamin E – yang membantu meningkatkan kelembapan kulit supaya menjadi licin.

    10. Lemon & baking soda

    Gabungan lemon dan baking soda (soda penaik) juga berkesan mengatasi masalah punggung gelap. 

    Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes yang boleh disapu pada kulit. Lakukan urutan perlahan pada bahagian kulit bermasalah selama 10 minit. Selepas itu bilas dengan air.

    Lakukan petua ini 2-3x seminggu untuk membersih dan mencerahkan kulit dengan cepat.

    11. Serbuk teh hijau & madu bantu atasi masalah punggung hitam

    Larutkan serbuk teh hijau dengan madu untuk membentuk pes. Kemudian sapukan pada punggung dengan lakukan urutan perlahan selama 15 minit. Bilaskan dengan air.

    Petua ini boleh diamalkan 2-3 kali seminggu untuk menyingkirkan sel kulit mati, merangsang pertumbuhan semula sel kulit baharu dan menjadikan ia cerah serta licin.

    cara hilangkan hitam di punggung

    12. Garam & susu segar, cara hilangkan hitam di punggung

    Untuk mencuba petua ini, anda perlu mencampurkan 3-4 sudu besar garam ke dalam setengah gelas susu segar. Kemudian rendamkan pad kapas ke dalam adunan dan sapukan secara rata pada bahagian punggung. Urut selama 15-20 minit. Selepas itu bilas dengan air.

    Amalan ini dianggap sebagai kaedah berkesan untuk mengelupaskan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih cerah, licin dan sekata.

    Semoga perkongsian petua dan cara hilangkan hitam di punggung di atas dapat membantu mengatasi masalah yang membelenggu diri anda. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan