backup og meta

Pendakap Gigi dan Kebersihan Mulut

Pendakap Gigi dan Kebersihan Mulut

Nafas berbau, kerosakan gigi dan penyakit gigi adalah keadaan yang boleh menjejaskan jika penjagaan gigi diabaikan. Apatah lagi dengan pemakaian pendakap gigi. Ini kerana makanan boleh terperangkap dalam bracket dan pada wayar lengkungnya itu. 

Penjagaan pendakap gigi yang betul membantu mengurangkan pengumpulan plak dan memberi keselesaan kepada anda.

Memberus

Memberus adalah penting sama ada atau tidak anda memakai pendakap gigi atau sebaliknya.  Tetapi ia menjadi sangat penting apabila anda menjalani rawatan ortodontik. Apabila anda memakai pndakap gigi, kepingan makanan dan plak lebih mudah terperangkap dalam bracket dan menyebabkan masalah mulut. Jadi anda harus menggunakan berus gigi dengan kepala lembut untuk mengakses kawasan yang sukar dijangkau. Gosokan perlu dilakukan pada sudut 45 darjah ke arah gusi anda.

Walaupun secara amnya orang hanya perlu berus dua kali sehari, jika anda memakai pendakap gigi adalah lebih baik memberus gigi selepas setiap hidangan. Menyimpan berus gigi dan ubat gigi di dalam beg anda supaya memudahkan anda memastikan mulut sentiasa dalam keadaan bersih.

Flos

Flos semasa memakai pendakap gigi boleh menjadi sedikit mencabar, tetapi ia merupakan langkah dalam rutin kebersihan mulut anda yang tidak boleh diabaikan. Flossing membantu menghilangkan sebarang pembentukan plak, serta apa-apa zarah makanan yang lebih kecil terperangkap dalam pendakap atau antara gigi anda.

Menjaga pemakanan

Ahli ortodontik anda akan memberi anda senarai makanan untuk dielakkan apabila anda mempunyai pendakap gigi. Peraturan praktikal yang baik adalah melangkau apa-apa makanan melekit, kenyal atau keras. Makanan yang melekit, seperti karamel atau gula-gula getah, makanan yang renyah seperti bertih jagung juga boleh perlu dielakkan supaya tidak terperangkap pada bracket.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Caring For Braces: You’re On Your Way To A Healthy Smile https://www.colgate.com/en-us/oral-health/cosmetic-dentistry/adult-orthodontics/caring-for-braces-you-are-on-your-way-to-a-healthy-smile-0414 Accessed on July 25, 2018.

Caring for braces https://orthodonticsaustralia.org.au/caring-for-braces/  Accessed on July 25, 2018.

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Kosmetik Pergigian: 5 Jenis Yang Perlu Anda Tahu


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan