backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Lelaki 'Parking' Batang Zakar Ke Atas Atau Ke Bawah Masa Pakai Seluar Dalam?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

Lelaki 'Parking' Batang Zakar Ke Atas Atau Ke Bawah Masa Pakai Seluar Dalam?

Buat anda yang mungkin belum tahu, ada banyak bentuk zakar lelaki dan ia berbeza mengikut individu. Variasi ini pula bakal mempengaruhi cara orang lelaki memposisi batang zakar mereka apabila memakai seluar dalam. Adakah ia benar?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Variasi bentuk zakar lelaki yang wujud

Manusia diciptakan berlainan antara satu sama lain dari segenap aspek fisiologi, tidak terkecuali juga zakar lelaki yang amat penting untuk sistem dan proses perkumuhan serta pembiakan.

Pun begitu, anda tidak perlu khuatir kerana semua jenis serta bentuk zakar masih normal kecuali jika wujud kondisi kesihatan yang mengakibatkan perubahan drastik pada alat sulit lelaki ini.

Berikut adalah beberapa jenis bentuk zakar sihat lelaki yang berbeza bergantung kepada masing-masing:

  • Zakar lurus dan tegak
  • Melengkung ke tepi
  • Melengkung ke atas
  • Melengkung ke bawah
  • Bentuk zakar lelaki kepala besar, badan kecil
  • Kepala kecil, badan besar

Seperti mana yang telah kami nyatakan juga, semua jenis bentuk zakar sihat di atas ini adalah normal serta tidak akan menjejaskan aspek perkumuhan serta pembiakan.

Namun, ia akan bermasalah jika wujud masalah pada zakar seperti kondisi Peyronie atau sebarang isu bentuk buah zakar yang lain.

Cuma, ia mungkin mempengaruhi cara memposisi ‘senjata’ lelaki apabila memakai seluar dalam. Persoalannya, adakah posisi tersebut itu penting dan memberi pengaruh besar pada alat sulit?

bentuk zakar lelaki
Jenis bentuk kemaluan lelaki yang normal.

Posisi zakar apabila pakai seluar dalam

Sebenarnya, perkara ini mungkin tidak sering difikirkan atau dilakukan oleh lelaki kerana mereka menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang natural dan tidak pula memberi sebarang kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap kesihatan alat kemaluan!

Disebabkan itu pula, mereka tidak kisah untuk parking batang zakar mereka ke arah mana sekali pun asalkan rasa selesa. Namun, persepsi ini mungkin akan berubah apabila ia berereksi.

Ketika ia mula menegang dan membesar, lelaki itu akan mula mengubah posisi alat sulit di dalam seluar dalam mereka dalam usaha membebaskan ia daripada kesakitan akibat kesempitan ruang.

Lelaki mungkin kurang tahu atau peduli tentang situasi ini kerana di dalam kebanyakan kes dan masa, zakar akan berereksi tatkala mereka tidak mengenakan seluar, bagi tujuan kencing serta seks.

bentuk zakar lelaki
Jangan malu jika kemaluan anda berbentuk agak lain.

Begitu juga dengan bentuk zakar lelaki. Ketahuilah bahawa turut wujud posisi paling sesuai untuk setiap jenis atau bentuk alat kemaluan agar ia lebih selesa disimpan di dalam seluar dalam.

Dalam erti kata lebih mudah, anda mungkin salah cara parking selama ini! Jadi, bagaimana cara yang betul?

Jadi, mana satu posisi yang paling bagus?

Meskipun sehingga kini masih tiada kajian saintifik yang menjelaskan posisi paling bagus untuk batang zakar ketika pakai seluar dalam, namun anda masih tidak boleh pandang enteng perkara ini dalam usaha mendapatkan kepuashatian pada tahap maksimum!

Prinsipnya, tidak wujud cara benar atau salah untuk posisi zakar di dalam seluar dalam kerana ia bergantung kepada kebiasaan atau keselesaan masing-masing yang sudah pasti akan berbeza.

Namun, anda juga perlu memberi perhatian kepada jenis dan bentuk zakar anda. Caranya, cuba berbaring menelentang dan perhatikan ke mana arah alat sulit anda itu pergi secara semula jadi.

Sudut zakar itu pergi adalah arah yang paling bagus untuk anda ikut ketika memakai seluar dalam. Jika ia cenderung untuk ke atas, maka letaklah menghala ke atas dan begitu juga jika ia ke arah lain.

bentuk zakar lelaki
Adakah bentuk kemaluan anda normal?

Jadi, posisikan zakar anda apabila pakai seluar dalam sesuai dengan jenis dan bentuk zakar lelaki!

Pakai seluar dalam tepat untuk zakar sihat!

Jangan pula hanya fokus pada jenis dan bentuk zakar sahaja ya!

Kaum Adam juga perlu tahu sama ada seluar dalam yang dipakai itu adalah sesuai, selamat dan sihat untuk alat kelamin anda.

Ketahuilah bahawa seluar dalam yang terlalu ketat itu akan mengakibatkan iritasi pada kulit zakar, meningkatkan risiko masalah ereksi dan ejakulasi selain menjejaskan produktiviti sperma.

Agar testis mampu menghasilkan sperma yang berkuantiti dan berkualiti tinggi, ia memerlukan ruang dan suhu yang sesuai.

Jadi, seluar dalam yang ketat juga adalah musuh ketat bagi lelaki.

Kesimpulan

Sila kenal dengan jenis dan bentuk zakar lelaki sendiri agar tidak lagi salah parking!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan