backup og meta

Berat Badan Lambat Naik & Cepat Gemuk, Anda Bagus Amalkan Diet Vegan, Ikut Tip Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

    Berat Badan Lambat Naik & Cepat Gemuk, Anda Bagus Amalkan Diet Vegan, Ikut Tip Ini

    Bagi mereka yang mengamalkan diet vegan, antara perkara yang menjadi kebingungan mereka adalah susah menambah berat badan. Memandangkan kebanyakan diet vegan adalah rendah kalori, bukanlah sesuatu yang pelik apabila mereka tidak bertambah berat badan.

    Namun, masih ada penyelesaian bagi keadaan ini. Pengamal diet vegan masih boleh menambahkan berat badan melalui 4 tip berikut.

    1. Banyakkan makan kekacang

    Kekacang seperti gajus, badam, kacang tanah dan pistachio adalah kaya dengan protein dan lemak. Ia boleh membantu menambahkan kilo anda. Anda boleh campurkannya dengan lada atau makan dengan buah atau cip coklat.

    2. Makanan di tengah malam

    Nasihat biasa bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan adalah jangan makan di tengah malam sebelum tidur. Anda boleh gunakan nasihat tersebut untuk sebaliknya menambahkan berat badan. Badan anda membakar kurang kalori sewaktu tidur. Jadi, makan sebelum tidur adalah teknik yang baik untuk menambahkan lemak anda. Namun, amalan ini tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko penyakit lain

    3. Kenal pasti diet vegan yang mempunyai lemak

    Tidak semua diet vegan bebas lemak. Ada di antaranya yang berlemak seperti kekacang, avokado dan minyak. Lebihkan makanan ini untuk mendapatkan berat badan seperti yang anda inginkan.

    4. Jangan lupa minuman

    Anda tidak perlu fokus hanya pada makanan, sedangkan minuman juga adalah sumber yang baik untuk menaikkan berat badan. Anda boleh cuba susu coklat atau santan untuk mendapatkan sumber protein dan lemak yang tinggi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan