Mesti ada yang tertanya-tanya wanita menopause umur berapa, kan? Adakah wujud kesan menopaus terhadap hubungan seksual dan adakah sex selepas menopause masih boleh dilakukan?
Tapi sebelum itu, anda perlu tahu perempuan yang sudah memasuki usia menopause pasti mula mengeluh tentang beberapa perubahan tubuh mereka.
Selain kesihatan fizikal mula merosot, mereka juga mula cemas tentang kehidupan seksual bersama pasangan.
Sesetengah wanita berasa takut jika mereka nanti tidak akan mengalami klimaks syahwat atau orgasma jika melakukan hubungan kelamin di usia menopause. Benarkah demikian?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sex selepas menopause, perubahan yang bakal dialami?
Waktu menopause memang akan membawa pelbagai perubahan pada kehidupan seksual anda dan pasangan.
Mulai daripada penurunan libido atau kegairahan seksual, kehilangan minat untuk berhubungan seks, hinggalah kepada kesukaran mencapai klimaks.
Dengan pertambahan usia, kadar hormon estrogen pada wanita akan menurun dengan mendadak.
Hal ini menyebabkan aliran darah menuju klitoris dan vagina mejadi berkurangan, sehingga organ reproduksi ini menjadi kurang sensitif berbanding sebelumnya.
Penurunan estrogen juga menyebabkan lapisan vagina menjadi tipis (atrofi vagina) dan vagina kering.
Ini juga menyebabkan wanita sering berasa sakit jika berhubungan seks di usia menopause.
Jika hubungan seksual sahaja boleh membuatkan anda berasa sakit, maka anda tentu tidak dapat menikmati kegairahan hubungan intim, apatah lagi untuk mencapai orgasma.
Bahkan beberapa wanita menopause mengatakan mereka mengalami penyusutan klitoris sehingga membuat mereka semakin sukar mencapai orgasma.
Walaupun begitu, jelasnya tidak semua wanita akan mengalami penurunan kegairahan seks sebagai kesan menopause. Bahkan, sesetengah mendakwa sex selepas menopause menjadi semakin gairah dalam hubungan mereka.
Malah, peluang terjadinya orgasma boleh meningkat daripada sebelum anda mengalami menopause.
Baca juga:
Mengapa wanita menopause masih boleh orgasma?
Wanita menopause umur berapa biasanya berlaku sewaktu lewat usia 50-an.
Semakin tua, bererti anda semakin sering dan bertambah banyak pengalaman dalam hubungan kelamin bersama pasangan.
Anda berdua mungkin sudah mencuba pelbagai posisi, teknik dan fantasi yang disukai diri dan pasangan.
Banyaknya pengalaman seksual inilah yang membuat organ intim anda menjadi semakin mudah terangsang.
Jadi, bukan suatu hal yang mustahil untuk anda mencapai orgasma dengan mudah, meskipun sudah menopause.
Lebih-lebih lagi, anda tidak perlu risau akan mengalami kehamilan akibat hubungan kelamin.
Berbeza dengan sewaktu anda masih subur, hubungan kelamin kadangkala boleh membuatkan anda risau akan risiko kehamilan.
Sedangkan selepas menopause, anda boleh menjalani hubungan intim dengan lebih tenang, lalu lebih mudah mencapai orgasma.
Bagaimana caranya mengembalikan keghairahan sex selepas menopause
Berhubungan intim adalah salah satu cara bagi pasangan suami isteri untuk menjaga keharmonian rumah tangga.
Bukan sekadar untuk kebahagiaan sendiri, hubungan kelamin juga dapat mengukuhkan kepercayaan terhadap satu sama lain.
Walaupun anda sudah menopause, itu bukan bermaksud anda tidak boleh melakukan sex selepas menopause! Malah, anda masih boleh merasakan nikmatnya hubungan kelamin dan mencapai klimaks.
Pun begitu, anda mungkin memerlukan ransangan tambahan untuk mudah mencapai orgasma.
Antara cara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda mencapai klimaks ialah:
1. Kurangkan kesakitan
Kurangkan kesakitan yang mungkin anda hadapi disebabkan penetrasi dengan cara memilih posisi seks yang selesa untuk anda.
Di samping itu, anda juga boleh memanfaatkan mandian panas sebelum hubungan kelamin untuk membantu anda bertenang dan penggunaan pelincir vagina untuk mengurangkan kesakitan.
2. Tumpukan kepada rangsangan dan sentuhan
Sebelum berlakunya penetrasi, anda boleh meminta pasangan anda untuk meneroka bahagian-bahagian yang sensitif pada tubuh anda untuk memudahkan anda mencapai orgasma di samping cumbuan dan ciuman mesra.
Urutan seksual dan seks oral juga boleh membantu merangsang dan meningkatkan komunikasi antara anda dan pasangan.
3. Alihkan perhatian
Gunakan teknik mengalihkan perhatian untuk meningkatkan keselesaan dan mengurangkan keresahan kesan menopause.
Ini termasuklah dengan penggunaan muzik, membiarkan televisyen terbuka dan sebagainya.
Semua ini dapat membuatkan sex selepas menopause menjadi lebih indah dan bermakna!
4. Saling terbuka dengan pasangan
Bicarakan dengan pasangan mengenai teknik foreplay dan posisi seks yang membuat anda berdua selesa.
Semakin anda terbuka dengan pasangan, semakin mudah bagi anda berdua mencapai orgasma.
Kepuasan anda berdua juga tidak semestinya hanya melalui penetrasi, bahkan boleh juga melalui sentuhan yang menggairahkan.
Jadi, jika anda atau pasangan sudah enggan melakukan hubungan kelamin, anda berdua masih boleh saling berpelukan dan bersentuh secara seksual untuk meningkatkan keintiman.
5. Senaman rutin bantu rangsang sex selepas menopause
Senaman dapat membantu melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh, termasuk aliran darah ke alat kelamin. Semakin lancar aliran darah ke klitoris dan vagina, maka semakin mudah anda mencapai klimaks.
Cuba untuk bersenam secara rutin dengan pasangan anda. Contohnya dengan berjalan kaki, berenang, atau melakukan senaman Kegel.
Selain untuk meningkatkan kegairahan seksual, bersenam bersama pasangan juga boleh menambah keharmonian rumah tangga anda berdua.
[embed-health-tool-ovulation]