Ovulasi berlaku ketika sel telur yang sudah matang dikeluarkan dari ovarium ke tiub fallopio untuk persenyawaan. Jika sesuatu mengganggu proses ini, seseorang akan mula mengalami masalah kesuburan perempuan.
Kondisi ini ternyata menimpa golongan penghidap sindrom ovari polisistik (PCOS)!
Justeru, wujudkah jalan penyelesaian masalah kesuburan perempuan ini? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
Perbezaan hormon pesakit PCOS
Kebanyakan wanita dengan sindrom PCOS didapati mengalami ketidakseimbangan hormon badan tertentu, termasuk:
- Pertambahan tahap hormon androgen: Hormon yang sering dianggap sebagai hormon lelaki, walaupun semua wanita menghasilkannya dalam jumlah yang kecil
- Kenaikan kadar hormon luteinizing (LH): Ia berfungsi dengan merangsang ovulasi, tetapi mungkin memberi kesan yang tidak normal pada ovari jika dihasilkan pada tahap yang terlalu tinggi
- Globulin pengikat hormon seks (SHBG): Sejenis protein dalam darah yang ‘mengikat’ testosteron dan mengurangkan kesannya
- Peningkatan prolaktin (hanya terjadi pada beberapa penghidap PCOS): Hormon yang merangsang kelenjar payudara untuk menghasilkan susu saat kehamilan
Jika mahu diikutkan, penyebab utama berlakunya perubahan hormon ini masih menjadi tanda tanya.
Ada hipotesis yang mencadangkan bahawa masalah kesuburan perempuan mungkin bermula pada ovari itu sendiri, di kelenjar lain yang menghasilkan hormon ini, atau pada bahagian otak yang mengawal pengeluarannya.
Perubahan hormon ini juga mungkin disebabkan oleh isu rintangan terhadap insulin.
PCOS, masalah berkaitan ovulasi
Walaupun mitos berpendapat penghidap PCOS tidak dapat hamil, ternyata kebenarannya adalah sebaliknya!
Walaupun agak sulit, namun kondisi ini masih boleh dirawat dan hampir setiap pesakit PCOS tiada sebarang masalah kesuburan perempuan.
Proses ovulasi wanita berlaku pada hari tertentu, selepas didatangi haid bulanan.
Sekiranya ovari wanita tidak lagi menghasilkan telur, maka pesakit akan hadapi masalah untuk hamil dan ini dipanggil kemandulan, masalah berkaitan kesuburan perempuan.
Kemandulan sangat biasa berlaku dalam kalangan pesakit penyakit sindrom PCOS.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ditekankan, penghidap masih mempunyai peluang yang sangat baik untuk hamil.
Kesabaran dan dedikasi yang tinggi mungkin diperlukan untuk memberi masa mencukupi setelah melakukan modifikasi gaya hidup untuk mengelakkan masakan kesuburan wanita secara semula jadi.
Dengan rawatan dan gaya hidup yang betul, PCOS dapat dikendalikan untuk jangka masa panjang dan pesakit dapat hidup tanpa gejala.
Apakah cara untuk pastikan kitaran haid teratur?
Terdapat beberapa cara yang sangat mudah diamalkan untuk mengawal haid dan memastikan rahim anda menggugurkan lapisannya secara berkala.
- Menurunkan berat badan: Dengan hanya menurunkan sebanyak 5% hingga 10% daripada jumlah berat badan, ia sudah mampu meningkatkan peluang terhadap kehamilan
- Mengambil pil perancang: Ubat pencegah kehamilan berupaya mengatur tahap hormon pesakit dan menurunkan hormon testosteron untuk menghasilkan kitaran haid yang lebih konsisten
- Mengambil ubat-ubatan: Terdapat ubat yang berpotensi membantu mengatur kitaran menstruasi menjadi normal
- Mengambil kombinasi Myo dan d-Chiro Inositol: Inositol terbukti dapat mengurangkan testosteron dan membantu mengatur kitaran haid serta mendorong ovulasi pada wanita dengan sindrom PCOS
Sudah tentu, anda harus berbincang dengan doktor sebelum mula mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan.
Selain itu, jangan ragu-ragu untuk bertanya doktor mengenai alternatif lain, atau sebab beliau mengesyorkan rawatan yang disarankan.
Ubat-ubatan yang membantu anda berovulasi
Ubat kesuburan wanita seringkali berfungsi seperti hormon semula jadi (hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH) untuk mencetuskan proses ovulasi.
Antara ubat yang dapat mengatasi masalah ovulasi dan kesuburan perempuan termasuk:
- Clomiphene citrate: Ubat ini diambil melalui mulut dan merangsang ovulasi dengan memicu kelenjar pituitari untuk melepaskan lebih banyak FSH dan LH, yang merangsang pertumbuhan folikel ovari yang mengandungi telur
- Gonadotropin: Daripada merangsang kelenjar pituitari untuk melepaskan lebih banyak hormon, rawatan yang disuntik ini merangsang ovari secara langsung untuk menghasilkan banyak telur. Ubat gonadotropin merangkumi human menopausal gonadotropin atau hMG dan FSH. Gonadotropin lain, seperti human chorionic gonadotropin, digunakan untuk mematangkan telur dan memicu pembebasannya pada masa ovulasi. Namun, wujud risiko yang tinggi untuk mempunyai kelahiran pramatang dengan penggunaan gonadotropin
- Metformin: Metformin digunakan apabila rintangan insulin disyaki penyebab kemandulan. Metformin membantu mengawal rintangan insulin, lantas meningkatkan kemungkinan berlakunya proses ovulasi
- Letrozole: Letrozole tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai perencat aromatase dan berfungsi dengan cara yang serupa dengan clomiphene. Letrozole berupaya menyebabkan ovulasi. Walau bagaimanapun, kesan ubat ini pada kehamilan awal masih belum diketahui, justeru ia jarang disarankan sebagai ubat untuk membantu ovulasi sekerap ubatan lain
- Bromocriptine: Bromocriptine, agonis dopamin, boleh digunakan apabila masalah ovulasi disebabkan oleh pengeluaran prolaktin yang berlebihan (hiperprolaktinemia) oleh kelenjar pituitari
Untuk penghidap sindrom PCOS, usah terlalu cepat menyerah kalah jika anda sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Seperti yang telah penulis kongsikan di atas, kalian masih berpeluang untuk hamil dengan melihat tanda wanita subur dan tidak subur!
Masalah kesuburan perempuan dengan sindrom PCOS dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang betul dan perubahan gaya hidup sihat.
[embed-health-tool-ovulation]