Apa cara nak putihkan gigi ya? Hello Doktor akan kongsikan petua semula jadi untuk memutihkan gigi buat mereka yang tidak mahu menggunakan kimia atau apa-apa bahan pada gigi, cubalah.
Apa cara nak putihkan gigi ya? Hello Doktor akan kongsikan petua semula jadi untuk memutihkan gigi buat mereka yang tidak mahu menggunakan kimia atau apa-apa bahan pada gigi, cubalah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Berikut kaedah semula jadi yang boleh anda cuba di rumah:
Serbuk penaik, atau sodium bikarbonat, bersifat agak kasar; sental secara perlahan-lahan pada permukaan kotoran untuk menguatkan enamel gigi dan menjadikan gigi lebih putih. Ia membantu mengimbangi pH dalam mulut anda apabila anda mengambil banyak makanan berasid.
Sodium bikarbonat juga sangat beralkali (bertentangan dengan berasid) jadi ia berguna kerana asid merosakkan enamel. Ia bertindak sebagai peluntur semulajadi, yang akan mengurangkan keasidan jus lemon.
Anda perlu menggunakan campuran serbuk penaik dan air untuk beberapa hari, dan gunakan jus limau pada hari yang lain untuk mengelakkan penggunaan yang keterlaluan.
Apa yang diperlukan sebagai cara nak putihkan gigi:
Cara penggunaannya:
Campurkan jus limau yang baru diperah (atau air) dengan beberapa sudu teh serbuk penaik untuk membuat adunan. Gosokkan gigi anda dengan tuala kertas dan letakkan sejumlah adunan pada berus gigi anda dan menggosok dengan lembut.
Tinggalkan ia selama 1 minit dan bersihkannya untuk mencegah asid daripada menjejaskan enamel. Jika anda hanya menggunakan air anda boleh tinggalkannya sehingga 3 minit.
Baca juga:
Strawberi mengandungi vitamin C, di mana ia boleh memecahkan plak yang menyebabkan gigi anda kelihatan kekuningan. Beri juga mengandungi asid malik (sebuah enzim) yang boleh menghilangkan permukaan kotoran.
Garam bertindak sebagai bahagian adunan yang kasar dan dan menyental kotoran.
Anda akan memerlukan:
Cara penggunaannya:
Hancurkan beri tersebut dan estraknya menjadi pulpa, kemudian tambah 1 sudu teh serbuk penaik dan secubit garam. Lap gigi anda dengan tuala kertas, dan kemudian letakkan campuran ini pada gigi dengan berus gigi.
Biarkan campuran itu selama 5 minit, kemudian bilas. Ulang secara kerap.
Penggunaan minyak kelapa adalah rawatan zaman dulu, membilas gigi dengan minyak kelapa untuk membantu memutihkan gigi dan juga memperbaiki kesihatan oral. Ia tidaklah ketara perbezaannya sebagai “peluntur” tetapi ia boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk membersihkan dan detoksifikasi gigi dan gusi.
Minyak kelapa mengandungi asid laurik, yang boleh menyingkirkan bakteria di dalam plak yang membuatkan gigi kekuningan. Ia juga memperbaiki kesihatan gusi, menyingkirkan bakteria merbahaya, dan membantu mengekalkan nafas segar.
Anda memerlukan:
Cara penggunaan:
Gunakan minyak pada waktu pagi sebelum anda menggosok gigi anda. Ambilkan satu sudu atau kurang sedikit (bergantung kepada saiz mulut anda) minyak kelapa. Minyak “bekerja” di seluruh mulut anda dengan menolak, menarik dan melukis pada seluruh dan sekitar mulut anda dalam kira-kira 10-15 minit.
Kemudian keluarkannya, bilas dengan air, dan gosok gigi anda. Pada baru yang hendak mula, anda boleh mencubanya untuk 5 minit pada satu-satu masa.
Ini pula tip dan cara nak putihkan gigi tambahan yang boleh membantu anda:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen