backup og meta

Pssttt... Ini Rahsia Untuk Wanita Yang Nak Kulit Mulus & Kekal Lembap

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2021

    Pssttt... Ini Rahsia Untuk Wanita Yang Nak Kulit Mulus & Kekal Lembap

    Wanita mana yang tidak inginkan kulit cantik dan sihat, kan? Tahukah anda, dengan mempunyai hidrasi kulit yang baik dapat membantu anda mencapai kulit idaman.

    Kulit yang tidak cukup hidrat akan menjadi kering, ‘ketat’ dan bersisik, dan inilah yang boleh menyebabkan kulit menjadi merah, gatal mahupun mengelupas.

    Jadi, wanita di luar sana, jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai cara-cara untuk mendapatkan kulit cantik yang lembap dan sihat, teruskan membaca ya!

    Penghidratan adalah kunci kulit cantik dan sihat

    bagaimana mendapatkan kulit cantik

    Anda mungkin menganggap penghidratan adalah sesuatu yang hanya perlu dibimbangkan oleh mereka yang mempunyai kulit kering.

    Sel-sel kulit kering di permukaan wajah juga tidak akan memantulkan cahaya seperti kulit yang glowing, menjadikan kulit kelihatan kusam dan kasar pada pandangan mata kasar.

    Manakala, hidrasi kulit yang mencukupi akan membuatkan kulit kelihatan lebih sihat, licin dan lembut.

    Anda dapat membantu kulit anda agar kekal sihat dan terhidrasi dengan mengambil air yang cukup bersumberkan minuman mahupun makanan.

    Selain itu, cara untuk mendapatkan hidrasi kulit adalah dengan mengekalkan kelembapan secara fizikal menggunakan pelembap atau losen.

    Namun, berhati-hatilah jika anda gemarkan minuman berkafein. Ini kerana minuman yang mengandungi kafein seperti kopi adalah bersifat diuretik. Oleh itu, ia boleh menyebabkan badan kehilangan lebih banyak air.

    Pelembap harian pula adalah sangat penting untuk kulit yang sihat, namun ada yang hanya menganggapnya sebagai nilai estetik yang mengikut trend semasa.

    Anda harus buang mindset ini kerana hidrasi kulit bukan sekadar kecantikan luaran semata-mata, ia akan membantu kesihatan kulit anda secara menyeluruh.

    Kulit kita adalah organ terbesar badan dan memerlukan perhatian yang lebih untuk kekal kelihatan muda, bebas daripada cela dan sihat.

    Mengapa perlu mempunyai hidrasi kulit?

    Air juga merupakan komponen utama kulit dan sebagai organ terbesar, kulit mengandungi kira-kira 64% air.

    Kulit kita berfungsi sebagai benteng penghalang terhadap toksin luaran, seperti patogen dan bahan kimia.

    Selain itu, kulit juga bertanggungjawab mengatur suhu badan bagi mengekalkan suhu yang optimum.

    Kulit yang kering dan kekurangan sumber kelembapan boleh membuatkan kulit terasa ketat, gatal-gatal, mahupun mengelupas.

    Ia juga menyebabkan permukaan kulit kelihatan dan terasa kasar apabila disentuh, malahan jika mengenakan makeup pun tidak akan kelihatan cantik.

    Kulit kering akan kehilangan ciri-ciri kelembutan dan keanjalan kulit yang diidam-idamkan, yang juga boleh menyebabkan peningkatan terhadap risiko jangkitan pada permukaan kulit.

    Kulit yang tidak cukup hidrat juga mungkin mempunyai risiko peningkatan kedutan wajah. Malahan, proses penuaan kulit akan terjadi dengan lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai kelembapan kulit yang baik.

    Cara mengekalkan hidrasi kulit

    Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam rutin harian anda bagi mengekalkan kulit yang terhidrasi:

    • Perhatikan suhu air ketika anda mandi

    Pancuran mandian air yang panas tidak baik untuk kesihatan kulit anda.

    Jika dalam keadaan sejuk, anda boleh mandi sekejap menggunakan air suam, kerana ia akan membantu menyediakan pori-pori kulit untuk proses pembersihan. Anda akan dapat melihat perbezaannya pada kulit anda.

    • Dab muka, jangan menggosok hingga kering

    Setelah mandi, perlahan-lahan lap kulit anda menggunakan tuala yang bersih.

    Dengan mengeringkan kulit anda mengikut cara ini, ia akan mengekalkan lebih banyak kelembapan kulit selepas mandi. Dan, elakkan juga menggosok kulit sehingga kering.

    Kelembapan kulit juga dipengaruhi oleh jumlah air yang diminum dalam diet harian. Untuk kekal hidrat, minum sekurang-kurangnya 8 cawan air setiap hari!

    • Gunakan sabun dan pencuci muka yang tidak mengeringkan

    Sabun dan pencuci wajah yang tidak bersesuaian boleh menjadikan kulit yang kering lebih kering daripada biasa.

    Cari pembersih muka tanpa wangian yang mempunyai elemen hidrasi dan tidak mengandungi bahan-bahan yang mengeringkan agar kulit kekal lembap.

    • Gunakan pelembap muka

    Mengamalkan pemakaian pelembap muka sangat membantu dalam usaha menambahkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit yang kering.

    • Pakai pelindung matahari ketika berada di luar rumah

    hidrasi kulit

    Pakai pelindung matahari SPF yang bersesuaian setiap hari bergantung pada aktiviti luaran yang akan anda lakukan.

    Kulit yang sering terdedah pada sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan akan menyumbang kepada masalah kulit yang kering.

    • Sapukan balsem bibir secara berkala

    Ahli dermatologi mengesyorkan penggunaan balsem bibir yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30.

    Ini dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kejadian kanser kulit pada bibir.

    Penggunaan balsem bibir dengan kerap dapat membantu menyembuhkan bibir yang kering dan merekah.

    Jadi, jika anda mahukan kulit cantik yang lembap, cubalah tip yang kami sediakan di atas ini. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan