home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kanser Faraj: Kenali Tanda Barah Dan Puncanya

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Cara pencegahan
Kanser Faraj: Kenali Tanda Barah Dan Puncanya

Kanser faraj merupakan antara barah yang jarang berlaku tetapi risikonya masih ada. Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui punca dan tanda barah faraj.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu kanser faraj?

Merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku kepada wanita.

Amnya, faraj adalah organ seperti tiub yang menghubungkan serviks – bahagian bawah rahim, ke vulva – bahagian luar kemaluan wanita.

Faraj dilapisi lapisan sel rata yang dikenali sel skuamosa. Lapisan ini juga disebut epitelium kerana terbentuk oleh sel epitelium.

Tanda barah faraj: Siapa yang berisiko?

Kanser ini lebih kerap berlaku kepada wanita berusia 60 tahun ke atas.

Dianggarkan hanya sekitar 15% kes ditemui pada wanita di bawah usia 40 tahun.

Simptom-simptom

Mengenali simptom & tanda barah faraj

Pada peringkat awal, kanser ini tidak menyebabkan sebarang tanda dan gejala.

Namun apabila ia berkembang, ia boleh menyebabkan simptom seperti:

  • Pendarahan faraj luar biasa, contohnya selepas persetubuhan atau putus haid
  • Keputihan berair
  • Ketulan dalam faraj
  • Kesakitan semasa kencing
  • Kerap kencing
  • Sembelit
  • Sakit pelvis

Pemeriksaan doktor

Lakukan pemeriksaan doktor jika mengalami sebarang gejala atau tanda berkaitan kanser faraj seperti pendarahan faraj yang tidak normal.

Memandangkan kanser ini tidak selalu menyebabkan gejala, lakukan pemeriksaan pelvis secara rutin mengikut saranan doktor.

tanda barah
Sumber Mayo Clinic

Punca

Apakah punca wujudnya tanda barah faraj?

Tidak dapat ditentukan dengan jelas apakah punca kanser ini terjadi.

Umumnya, kanser bermula apabila sel sihat mendapat mutasi genetik yang mengubah sel normal menjadi sel abnormal.

Bagi sel sihat, ia akan membesar, membiak dan mati pada kadar yang ditetapkan. Sebaliknya, sel kanser akan tumbuh dan membiak di luar kawalan dan tidak mati.

Sel-sel abnormal yang terkumpul akan membentuk jisim – tumor.

Sel-sel kanser akan menyerang tisu berdekatan dan boleh berkembang daripada tumor asal untuk merebak ke bahagian lain dalam tubuh – metastasis.

Jenis kanser faraj

Tanda barah faraj ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan jenis sel di mana kanser bermula, seperti:

  • Karsinoma sel skuamosa faraj. Bermula pada sel nipis dan rata – sel skuamosa yang melapisi permukaan faraj
  • Adenokarsinoma faraj: Bermula dalam sel kelenjar pada permukaan faraj
  • Melanoma faraj. Berkembang dalam sel yang menghasilkan pigmen (melanosit) faraj
  • Sarkoma faraj. Berkembang dalam sel tisu penghubung atau sel otot di dinding faraj

Faktor Risiko

Risiko untuk mengembangkan tanda barah faraj

Faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kanser ini adalah:

  • Virus papiloma manusia (HPV). Jangkitan kelamin ini adalah punca paling biasa barah faraj
  • Pernah mengalami kanser serviks
  • Pendedahan rahim kepada diethylstilbestrol (DES). Ubat ini pernah diberikan kepada wanita hamil untuk mengelakkan keguguran. Namun preskripsinya dihentikan doktor selepas 1970-an. Kini barah faraj disebabkan ubat ini sangat jarang berlaku

Faktor risiko kanser faraj termasuk:

Baca juga:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana tanda barah faraj didiagnosis?

Pemeriksaan akan dimulakan dengan menganalisis gejala.

Kemudian anda berkemungkinan besar akan menjalani beberapa ujian termasuklah ujian pelvis, ujian Pap Smear dan biopsi faraj.

Sekiranya ujian Pap menunjukkan sel abnormal dalam faraj atau serviks, anda perlu melakukan ujian yang dikenali sebagai kolposkopi.

tanda barah

Dalam prosedur ini doktor akan menggunakan alat yang disebut kolposkop untuk memeriksa serviks dan faraj serta mencari sel yang tidak normal.

Sampel tisu juga mungkin diambil bagi memeriksa sel anda untuk kanser. Kaedah ini dikenali sebagai biopsi.

Kaedah rawatan

Jika anda mengembangkan simptom dan tanda barah faraj, rawatan yang perlu dilakukan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti sejauh mana kanser telah merebak.

Antara rawatan utamanya adalah:

  • Radioterapi – Sinaran daripada mesin luaran atau implan sementara dalam faraj digunakan untuk membunuh sel-sel kanser
  • Pembedahan – Mungkin melibatkan pembuangan sebahagian kecil faraj atau berkemungkinan faraj perlu dibuang sepenuhnya dan dicipta semula. Selain itu, tisu berdekatan rahim juga mungkin perlu dibuang – histerektomi
  • Kemoterapi – Ubat digunakan untuk melegakan simptom dan membunuh sel kanser jika ia telah merebak ke bahagian tubuh lain

Cara pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani tanda barah faraj?

Tiada cara pasti untuk mencegah kanser faraj tetapi risikonya boleh dikurangkan dengan:

tanda barah
Menjalani pemeriksaan pelvis dan ujian Pap secara berkala

Peluang untuk barah faraj ditemui lebih awal tinggi jika menjalani pemeriksaan pelvis dan ujian Pap secara rutin.

Jika ditemui pada peringkat awal, peratusan untuk kanser sembuh adalah tinggi.

Vaksin HPV

Mendapatkan suntikan vaksinasi HPV untuk mencegah jangkitan HPV boleh mengurangkan risiko untuk barah faraj dan kanser berkaitan HPV lain.

Jangan merokok

Jika anda merokok, berhentilah. Sekiranya tidak merokok, usah mulakannya. Ini kerana tabiat merokok meningkatkan risiko untuk mengalami kanser ini.

Di samping itu, amalan gaya hidup tertentu juga boleh mencegah barah faraj ini, seperti:

  • Menangguhkan hubungan seks pertama hingga usia lewat remaja atau lebih dewasa
  • Mengelakkan hubungan seksual dengan ramai pasangan
  • Menghindari seks dengan individu yang mempunyai ramai pasangan
  • Mengamalkan seks selamat, termasuk penggunaan kondom walaupun kondom tidak dapat melindungi diri sepenuhnya daripada HPV

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Vaginal cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vaginal-cancer/symptoms-causes/syc-20352447, Accessed on Nov 3, 2021
  2. Vaginal Cancer. https://www.dana-farber.org/vaginal-cancer/, Accessed on Nov 3, 2021
  3. Vaginal Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15579-vaginal-cancer, Accessed on Nov 3, 2021
  4. About Vaginal Cancer. https://www.cancer.org/cancer/vaginal-cancer/about.html, Accessed on Nov 3, 2021
  5. Vaginal Cancer: Introduction. https://www.cancer.net/cancer-types/vaginal-cancer/introduction, Accessed on Nov 3, 2021
  6. Vaginal cancer. https://www.nhs.uk/conditions/vaginal-cancer/, Accessed on Nov 3, 2021
  7. Vaginal Cancer Treatment (PDQ®)–Patient Version. https://www.cancer.gov/types/vaginal/patient/vaginal-treatment-pdq, Accessed on Nov 3, 2021
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor