Bolehkah makan panadol pink untuk period? Bagi sesetengah wanita, makan ubat tahan sakit adalah satu-satunya cara untuk melegakan kesakitan, terutamanya ketika bekerja. Bagi mereka, cara termudah untuk menghilangkan period pain adalah dengan cara mengambil panadol pink.
Tidak dinafikan, ubat tahan sakit dapat melegakan sakit perut yang berpunca daripada haid. Walau bagaimanapun, adakah ia selamat? Untuk pengetahuan anda, ubat tahan sakit atau painkiller mempunyai banyak kesan sampingan, terutamanya dalam jangka masa panjang.
Menurut Dr. Pratima Thamke dari Motherhood Hospital, Mumbai, wanita perlulah mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan.
“Kalau mengambil aspirin/ibuprofen/paracetamol lebih daripada 4 kali sehari, ia mungkin akan mendatangkan mudarat. Jadi, pastikan dos yang diambil tidak melebihi 250 miligram setiap hari,” katanya.
Ingin tahu kesan buruk pengambilan ubat tahan sakit? Jom ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Benarkah panadol pink untuk period tidak baik untuk kesihatan?
“Ehh, jangan makan banyak sangat ubat tahan sakit! Nanti boleh mandul!”
Pasti ramai wanita pernah dengar kenyataan di atas. Sebenarnya, sudah lama pengambilan ubat tahan sakit ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit, terutamanya kemandulan.
Walaupun wanita mengandung tidak digalakkan mengambil ibuprofen (sejenis ubat tahan sakit) pada trimester kedua kehamilan, namun ia masih lagi selamat untuk pengambilan wanita pada trimester pertama.
Jika boleh, wanita mengandung perlu elakkan pengambilan ubat tahan sakit. Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Human Reproduction, penggunaan ubat ini boleh mengganggu perkembangan ovari pada fetus.
Sebelum kita kupas lebih lanjut mengenai keburukan ubat tahan sakit, wanita perlu tahu bahawa ubat tahan sakit yang berdos rendah adalah selamat. Malah, pengambilan ubat tahan sakit juga merupakan cara yang sangat berkesan untuk melegakan period pain.
Sakit perut disebabkan haid juga amat lazim dalam kalangan remaja. Walau bagaimanapun, jika anda perlu mengambil lebih daripada 4 biji ubat menstrual setiap hari, anda perlulah berjumpa doktor secepat mungkin.
Malah, sakit yang teruk ketika period juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti sista ovari, polip, PCOS atau penyakit lain.
Namun, kesakitan ini akan semakin berkurang apabila wanita menginjak dewasa. Jika anda sering mengambil ubat tahan sakit, sudah tentulah ia datang dengan kesan sampingan yang tertentu seperti:
- Sembelit: Jika anda terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit, anda akan alami sembelit pada masa yang sama, terutamanya ketika haid.
- Pedih ulu hati: Ini juga merupakan kesan sampingan ubat tahan sakit yang boleh membawa ketidakselesaan.
- Loya dan muntah-muntah: Ada juga yang akan rasa loya dan muntah selepas mengambil ubat tahan sakit.
- Sakit perut: Ada juga wanita yang akan rasa sakit perut selepas makan panadol pink.
Baca juga:
- Kaum Hawa Kena Makan 7 Suplemen Ini Ketika Haid Untuk Elak Dan Kawal PMS!
- Kekejangan Haid, Ini Beberapa Cara Mengatasi Senggugut Yang Boleh Para Wanita Cuba!
Cara lain untuk legakan period cramp
Selain mengambil panadol pink, ada beberapa cara lagi yang mungkin dapat membantu mengurangkan kesakitan ketika haid:
1. Letakkan sesuatu yang hangat pada perut
Jika anda sering sakit perut ketika haid, tidak salah jika anda berbelanja lebih sedikit untuk membeli botol atau bantal khas yang boleh dihangatkan untuk diletakkan di atas perut. Alat penuam sudah lama terbukti dapat mengurangkan kekejangan yang menyebabkan kesakitan.
2. Cuba jalan kaki atau bersenam
Ramai wanita yang akan berehat atau berbaring ketika mengalami period pain. Tetapi, tahukah anda, senaman sebenarnya merupakan ubat tahan sakit semula jadi?
Senaman boleh menggalakkan penghasilan hormon endorfin yang boleh mengurangkan kesakitan. Bukan itu sahaja, wanita yang selalu bersenam juga kurang stres. Tetapi, jangan pula paksa diri jika tidak larat bersenam!
[embed-health-tool-ovulation]
3. Lawan stres dengan lebih serius
Tahukah anda, stres boleh menyebabkan anda lebih mudah jatuh sakit? Sebab itulah mereka yang terdedah kepada stres yang berpanjangan lebih mudah demam dan pening kepala.
Namun, bukan mudah untuk melawan stres, lebih-lebih lagi jika ia berpunca daripada kerja atau masalah peribadi.
Walaupun begitu, ada senaman tertentu yang boleh membantu anda melawan stres dengan lebih baik. Antaranya ialah yoga dan meditasi. Anda juga boleh mengikuti sesi kaunseling.
4. Tinggalkan panadol pink, makan vitamin dan mineral
Selain panadol pink untuk period, anda juga perlulah pastikan badan mendapat vitamin dan mineral yang cukup daripada makanan. Ada beberapa jenis vitamin dan mineral yang terbukti dapat mengurangkan period cramp.
Sebagai contoh, vitamin B1 yang turut dikenali dengan nama thiamin, dan juga magnesium mungkin dapat bantu meredakan sakit perut disebabkan period. Kedua-dua vitamin ini terkandung dalam banyak makanan seperti kekacang, sayur bayam, kubis dan buah-buahan seperti avokado dan oren.