Seperti yang diketahui ramai, khasiat minyak kelapa sudah banyak dikaitkan dengan pembakaran lemak badan, kesihatan rambut malahan baik dalam menurunkan risiko penyakit jantung.
Seperti yang diketahui ramai, khasiat minyak kelapa sudah banyak dikaitkan dengan pembakaran lemak badan, kesihatan rambut malahan baik dalam menurunkan risiko penyakit jantung.
Kaedah oil-pulling atau menarik minyak kelapa adalah cara tradisi India yang dikatakan mampu memutihkan gigi, menyegarkan nafas dan meningkatkan kesihatan mulut.
Ramai individu terutama sekali dari negara Barat mengakui kelebihan kaedah ini, dan sebilangan mereka mendedahkan ia juga meningkatkan kesihatan dengan cara lain.
Tertarik ingin mencuba? Jom selidik artikel ini untuk mengetahui kebenaran di sebalik tuntutan tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Sebelum berasa jijik atau khuatir dengan teknik unik ini, anda perlu tahu berkumur dengan minyak kelapa sebenarnya telah digunakan turun-temurun sebagai kaedah rawatan semula jadi bagi masyarakat India.
Selain daripada menggunakannya untuk kesihatan tubuh dan rambut, ia juga digunakan sebagai cecair kumuran bagi menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Caranya tidak terlalu sulit, sama seperti menggunakan ubat kumur yang selalu dijumpai di kedai, iaitu:
Manfaat kumur minyak kelapa adalah untuk mengurangkan jumlah bakteria berbahaya di dalam mulut.
Jik anda hendak tahu, ada beratus-ratus jenis bakteria di dalam mulut anda.
Walaupun sebilangan besar daripadanya adalah bakteria jenis baik, terdapat juga bakteria jahat yang boleh menjejaskan kesihatan mulut anda.
Bakteria di dalam mulut ini boleh menghasilkan lapisan nipis biofilem pada gigi, yang dikenali sebagai plak.
Mempunyai plak pada gigi adalah normal, tetapi jika pertumbuhannya di luar kawalan, plak itu boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan mulut dan gigi seperti bau mulut, keradangan gusi dan kaviti.
Meskipun pelbagai minyak lain boleh digunakan untuk kaedah ini, tapi minyak kelapa dara adalah pilihan yang popular kerana rasanya yang lebih menyenangkan berbanding minyak lain.
Kandungan profil asid lemak yang baik juga merupakan antara khasiat minyak kelapa, selain mengandungi asid laurik dalam jumlah tinggi yang bersifat anti kuman.
Streptococcus mutans adalah sejenis bakteria utama di dalam mulut anda. Ia merupakan punca utama penumpukan plak dan kerosakan gigi.
Satu kajian dijalankan kepada 60 individu dewasa menunjukkan, kaedah tarik minyak kelapa selama 10 minit setiap hari boleh mengurangkan jumlah bakteria tersebut dalam air liur hanya dalam dua minggu, berbanding dengan air suling.
Kajian lain pada kanak-kanak menyimpulkan bahawa khasiat minyak kelapa sama berkesan dengan ubat kumur chlorhexidine dalam mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut.
Baca juga:
Gingivitis berlaku disebabkan oleh keradangan gusi dan berlaku apabila sistem imun tubuh anda mula menyerang bakteria di plak.
Selain minyak kelapa, sebuah kajian yang merangkumi 20 remaja lelaki yang menderita gingivitis akibat penumpukan plak yang banyak membandingkan kesan penarikan minyak bijan dan ubat kumur biasa.
Kajian tersebut mendedahkan keberkesanan kedua-dua cecair itu terhadap radang gusi.
Nafas berbau atau dikenali sebagai halitosis sering disebabkan oleh bau bahan kimia dan gas yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut anda.
Ia berkaitan dengan jangkitan kuman, keradangan gusi dan kesihatan mulut yang tidak terjaga.
Oleh sebab kajian telah membuktikan kaedah menarik minyak boleh mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut secara signifikan, maka masuk akal jika penyingkiran sebahagian besar bakteria ini boleh meningkatkan kesihatan mulut.
Walaupun terdapat banyak bukti berkaitan dengan khasiat minyak kelapa ini, namun ada banyak salah faham mengenai caranya.
Satu tuntutan mitos yang lazim didengari ialah keupayaan kaedah ini untuk memutihkan gigi anda. Sehingga kini, masih tidak terdapat apa-apa kajian yang mengesahkan manfaat ini.
Sebilangan individu juga percaya bahawa kaedah menarik minyak adalah sejenis prosedur detoks yang mengeluarkan racun daripada darah.
Namun, seperti tuntutan sebelumnya, tidak ada bukti yang menyokong idea ini.
Cara menarik minyak dengan minyak kelapa adalah kaedah mudah yang dapat mengurangkan risiko bau mulut, keradangan gusi dan kaviti.
Walaupun ada banyak tuntutan kesihatan lain mengenai kaedah ini yang belum dibuktikan dari sudut saintifik, tapi cara ini nampaknya boleh menjadi strategi pelengkap yang baik untuk meningkatkan kebersihan mulut anda.
Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan tetapi berminat untuk mencuba cara ini, sila berunding dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk anda ataupun tidak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
05/07/2023
Ditulis oleh Nana Muhammad
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz