backup og meta

8 Masalah Ini Boleh Menyerang Rahim, Kaum Hawa Wajib Ambil Tahu!

8 Masalah Ini Boleh Menyerang Rahim, Kaum Hawa Wajib Ambil Tahu!

Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian sistem pembiakan dirujuk sebagai masalah rahim. Jom ketahui tanda rahim tidak sihat dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Fahami struktur rahim

Rahim adalah organ berstruktur seperti buah pir yang terletak di pelvis. Ia terletak di belakang pundi kencing dan di hadapan rektum. Pada setiap sisi rahim terdapat tiub fallopio dan ovari.

Rahim akan membesar semasa mengandung dan selepas itu akan mengecut semula kepada saiz asalnya dalam beberapa minggu.

Rahim, faraj, ovari dan tiub fallopio membentuk sistem pembiakan wanita.

Oleh sebab kedudukan organ-organ ini sangat rapat antara satu sama lain, kesakitan pada pelvis boleh dikaitkan dengan rahim atau organ lain.

Kenal pasti tanda rahim tidak sihat

Berikut adalah beberapa keadaan rahim yang tidak sihat, seperti:

Endometriosis

tanda rahim tidak sihat

Endometriosis ialah masalah yang menjejaskan rahim wanita – tempat bayi membesar semasa kehamilan.

Ia adalah keadaan apabila jenis tisu yang biasanya melapisi rahim, tumbuh pada tempat lain seperti di ovari, belakang rahim, usus ataupun pundi kencing. Jarang sekali untuk ia tumbuh pada bahagian lain.

Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidaksuburan dan pendarahan haid yang sangat banyak. Kesakitan yang dialami biasanya pada bahagian perut, belakang bawah perut atau pelvis. 

Ada juga wanita yang langsung tidak mengalami sebarang gejala. Kesukaran untuk hamil mungkin menjadi tanda pertama mereka menghidap endometriosis.

Fibroid rahim

Merupakan tumor bukan kanser paling biasa dalam kalangan wanita. Ia terhasil daripada sel otot dan tisu lain yang tumbuh di dalam dan sekeliling rahim atau dindingnya. Punca fibroid tidak dapat dikenal pasti.

Tanda rahim tidak sihat disebabkan fibroid termasuklah:

  • Haid banyak atau menyakitkan, ataupun pendarahan antara tempoh haid
  • Rasa senak pada bahagian bawah abdomen
  • Kerap kencing
  • Sakit semasa seks
  • Sakit belakang bawah
  • Masalah berkaitan pembiakan seperti ketidaksuburan, keguguran berganda atau kelahiran awal

tanda rahim tidak sihat

Pun begitu, ada juga wanita yang tidak mengalami sebarang gejala. Oleh sebab itu, amat penting melakukan pemeriksaan rutin.

Tanda rahim tidak sihat #Adenomiosis

Keadaan ini sukar didiagnosis dengan hanya pemeriksaan pelvis biasa.

Ia melibatkan tisu endometrium yang tumbuh melalui dinding rahim. Ia boleh berkembang pada satu bahagian sahaja atau menjejaskan keseluruhan rahim. 

Antara simptom yang boleh dialami adalah seperti kekejangan teruk semasa haid, aliran darah period yang banyak, kembung perut atau tekanan pada bahagian pelvis.

Kanser ginekologi

Kanser ginekologi adalah sebarang kanser yang bermula pada organ pembiakan wanita.

Kanser ini bermula pada bahagian berbeza dalam pelvis, iaitu di bawah perut dan di antara tulang pinggul.

  • Kanser serviks bermula di serviks, iaitu bahagian bawah rahim yang sempit
  • Kanser ovari bermula di ovari, yang terletak pada setiap sisi rahim
  • Tanda kanser rahim bermula pada bahagian rahim, organ berbentuk pir di pelvis tempat bayi membesar semasa tempoh kehamilan
  • Kanser faraj bermula pada faraj, saluran berongga seperti tiub antara bahagian bawah rahim dan bahagian luar badan
  • Kanser vulva bermula di vulva, iaitu bahagian luar organ kemaluan

Polip

Polip rahim adalah perkara biasa. Ia merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim. 

Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan haid banyak, tompokan darah di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.

Tanda rahim tidak sihat #Sindrom kesakitan pundi kencing

Dikenali sebagai Interstitial cystitis (IC) yang mengakibatkan ketidakselesaan atau kesakitan berulang pada pundi kencing atau bahagian sekitar pelvis.

Sesetengah individu mungkin mengalami beberapa gejala berikut atau tiada langsung simptom:

  • Rasa tidak selesa perut atau pelvis
  • Kerap kencing
  • Keinginan tinggi untuk kencing
  • Rasa tekanan pada perut atau pelvis
  • Kesakitan teruk pada pundi kencing atau bahagian pelvis
  • Sakit perut teruk pada bahagian bawah perut yang bertambah kuat apabila pundi kencing kosong atau penuh

tanda rahim tidak sihat

Sakit pelvis kronik

Jika punca rasa sakit pada rahim tidak dapat dikenal pasti, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik.

Ia berlaku disebabkan disfungsi lantai pelvis, yang juga berhubung kait dengan masalah rahim.

Rawatan mungkin diperlukan apabila kesakitan menjadi semakin teruk. Anda juga akan lebih sensitif kepada kesakitan lain seperti jangkitan gastrousus atau pundi kencing.

Sindrom ovari polisistik (PCOS), tanda rahim tidak sihat

PCOS berlaku apabila ovari atau kelenjar adrenal menghasilkan lebih banyak hormon lelaki daripada biasa. Antara kesannya adalah sista – kantung berisi cecair berkembang pada ovari.

Wanita obes lebih berisiko untuk mengalami PCOS dan mereka dengan PCOS pula berisiko tinggi untuk menghidap diabetes dan penyakit jantung.

Antara gejala yang boleh berlaku adalah:

  • Ketidaksuburan
  • Sakit pelvis
  • Pertumbuhan rambut berlebihan pada muka, dada, perut, ibu jari atau jari kaki
  • Kebotakan atau rambut menipis
  • Jerawat, kulit berminyak atau kelemumur
  • Tompokan kulit gelap atau hitam yang menebal

Baca juga:

Akhir kata

Tanda rahim tidak sihat boleh dipengaruhi oleh banyak keadaan berbeza, walaupun mengalami gejala yang sama.

Dalam kebanyakan keadaan, gejalanya melibatkan rasa sakit, pendarahan luar biasa dan kebocoran air kencing.

Jika terdapat sebarang keraguan mengenai keadaan diri, lakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common Reproductive Health Concerns for Women. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/womensrh/healthconcerns.html, Accessed on May 5, 2023
  2. Uterine Diseases. https://medlineplus.gov/uterinediseases.html, Accessed on May 5, 2023
  3. Heavy Menstrual Bleeding (Menorrhagia). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17734-menorrhagia-heavy-menstrual-bleeding, Accessed on May 5, 2023
  4. Pelvic Inflammatory Disease (PID). https://www.cdc.gov/std/pid/stdfact-pid.htm, Accessed on May 5, 2023
  5. Fibroids. https://www.uclahealth.org/medical-services/fibroids/what-are-fibroids, Accessed on May 5, 2023
  6. Uterine Polyps. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14683-uterine-polyps, Accessed on May 5, 2023
  7. What are the symptoms of endometriosis? https://www.nichd.nih.gov/health/topics/endometri/conditioninfo/symptoms, Accessed on May 5, 2023
  8. Asherman’s Syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16561-ashermans-syndrome,  Accessed on May 5, 2023

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

Elak Sista Ovari Pecah, Ini 5 Cara Kecutkan Cyst Yang Selamat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan