Masalah kekejangan perut adalah biasa semasa pendarahan haid. Tetapi untuk wanita menopause, apakah penyebab kram perut bawah tapi tidak haid?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apakah penyebab kram perut bawah?
Kekejangan perut semasa tempoh reproduktif biasanya disebabkan kedatangan haid bulanan. Bagi kebanyakan wanita ia berlaku beberapa hari sebelum dan sepanjang haid.
Namun, apakah punca rasa kejang perut yang dialami setelah menopaus dan putus haid?
Umumnya, kekejangan yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti endometriosis hinggalah fibroid rahim. Ia juga boleh menjadi gejala virus perut atau keracunan makanan.
Biasanya ia bukanlah keadaan yang perlu dirisaukan, tetapi jika berlaku berterusan, mungkin anda tidak patut mengabaikannya.
Mengenai wanita menopause
Menopaus adalah tempoh di mana haid bulanan berhenti selama tempoh setahun kerana tubuh tidak lagi menghasilkan hormon estrogen.
Pendarahan haid yang dialami akan semakin berkurangan apabila menghampiri fasa menopaus. Anda juga akan mengalami gejala seperti rasa panas, berpeluh malam dan kekeringan faraj.
Fahami simptom yang terjadi
Ketika berada dalam tempoh pramenopaus atau darah haid semakin berkurangan, anda masih lagi akan mengalami gejala seperti kekejangan dan pendarahan.
Namun, sebaik sahaja disahkan dalam fasa menopaus dan putus haid, masalah kram perut bawah mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu.
Selain daripada kekejangan, anda mungkin akan mengalami:
- Bengkak bawah perut
- Sakit semasa bersetubuh, kencing atau berak
- Keletihan
- Bengkak atau rasa sakit pada kaki
- Sembelit
- Penurunan atau kenaikan berat badan tidak dijangka
Kekejangan juga boleh berlaku bersama dengan loya, muntah dan cirit-birit sekiranya ia merupakan tanda sakit perut.
Fahami punca kram perut bawah selepas menopaus
Beberapa keadaan boleh menyebabkan kekejangan selepas putus haid:
1. Fibroid rahim penyebab kram perut bawah
Ia melibatkan tumor yang terbentuk pada dinding rahim dan biasanya bukan barah.
Walaupun kebanyakan fibroid terbentuk pada awal usia, namun wanita berumur 50 tahun ke atas juga boleh mengalaminya.
Fibroid akan berhenti membesar atau semakin mengecil selepas menopaus. Sesetengah wanita mungkin akan mengalami gejalanya walaupun setelah putus haid.
2. Penyakit gastrousus
Virus perut, keracunan makanan, sindrom kerengsaan usus atau penyakit gastrousus lain boleh menyebabkan kekejangan pada bahagian bawah perut.
Gejala lain yang turut dialami adalah loya, muntah atau cirit-birit dan biasanya bersifat sementara.
Kekejangan yang dialami juga boleh berkembang selepas pengambilan produk tenusu atau jika rasa tertekan.
3. Penyebab kram perut bawah #Kanser ovari & rahim (endometrium)
Kanser ovari atau rahim boleh menyebabkan kekejangan perut. Risiko untuk menghidapnya meningkat apabila wanita menjengah usia 50 tahun dan ke atas.
Selain rasa kejang pada perut, wanita yang menghidap barah turut akan mengalami gejala seperti:
- Pendarahan faraj
- Kembung perut
- Keletihan
- Penurunan berat tanpa sebab
Jika mengalami sebarang gejala yang membimbangkan, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian!
Baca juga: