backup og meta

Tak Makan Manis Jadi Tak Perlu Gosok Gigi? Pengamal Diet Keto Perlu Faham Ini

Tak Makan Manis Jadi Tak Perlu Gosok Gigi? Pengamal Diet Keto Perlu Faham Ini

Jika anda merupakan salah seorang pengikut diet keto yang sedang trendy sekarang, anda mungkin perlu baca mengenai hal ini dan tahu kepentingan untuk gosok gigi.

Terdapat segelintir pengamal diet keto yang berbangga bahawa mereka mempunyai kesihatan oral atau mulut yang lebih baik berbanding mereka yang bukan pengamal diet ini.

Ini kerana diet ini mengurangkan pengambilan karbohidrat yang menjadikan pengamalnya kurang mengambil gula dan menjadikan gigi mereka lebih cantik.

Walaupun kebanyakan doktor gigi mengakui bahawa diet jenis ini kurang mengambil gula, ia sebenarnya mungkin memberikan kesan sampingan lain terhadap pengamalnya. Apakah ia?

Masih perlu gosok gigi walaupun kurang ambil gula

Doktor gigi telah membuat gesaan agar mereka yang mengamalkan diet keto untuk sentiasa gosok gigi mereka walaupun mereka mendakwa kurang ambil gula dalam diet.

Menurut doktor gigi, tanpa memberus gigi, satu lapisan lendir akan wujud pada gigi dan boleh menyebabkan penyakit gusi dan apa yang disebut sebagai ‘keto breath’.

gosok gigi

Menurut Profesor Damien Walmsley, pengamal mana-mana jenis pelan diet masih perlu menggosok gigi walaupun mereka mendakwa kurang mengambil gula dalam diet harian.

Beliau juga menambah, tanpa mengira apa yang anda makan, lapisan plak masih akan wujud pada gigi disebabkan oleh bakteria yang hidup secara semula jadi dalam mulut anda. 

Menurut British Dental Association, secara terorinya, mungkin terdapat pengurangan risiko untuk mendapat pereputan gigi jika kurang mengambil gula.

Walau bagaimanapun, kesihatan mulut yang baik juga memerlukan diet bernutrisi yang seimbang.

Pengamal diet keto hanya mengurangkan pengambilan karbohidrat, tetapi mengambil makanan yang tinggi lemak seperti kekacang dan bijian, selain buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ini adalah maksud diet keto yang hangat diperkatakan

Pemakanan atau diet Ketogenic mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, tetapi mengambil makanan yang tinggi lemak.

Kaedah pemakanan seperti ini memaksa tubuh berada dalam keadaan metabolik yang dikenali sebagai ketosis.

gosok gigi

Ia akan membuatkan tubuh menjadi ‘lapar’ terhadap sumber karbohidrat. Mengapa karbohidrat tidak diambil oleh pengamal diet keto?

Ini kerana karbohidrat akan menyebabkan tubuh badan menghasilkan glukosa yang akan digunakan sebagai tenaga berbanding lemak!

Diet ini akan menjadikan anda lebih banyak mengalami kehilangan berat badan memandangkan tubuh badan akan membakar lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga utama.

Pengamal diet keto biasanya akan memakan daging, sayuran hijau dan kebanyakan jenis sayur lain, produk tenusu tinggi lemak, kekacang dan bijian, avokado dan buah beri dan sumber lain lemak seperti minyak kelapa.

Mereka tidak boleh memakan bijirin seperti nasi dan gandum, gula seperti madu, kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ubi seperti keledek.

Bagi mereka yang mengikuti diet keto, ia mungkin membantu anda mengurangkan berat badan, tetapi ia tidak langsung mengurangkan risiko untuk mendapat pengakit berkaitan gusi jika tidak digosok.

Konklusinya, anda masih perlu gosok gigi dengan kerap

Gigi masih perlu digosok setiap hari walaupun anda kurang mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula atau berkarbohidrat.

Tidak mengira walau apa pun yang anda makan, plak masih tetap akan terbentuk dan anda tidak mempunyai alasan untuk tidak menggosok gigi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Trendy keto diet will NOT protect your teeth: Dentists urge followers of low-carb regimes to keep brushing twice a day – even if they are eating less sugar, https://www.dailymail.co.uk/health/article-7640197/Keto-carnivore-diets-NOT-protect-teeth-Dentists-warn-against-trendy-low-carb-diets.html, Accessed Jun 23 2020.
  2. Sugar-free Dieters ‘Still Need To Brush Teeth’, https://www.wycombeprivatedentist.co.uk/sugar-free-dieters-still-need-to-brush-teeth/, Accessed Jun 23 2020.
  3. How Dentists Should Treat Patients’ Keto Breath, https://cityoasis.dental/blog/2019/06/18/how-dentists-should-treat-patients-keto-breath, Accessed Jun 23 2020.
  4. Keto Breath: The Unfortunate Side Effect of a Low-Carb Diet, https://www.dentaly.org/us/oral-hygiene/halitosis-bad-breath/keto-breath/, Accessed Jun 23 2020.
  5. Diet and my teeth, https://www.dentalhealth.org/diet-and-my-teeth, Accessed Jun 23 2020.
  6. What is your keto diet doing to your oral health? https://dawsondental.ca/keto-diet-and-oral-health/. Accessed Feb 12, 2022.

Versi Terbaru

05/09/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Yang Mana Satu Pilihan Diet Terbaik? Ketogenik Atau Ketofastosis? Ini Bezanya

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Diabetes


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan