backup og meta

Faraj Longgar Kerana Seks Hanya Sekadar MITOS, Ini Yang Wanita Perlu Tahu!

Faraj Longgar Kerana Seks Hanya Sekadar MITOS, Ini Yang Wanita Perlu Tahu!

Kita selalu mendengar mengenai faraj longgar apabila kerap melakukan seks. Tetapi yang menjadi persoalan kini, adakah ia 1 fakta atau sekadar mitos?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Betul ke wujud faraj longgar?

Kebanyakan wanita percaya, faraj boleh menjadi longgar kerana kerap melakukan seks. Ini kerana bagi mereka keanjalan faraj boleh hilang dan menjadi longgar buat selamanya, khususnya buat individu yang kerap melakukan seks

Kepercayaan tentang faraj longgar adalah tidak benar sama sekali. Faraj adalah 1 bahagian yang elastik: di mana ia boleh meregang untuk menerima kemasukan atau penembusan (penetration) daripada zakar, dan ketika melahirkan bayi.

Umumnya faraj tidak memerlukan tempoh masa panjang untuk kembali kepada bentuk asal. Walau bagaimanapun, apabila seseorang individu wanita itu semakin meningkat usia dan melalui proses melahirkan bayi secara berulang kali, faraj akan cenderung untuk mengalami perubahan.

Mustahil faraj longgar kerana seks

Penting untuk anda ingat, tidak wujud sebenarnya istilah faraj longgar. Ini kerana faraj hanya akan mengalami perubahan disebabkan pertambahan usia dan proses melahirkan bayi, namun ia bukanlah 1 proses yang kekal.

Mitos ini dipercayai digunakan untuk menjatuhkan maruah individu wanita, kononnya untuk menggambarkan kehidupan seks dilakukan bersama lebih daripada seorang individu lelaki. Hakikatnya isu faraj longgar tidak akan wujud walaupun sekerap mana anda melakukan seks.

Dalam erti kata yang mudah, otot pada sekitar faraj boleh mengembang dan juga mengecut seperti gelang getah.

faraj longgar

Perubahan semula jadi

Hanya 2 perkara yang boleh menyebabkan anda berasa seperti mengalami faraj yang kurang anjal:

  1. Peningkatan usia

Apabila mencecah usia 40 tahun, tahap elastik bahagian faraj akan berdepan perubahan. Ini disebabkan kehilangan estrogen dalam badan. Keadaan seperti itu akan mengakibatkan tisu faraj menjadi:

  • Semakin nipis
  • Kering
  • Kurang berasid
  • Kurang fleksibel
  • Kurang elastik

Perubahan ini akan lebih ketara apabila anda sudah mencapai peringkat usia menopaus.

  1. Proses bersalin berulang kali

Melahirkan anak secara normal, iaitu melalui saluran faraj, pastinya akan menyebabkan bahagian tersebut meregang sehabisnya bagi membolehkan keseluruhan badan bayi melaluinya. 

Selepas bayi dilahirkan, kemampuan faraj untuk kembali rapat akan berkurangan. Situasi ini pastinya membuatkan faraj menjadi sedikit longgar. Tetapi percayalah, ia 1 keadaan normal bagi setiap wanita yang melalui proses bersalin.

Ini bermakna kekerapan melakukan seks tidak akan sama sekali menjejaskan keadaan faraj anda. Malahan ia tidak akan menyebabkan faraj menjadi longgar seperti kepercayaan kebanyakan individu selama ini. 

Faraj ketat yang terbaik?

Rata-rata wanita gusar jika keadaan faraj menjadi longgar. Namun adakah faraj yang ketat akan memberi jaminan anda akan dapat melakukan seks dan menikmatinya lebih baik berbanding faraj yang kurang anjal?

Sebenarnya, keadaan faraj yang ketat boleh menjadi simptom yang mendasari keadaan kesihatan tertentu. Ia terutamanya jika anda mungkin mengalami rasa sakit atau tidak selesa ketika penembusan sewaktu melakukan seks. 

Sebenarnya, ketika anda berasa ghairah, otot faraj secara semula jadi akan menjadi tenang. Jadi faraj akan menghasilkan pelincir dan meregang dengan baik untuk memudahkan penembusan.

Namun jika keadaan sebaliknya, di mana anda tiada keghairahan atau tidak mempunyai keinginan untuk melakukan seks mahupun tidak bersedia secara fizikal – faraj tidak akan berada dalam keadaan santai, maka faraj tidak akan mengeluarkan pelincir dan tidak akan meregang.

Sekiranya otot faraj terlalu ketat, ia akan menyebabkan aktiviti seks menjadi perkara yang mendatangkan kesakitan dan menyukarkan anda untuk mencapai tahap klimaks.

Kesakitan itu mungkin sebagai tanda anda mempunyai risiko mengalami vaginimus, iaitu kesakitan yang berlaku, sebelum atau semasa penembusan dan ia boleh berlaku semasa melakukan seks, memasukkan tampon atau ketika melakukan ujian pelvik bagi memasukkan spekulum.

faraj longgar

Perkuatkan otot

Jika masalah keanjalan faraj menjadi kebimbangan, mungkin anda boleh melakukan senaman pelvis bagi menguatkan otot lantai pelvis anda. Otot-otot ini penting dalam memberikan sokongan yang anda perlukan pada bahagian pundi kencing, rektum, usus kecil dan uterus.

Jika anda mempunyai otot lantai pelvis yang lemah disebabkan proses kelahiran dan penuaan, anda mungkin akan berdepan masalah seperti:

Senaman lantai pelvis mungkin boleh membantu untuk mengatasi masalah kebocoran air kencing ringan. Walau bagaimanapun, senaman lantai pelvis ini mungkin tidak akan memberikan perubahan atau dapat membantu wanita yang mengalami masalah kebocoran air kencing yang serius dan kronik.

Sekadar mitos

Apa yang dapat disimpulkan, kekerapan melakukan seks menyebabkan faraj longgar adalah MITOS semata-mata. Maka anda tidak perlu risau, okay? Jalani kehidupan seks anda seperti biasa dan nikmatilah ia dengan penuh keseronokan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How can I tighten my loose vagina?. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/how-can-i-tighten-my-loose-vagina/. Accessed on March 1, 2020.

My Vagina Looser. https://theaproject.org/faq/my-boyfriend-gets-upset-sometimes-my-vagina-looser-other-times-he-thinks-i’m-cheating-i’m-not. Accessed on March 1, 2020.

What’s the Deal with a “Loose” Vagina?. https://seniorplanet.org/whats-the-deal-with-a-loose-vagina/. Accessed on March 1, 2020.

Tight and painful vagina. https://www.thewomens.org.au/health-information/sex-sexuality/sex-problems/tight-and-painful-vagina. Accessed on March 1, 2020.

Uterine Prolapse. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16030-uterine-prolapse. Accessed on March 1, 2020.

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Elak Bersama Kerana Faraj Kering Selepas Bersalin? Ini Mungkin Akibat Tiroid!

Wanita Kena Ambil Manjakani Sebab Ia Bagus Untuk Faraj? Ini 7 Manfaatnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan