backup og meta

Kaum Hawa, Anda Berisiko Alami Penyakit Ini Jika Kerap Sakit Pinggul Time Period!

Kaum Hawa, Anda Berisiko Alami Penyakit Ini Jika Kerap Sakit Pinggul Time Period!

Sakit pinggul yang dialami semasa period mungkin disebabkan masalah endometriosis. Buat anda yang ingin mengetahui apa itu endometriosis, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu endometriosis?

Ia merupakan keadaan kesihatan di mana terdapat tisu rahim di luar lapisan dalam rahim.

Dalam kebanyakan kes, tisu ini terdapat di dalam ovari, tiub fallopian, dan bahagian lain di dalam pinggul (pelvis).

Sangat jarang, penyakit ini juga mungkin boleh berlaku di luar pelvis!

Meskipun tisu tersebut berada di luar lapisan dalam rahim, ia masih bertindak balas terhadap perubahan hormon seperti tisu rahim yang biasa.

Ia akan menebal dan berdarah mengikut kitaran haid biasa namun disebabkan darah haid daripada tisu ini tiada jalan untuk keluar, ia akan terperangkap.

Tisu di sekelilingnya mungkin terengsa dan berkemungkinan menghasilkan parut serta adhesi – tisu melekat antara satu sama lain.

Mengenali gejala endometriosis

apa itu endometriosis
Punca endometriosis berlaku pada wanita.

Simptom utamanya adalah sakit pinggul (kejang) semasa haid atau disebut sebagai dysmenorrhea.

Kadangkala, sakit yang dialami adalah sangat teruk. Ia juga mungkin semakin teruk dari satu kitaran haid ke kitaran seterusnya.

Namun, tahap kesakitan itu tidak semestinya selari dengan keadaan kesihatan anda.

Ada mereka yang mungkin tidak akan mengalami rasa sakit lagsung sedangkan endometriosis yang dialami agak teruk.

Gejala endometriosis lain yang boleh terjadi adalah:

  • Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
  • Sakit semasa membuang air besar atau kecil
  • Darah haid berlebihan
  • Gagal mendapatkan anak
  • Lain-lain – letih, cirit-birit, sembelit, perut kembung atau mual terutamanya semasa haid

Apa itu endometriosis: Fahami komplikasinya

Apakah endometriosis berbahaya?

Antara komplikasinya adalah kegagalan mendapat anak. Ia mungkin berlaku kerana tisu tersebut menghalang pergerakan telur di dalam ovari atau tiub fallopian. 1 per 3 hingga separuh daripada wanita dengan endometriosis menghadapi masalah mendapatkan anak.

Namun, masih ada yang berjaya mengandung bagi kes ringan.

Selain itu, kanser ovari juga didapati lebih tinggi dalam kalangan penghidap endometriosis meskipun secara relatifnya, risiko tersebut adalah rendah.

Apa rawatan dan diagnosis yang boleh dilakukan?

Adakah terdapat petua hilangkan endometriosis yang boleh dilakukan?

Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktor adalah pemeriksaan fizikal, ultrasound, MRI dan laparoskopi – menggunakan kamera untuk melihat bahagian dalam pelvis anda.

Laparoskopi adalah satu-satunya cara untuk mengesahkan penyakit ini dengan melihat serta mengambil sampel tisu terbabit untuk diperiksa di bawah mikroskop.

simptom endometriosis
Risiko endometriosis pada wanita hamil.

Rawatan yang diberikan untuk merawat apa itu endometrisos termasuklah:

  • Ubat tahan sakit
  • Rawatan kesuburan
  • Terapi hormon – mengawal naik dan turun hormon untuk mengurangkan simptom. Kaedah ini tidak merawat secara kekal
  • Pembedahan – membuang tisu terbabit. Ia membantu menghilangkan simptom serta membantu dalam kesuburan

Kesimpulan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai apa itu endometriosis, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Endometriosis, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/endometriosis/symptoms-causes/syc-20354656, Accessed Sep 6 2018.
  2. Endometriosis, http://obgyn.ucla.edu/endometriosis, Accessed Sep 6 2018.
  3. Endometriosis, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/endometriosis, Accessed Sep 6 2018.
  4. Endometriosis, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10857-endometriosis, Accessed Sep 6 2018.
  5. Endometriosis, https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/endometriosis, Accessed Sep 6 2018.

 

Versi Terbaru

08/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Endometriosis Jejas Aktiviti Asmara ? Ikut 5 Tip Ini Untuk Pengalaman Lebih Baik!

Awas Kaum Wanita, Endometriosis Boleh Kembali Lepas Dibuang! Kenapa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan