Kaum Hawa yang mungkin sangat kurus pasti akan cari cara menaikkan berat badan wanita agar dapat jadi lebih cantik dan sihat. Namun, ia juga bukan perkara yang mudah.
Dalam pada itu juga, wanita yang terlalu kurus dikaitkan dengan pelbagai efek dan kesan negatif bukan sahaja pada aspek kecantikan malahan kesihatan tubuh badan mereka.
Persoalannya, apa dan bagaimana cara menaikkan berat badan? Jom terus baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Bahaya tubuh badan wanita yang terlalu kurus!
Kita semua sering dimomokkan dengan idea bahawa wanita itu perlu tubuh badan yang langsing, ramping dan kurus agar mereka dapat tampil lebih menarik lagi menawan.
Padahal, wujud banyak bahaya tubuh badan wanita yang terlalu kurus dan contohnya seperti berikut:
Kitaran haid yang tidak teratur
Wanita yang kurang berat badan cenderung untuk mengalami kitaran haid yang tidak teratur sama ada terlalu lambat, terlalu cepat atau bahkan tidak hadir pada bulan tertentu.
Kesukaran untuk hamil
Disebabkan oleh gangguan kitaran haid itu tadi, ia mungkin akan menjejaskan kesuburan sekali gus menyebabkan kemandulan. Kesannya, wanita jadi sukar untuk mengandung.
Jika mereka berjaya untuk hamil sekalipun, terlalu kurus akan buat kehamilan mereka itu wujud banyak masalah. Ini cara untuk tahu berat badan ideal anda.
[embed-health-tool-bmi]
Kelahiran bayi pramatang
Sekiranya bayi lahir dari ibu yang kurang berat badan, maka risiko untuk mereka lahir pramatang adalah lebih tinggi menurut International Journal of Obstretics & Gynecology.
Menurut kajian yang sama, wanita mengandung yang terlalu kurus dijangka akan bersalin sebelum tempoh 37 minggu dan kesannya maka bayi mungkin akan lahir pramatang.
Risiko pelbagai penyakit pada wanita
Sebenarnya, individu yang terlalu kurus tidak kira wanita atau lelaki lebih tinggi risiko mengalami pelbagai penyakit termasuk osteoporosis, anemia dan lain-lain kondisi lagi.
Bukan itu sahaja, mereka yang kurang berat badan juga mungkin lebih terdedah kepada masalah pada gigi, rambut dan kulit yang sudah pasti akan menjejaskan para wanita.
Kerap rasa penat dan letih

Berpunca akibat kurang nutrisi di dalam aspek diet pemakanan, maka individu mungkin akan kurang mendapat sumber tenaga lantas jadi punca kerap rasa penat dan letih.
Kesannya, para wanita besi yang bekerja dan bekerjaya mungkin akan jadi kurang produktif di dalam bidang pekerjaan mereka dan ini adalah satu isu yang bukan kecil.
Berapa kalori untuk tambah berat badan?
Pasti tertanya-tanya berapa kalori untuk tambah berat badan kan? Umum kita tahu, untuk tambah berat badan adalah anda perlu makan lebih banyak kalori daripada kebiasaan yang anda makan.
Orang yang ingin menambah berat badan secara beransur biasanya perlu mengambil tambahan 300 hingga 500 kalori setiap hari, manakala orang yang ingin menambah berat badan dengan kadar yang cepat harus mengambil tambahan 700 hingga 1,000 kalori setiap hari!
Ini dia cara menaikkan berat badan wanita!
Berikut adalah antara cara menaikkan berat badan wanita yang mungkin boleh kita semua cuba:
Cara menaikkan berat badan wanita #1. Amalkan diet sihat dan seimbang
Tiada cara yang lebih penting dalam usaha individu untuk menaikkan berat badan melainkan dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang dan ketahui berapa kalori untuk tambah berat badap. Itu kunci paling utama.
Jadi, sila ikut nasihat daripada doktor atau pakar diet sama ada anda perlu tambah kalori, protein, karbohidrat atau lemak. Cuma, pastikan ia kekal di paras sihat lagi selamat.
#2. Minum susu dengan lebih banyak
Sebenarnya bukan sahaja makanan yang anda perlu ambil perhatian, tetapi juga minuman. Ini kerana minuman juga turut sama bakal beri kesan kepada berat badan anda.
Susu sama ada dari hasil haiwan seperti lembu dan kambing atau dari hasil tumbuhan seperti kacang soya adalah minuman yang tinggi potensi untuk wanita jadi lebih gemuk.
Cara menaikkan berat badan wanita #3. Ambil ubat atau suplemen tambahan

Sebagai tambahan kepada diet anda, wanita juga mungkin perlu untuk ambil ubat atau suplemen tambahan yang mengandungi nutrien penting seperti protein dan lain-lain.
Disebabkan lambakan ubat atau suplemen gemuk di pasaran yang mungkin merupakan produk palsu atau tipu, maka anda sangat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum beli dan guna.
Cara menaikkan berat badan wanita #4. Buat aktiviti fizikal sesuai untuk wanita
Sebagai wanita yang sinonim dengan sifat lembut atau lemah, ramai kaum Hawa yang sering kata tidak untuk melakukan aktiviti fizikal sama ada di gimnasium atau di rumah.
Sedangkan, senaman itu sangat penting di dalam usaha individu untuk membina otot, membuang lemak serta menyihatkan tubuh badan. Maka, tukar persepsi anda tentangnya.
Konklusinya, wanita itu tidak begitu cantik dan sihat jika kurus sangat. Jadi, jom ubah mindset anda sekarang juga!