Di pasaran, ada banyak jenama ubat gigi yang anda boleh pertimbangkan. Namun, jenama mana yang paling berkesan dan berbaloi untuk anda gunakan?
Jom baca artikel untuk dapatkan idea tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Kenapa anda perlu jaga kesihatan gigi & oral?
Ramai individu yang mungkin mementingkan soal kosmetik dental, lantas lebih mengutamakan perihal pemasangan alat seperti braces, crown ataupun penggunaan ubat gigi terbaik untuk memutihkan gigi.
Walaupun usaha untuk memutihkan, meratakan dan mencantikkan gigi adalah tidak salah, namun ia belum cukup. Penjagaan kesihatan oral itu perlu lebih menyeluruh dan melibatkan kesemua aspek di dalam mulut.
Antara kunci bagi memastikan gigi, gusi, lidah dan lelangit anda kekal sihat adalah terletak pada ubat gigi. Penggunaan ubat gigi yang sesuai dapat mengelakkan masalah seperti infeksi, inflamasi atau sensitiviti.
Jenama ubat gigi pilihan ramai di tahun 2024!
Kebanyakan pakar menyimpulkan bahawa jenama ubat gigi yang bagus perlu memiliki kandungan fluorida yang mencukupi bagi membantu individu untuk melawan masalah gigi paling utama – kaviti.
Ditambah dengan pelbagai lagi bahan dan fungsi lain, berikut beberapa produk yang bagus untuk anda cuba:
#1. Ubat Gigi Colgate Triple Action
Untuk pengetahuan anda semua, ubat gigi tiga dalam satu ini menawarkan perlindungan bukan sahaja daripada kaviti, malah membekalkan manfaat untuk memutihkan gigi serta menyegarkan nafas individu.
Fluorida yang tinggi di dalam produk ini akan menguatkan gigi sekali gus mengelakkan gigi mereput. Kristal pudina di dalamnya pula mampu membantu untuk membersihkan dan mengharumkan aroma oral.
Merupakan antara jenama paling popular di Malaysia, ia mempunyai banyak lagi variasi yang boleh dipertimbangkan.
#2. Ubat Gigi Darlie Double Action
Ubat gigi dua dalam satu ini diformulakan oleh 100% intipati pudina semula jadi yang mampu memberikan individu kesan nafas segar berpanjangan bersama efek untuk menghapuskan 99.9 bakteria dalam mulut.
Tidak kurang dengan itu, ia juga boleh membantu mengelakkan kaviti, mengurangkan plak dan menguatkan gigi. Jadi, produk ini memberikan anda pelbagai manfaat untuk penjagaan gigi.
Begitu juga dengan yang lain, jenama ini turut memiliki banyak variasi untuk anda pilih bergantung kepada kegunaan seharian.
#3. Pepsodent Action 123 Herbal Toothpaste
Termasuk juga dalam senarai, jenama ubat gigi ini sudah tidak asing bagi kita. Dengan Pepsodent Action 123 Herbal Toothpaste, ia mengandungi pelbagai bahan semula jadi yang bagus untuk kesihatan oral.
Bersama ekstrak daun betel, garam dan limau, produk ini juga tinggi kandungan mineral zink, yang merupakan agen antibakteria untuk membantu melawan bau mulut akibat daripada kewujudan bakteria.
Sekiranya anda ingin mencuba variasi yang lain, boleh juga pertimbangkan Pepsodent Complete 8 Toothpaste dengan arang batu yang bukan sahaja mampu menghapuskan kuman, malah memutihkan gigi anda.
#4. Ubat Gigi Sensodyne Repair & Protect
Popular dalam kalangan mereka yang mengalami masalah gigi sensitif, jenama ubat gigi ini tentu sahaja pilihan paling tepat. Persoalannya, adakah benar jika ia mampu membantu merawat masalah itu?
Sebenarnya, produk ini terbukti secara saintifik boleh mengurangkan sensitiviti pada gigi dengan cara merawat dari dalam iaitu pada akar selain memberi lapisan perlindungan yang tebal dari produk lain.
Agar lebih berkesan, pengguna disarankan untuk memberus gigi dengan produk ini 2 kali dalam sehari. Dengan penggunaan berterusan dan berpanjangan, maka masalah gigi sensitif itu akan dapat dikurangkan.
Jenama ubat gigi #5. Safi Kayu Sugi
Terakhir, ada juga produk yang mungkin lebih dekat dengan orang Melayu dan Islam. Berteraskan kayu sugi, ubat gigi ini menawarkan kaedah pembersihan, perawatan dan pemutihan gigi secara semula jadi.
Merupakan produk ubat gigi berfluorida dan berkalsium mikro, ia memiliki kemampuan 2 kali ganda untuk melawan kaviti di samping kelebihan untuk memutihkan gigi dan menyegarkan nafas anda.
Kesimpulannya, pelbagai produk penjagaan oral terdapat di pasaran. Jadi, anda perlu tahu untuk memilih mengikut kegunaan dan fungsinya bagi mendapat kesan terbaik untuk kesihatan oral anda.
[embed-health-tool-bmi]