backup og meta

Inginkan Zuriat Tapi Haid Anda Tidak Teratur? Ini Cara MUDAH Kesan Waktu Ovulasi!

Inginkan Zuriat Tapi Haid Anda Tidak Teratur? Ini Cara MUDAH Kesan Waktu Ovulasi!

Timing memainkan peranan yang cukup penting untuk hamil! Tetapi, bagaimana anda hendak meramalkan waktu subur (ovulasi) jika alami masalah haid yang tidak konsisten? Usah risau, ini cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur!

Bolehkah wanita dengan masalah menstruasi sebegini mengandung? Ya! Namun, ‘perjalanannya’ mungkin lebih sukar berbanding wanita dengan kitaran haid normal.

Menurut 1 kajian, wanita yang kitaran haidnya bervariasi kurang daripada 2 hari mempunyai 2 kali ganda lebih tinggi peluang untuk hamil dalam jangka waktu tertentu, berbanding mereka yang kitarannya bervariasi lebih 6 hari.

Jika anda tergolong dalam kalangan wanita yang memiliki ketidaktentuan kitaran haid, ikuti kupasan ini untuk ketahui cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Haid tidak teratur, fahami dengan lebih lanjut!

Mari penulis mulakan dengan definisi sebenar haid tidak teratur. Untuk makluman, anda tidak memerlukan kitaran 28 hari untuk menjadi ‘normal’.

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr. George Carson, hanya sekitar 15% wanita yang mempunyai kitaran 28 hari.

Bahkan, tempoh kitaran menstruasi yang normal boleh berubah antara 22 hingga 35 hari.

cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur

Oleh itu, selagi kitaran anda berada di dalam tempoh tersebut dan berlangsung dalam jangka masa yang sama setiap kali, ia masih dikira sebagai normal.

Tetapi, jika anda tidak dapat mengira kitaran dan menganggar hari haid yang seterusnya, anda mungkin mengalami kitaran haid tidak konsisten.

Ya, tempoh kitaran haid anda mungkin terjadi akibat tekanan, penyakit tiroid, sindrom ovari polisistik (PCOS), fibroid dan banyak lagi.

Pun begitu, jikalau pun ia tidak dipicu oleh kondisi kesihatan, masalah kitaran tidak teratur dimiliki masih boleh menjejaskan kesuburan!

Ini cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur!

Sekiranya anda berovulasi, tetapi secara tidak teratur, kalian perlu melakukan usaha yang spesifik untuk menentukan waktu paling subur.

Terdapat banyak cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur.

Anda mungkin juga perlu menggunakan lebih daripada 1 kaedah bagi mengesan masa terbaik untuk melakukan hubungan seks.

Ovulation predictor tests sangat mirip dengan ujian kehamilan, kerana memerlukan anda kencing di atas test strips, untuk kenal pasti waktu subur.

Walakin begitu, pada sesetengah wanita, hasil ujian boleh menjadi ‘positif palsu’, dan hal ini biasa berlaku kepada wanita dengan kondisi sindrom ovari polisistik (PCOS).

1 lagi kemungkinan kelemahan menggunakan ujian ini semasa kitaran yang tidak teratur ialah, anda perlu guna dengan lebih banyak berbanding jumlah purata test strips.

Ini kerana anda tidak menggunakannya sepanjang kitaran, tetapi hanya sekitar waktu yang dijangka ovulasi berlaku.

Apabila kitaran haid tidak teratur, waktu ovulasi anda juga mungkin memakan masa lebih lama.

Cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur seterusnya, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mencatat basal body temperature (BBT) anda.

Carta BBT dapat bantu menunjukkan anda waktu ovulasi!

Namun sudah tentu, cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur paling tepat untuk mengesan ovulasi adalah melalui ultrabunyi trans-vaginal.

Tapi, masih tiada salahnya untuk mencuba opsyen-opsyen yang dinyatakan di atas, kan?

Cara hamil dengan haid yang tidak teratur

Sekiranya anda sedang berovulasi, kalian masih memiliki kemampuan untuk hamil!

Perkara yang paling penting, adalah untuk melakukan hubungan seks tanpa perlindungan secara berkala.

Pastikan untuk melakukan persetubuhan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 hari, okey?

Namun, jika anda mempunyai kondisi perubatan yang menjejaskan kesuburan, merawat masalah tersebut terlebih dahulu akan dapat tingkatkan peluang kehamilan!

Doktor anda juga mungkin akan mempreskripsikan clomiphene citrate (Clomid) untuk menggalakkan ovulasi.

Clomid didapati menjadi ubat yang berkesan untuk merangsang ovulasi!

Malah, ia turut menunjukkan hasil positif apabila digunakan pada wanita dengan kondisi PCOS.

Pun begitu, Clomid berupaya menyebabkan kesan-kesan sampingan, termasuk:

cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur

Penurunan atau kenaikan berat badan juga dapat membantu!

Menurut PCOS Awareness Association, pengurangan berat badan sekitar 5 hingga 10% sudah dapat bantu mengatur ovulasi pada wanita dengan berat badan berlebihan.

Jika ingin menambah atau menurunkan berat badan dengan selamat, dapatkan khidmat nasihat doktor untuk diet yang paling bersesuaian.

Doktor mungkin dapat memberikan anda rancangan pemakanan dan panduan bersenam mengikut sasaran berat yang sihat!

Namun, jika haid tidak teratur anda disebabkan oleh masalah tiroid yang tidak aktif atau terlalu aktif, doktor akan mempreskripsikan ubat untuk meningkatkan hormon tiroid atau menyekatnya.

1 kajian yang diterbitkan mendapati, 35% wanita dengan hipotiroidisme dan kemandulan yang dirawat dengan ubat levothyroxine berjaya hamil berbanding 26% yang dirawat dengan plasebo.

Bolehkah haid yang tidak konsisten jejaskan kehamilan?

Mungkin.. Bergantung juga pada penyebab haid tidak teratur anda.

Jika pemicunya masih tidak dikenal pasti, anda mungkin tidak akan alami risiko peningkatan komplikasi kehamilan.

Tetapi, anda masih perlu membincangkan kemungkinan risiko bersama doktor atau pakar sakit puan.

Wanita yang hamil dengan kondisi PCOS pula berisiko lebih besar untuk mengalami:

Konklusi

Hakikatnya, ramai sahaja wanita yang alami masalah ketidaktentuan kitaran haid, majoriti dek kerana ovulasi yang tidak teratur.

Walaupun ovulasi yang tidak menentu boleh menyukarkan wanita untuk mendapatkan zuriat, namun merawat kondisi kesihatan yang menjadi pemicu akan dapat meningkatkan kesuburan anda!

Selain itu, anda juga boleh mencuba cara mengira waktu subur bagi haid tidak teratur yang telah penulis kongsikan di atas.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Irregular period. https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/track-ovulation-irregular-periods/Accessed 24 May 2022.
  2. Irregular period. https://www.acog.org/Patients/FAQs/Fertility-Awareness-Based-Methods-of-Family-Planning. Accessed 24 May 2022.
  3. Irregular period.https://utswmed.org/conditions-treatments/irregular-bleeding/Accessed 24 May 2022.
  4. Irregular period. https://www.nhs.uk/conditions/irregular-periods/Accessed 24 May 2022.
  5. Irregular period. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/basal-body-temperature/about/pac-20393026. Accessed 24 May 2022.

Versi Terbaru

07/11/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Takut Kecewa Lihat Keputusan Ujian Kehamilan? Ada Tip Khas Untuk Wanita PCOS, Elak 'Result' Palsu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan