Keputihan, cecair serviks, dan air mazi pada wanita.. Adakah kesemuanya sama? Bagaimana hendak bezakan ketiga-tiga jenis cecair faraj ini?
Dalam erti kata mudah, keputihan membawa maksud cecair yang keluar dari faraj.
Manakala, cecair serviks pula merupakan cairan faraj yang berubah mengikut kitaran untuk mencegah atau memudahkan sperma bergerak ke serviks.
Untuk cecair yang ketiga pula, air mazi pada wanita dihasilkan di dalam faraj, sebagai sebahagian daripada kitaran tindak balas seksual. Rupa air mazi agak berbeza.
Sekarang, anda mungkin dapat memahami sifat cecair-cecair ini secara kasar, kan? Jika ingin mengenali cirinya dengan lebih terperinci, sila ikuti kupasan ini okey!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.
Cecair serviks, seakan keputihan
Jika anda tidak mengambil sebarang pencegah kehamilan, kualiti dan kuantiti cecair serviks akan berubah sepanjang kitaran haid.
Perubahan ini berasal dari serviks, iaitu laluan antara saluran pembiakan bawah dan atas anda.
Ia juga terjadi sebagai tindak balas terhadap turun naik hormon estrogen dan progesteron yang mempersiapkan badan anda untuk ovulasi, haid atau kehamilan.
‘Keputihan’ adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan cairan yang keluar dari faraj.
Untuk makluman pembaca sekalian, cecair ini terdiri daripada sel-sel dari serviks dan faraj, yang mengandungi bakteria, lendiran, serta air.
Wanita yang mengalami menopaus biasanya tidak mengeluarkan lendiran ini secara aktif, dek kerana penurunan paras estrogen.
Bagi wanita dalam usia reproduktif pula, kalian lebih cenderung untuk berasa ‘basah’ dan mempunyai rangsangan seks yang tinggi saat menghampiri ovulasi, disebabkan oleh peningkatan estrogen.
Selain itu, cecair serviks yang subur di sekitar ovulasi akan dapat memberikan pelinciran tambahan!
Konsistensinya pula seakan putih telur; licin, melekit dan jernih. Sifat dan teksturnya juga akan berubah-ubah sepanjang kitaran dan menjadi indikasi kepada fasa kitaran haid.
Apa pula air mazi pada wanita? Apa hukum keluar air mazi?
Tahu rupa air mazi?
Menurut laman sesawang rasmi Mufti Malaysia, air mazi pada wanita adalah cecair berwarna putih, halus dan melekit, yang terhasil saat bangkitnya permulaan syahwat atau ketika ‘bergurau-senda’ bersama pasangan.
Air mazi kedua-dua jantina, baik lelaki dan wanita adalah sama. Golongan wanita mengeluarkan air mazi apabila bangkit syahwatnya.
Persoalan seterusnya yang mungkin berlegaran di minda pembaca… Apa hukum keluar air mazi? Adakah air mazi najis?
Menurut Islam, air mazi najis termasuk di dalam kategori najis Mutawassithoh (sederhana). Maka, ia perlu dicuci dan menjadi perkara yang membatalkan wuduk!
Namun, walaupun air mazi najis, anda tidak perlu mandi wajib. Ini berbeza dengan air mani.
Air mazi pada wanita keluar semasa melakukan aktiviti seksual, disebabkan reaksi fisiologi normal badan untuk melakukan hubungan seks.
Selain fisiologi, rangsangan seksual juga melibatkan tindak balas psikologi.
Rangsangan seksual fizikal wanita bermula dengan fasa keterangsangan.
Peningkatan aliran darah genital kemudiannya memicu pembengkakan vaskular (pembengkakan saluran darah) dan tekanan ini menyebabkan cecair (transudate) untuk ditolak ke permukaan dinding faraj.
Sebaik sahaja anda mula terangsang secara seksual, adalah normal untuk merasai sensasi faraj membengkak dan ‘basah’.
Air mazi pada wanita turut bertindak sebagai pelincir faraj semula jadi untuk membolehkan penetrasi zakar dan pergerakan seksual, tanpa rasa sakit.
Faktor menjadikan air mazi pada wanita lebih mudah atau sukar terhasil
- Paras estrogen yang turun naik sepanjang kitaran haid
- Foreplay (yang mencukupi atau kekurangan)
- Keadaan mental anda
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu, seperti pencegah kehamilan hormon
Tubuh wanita menghasilkan hormon estrogen yang lebih sedikit pada awal dan akhir kitaran haid. Jadi, faraj anda mungkin terasa lebih kering pada tempoh masa ini.
Faraj yang tidak ‘basah’ boleh menimbulkan kekecewaan, kerana anda mungkin beranggapan bahawa diri tidak cukup terangsang untuk bersama.
Bagaimana pula dengan ‘squirting’? Adakah ia juga sebahagian daripada keputihan?
Hingga kini, ejakulasi wanita masih menjadi topik yang agak mengelirukan!
Pun begitu, penyelidikan mendakwa sebilangan kecil cecair pekat yang dihasilkan semasa orgasma mungkin berasal dari kelenjar sekretori yang terletak berhampiran uretra wanita, dikenali sebagai kelenjar Skene (juga digelar prostat wanita).
Squirting yang sering kali dianggap sebagai ejakulasi wanita, disyaki adalah air kencing cair yang dikeluarkan dari pundi kencing semasa klimaks.
Tapi jangan terkeliru, sesetengah wanita yang mengalami inkontinen urin juga mungkin berupaya mengalami kebocoran air kencing semasa penetrasi faraj atau orgasma!
Kenal pasti keputihan abnormal
Keputihan atau cecair faraj yang abnormal berisiko menjadi petanda kepada masalah, seperti vaginosis bakteria, jangkitan kulat, mahupun STD seperti trichomoniasis!
Berikut adalah beberapa indikasi keputihan abnormal, antaranya:
- Bau: Berbau hanyir, hamis atau seakan logam
- Warna: Kelabu, kehijauan, kekuningan atau coklat
- Volum: Jumlah yang ketara, selalunya disertai gejala lain seperti kegatalan
- Konsistensi: Cecair menjadi sama ada terlalu nipis, tebal atau lebih bertekstur
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]