backup og meta

Mempunyai Gigi Sensitif? Ini Penyelesaiannya

Mempunyai Gigi Sensitif? Ini Penyelesaiannya

Kenapa anda perlukan rawatan gigi sensitif?

Jika anda mendapati anda tidak berupaya untuk menikmati secawan kopi panas atau ais krim kerana kesakitan gigi, anda mungkin menghidap masalah gigi sensitif.

Masalah oral ini boleh menjadi sangat menjengkelkan. Baca artikel ini untuk mengetahui punca dan pilihan rawatan yang  boleh membantu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Punca gigi sensitif 

Berikut beberapa penyebab gigi boleh menjadi sensitif:

  • Gigi mereput/terhakis
  • Penyakit gusi
  • Memberus gigi terlalu kuat
  • Makan makanan berasid terlalu banyak
  • Retakan gigi
  • Isian (fillings) yang telah terhakis
  • Geseran gigi

Dalam gigi yang normal, bahagian crown gigi dilindungi oleh lapisan enamel.

Bahagian crown berada di bahagian atas garisan gusi. Bawah garisan gusi adalah sementum yang melindungi akar gigi.

Dentin adalah struktur tengah gigi yang terletak di bawah enamel dan sementum.

Apabila dentin ini tidak dilindungi oleh lapisan enamel dan sementum, anda akan merasa sakit atau nyilu ketika mengambil makanan panas atau sejuk.

rawatan gigi sensitif

Rawatan gigi sensitif

Doktor gigi anda mungkin akan mencadangkan beberapa jenis rawatan bergantung kepada punca ketidakselesaan anda:

Ubat gigi nyahsensitif

Ubat gigi ini membantu dengan cara menghalang transmisi sensasi daripada permukaan gigi, ke hujung saraf.

Selalunya memerlukan pengunaan beberapa kali terlebih dahulu sebelum kesan nyahsensitif mula mengambil tempat.

Ubat gigi bergel fluorida

Produk seperti ini merupakan ubat gigi terbaik untuk gigi sensitif. Ini kerana ia membantu menguatkan enamel dan mengurangkan transmisi sensasi.

Mengubah tabiat memberus

Sesetengah orang berpendapat bahawa memberus menggunakan berus yang lebih kasar dan kuat adalah lebih baik dalam usaha membuang plak pada gigi.

Walau bagaimanapun, pendapat ini adalah salah kerana memberus gigi adalah sesuatu yang lebih kepada teknik berbanding daya.

Justeru, menggunakan berus gigi yang lembut dengan teknik yang betul adalah lebih efektif dalam melindungi gigi anda.

Baca juga:

Rawatan gigi sensitif #Elakkan makanan berasid

Jika anda terasa sakit apabila mengambil makanan sejuk atau panas, ini bermakna anda perlu mengelakkan bukan makana tersebut sahaja, bahkan makanan berasid seperti lemon, cuka atau sos tomato yang berupaya untuk menghakis enamel anda.

Berjumpa dengan doktor gigi.

Bukan semua masalah gigi sensitif adalah sama. Justeru, perkara yang terbaik adalah untuk berjumpa dengan doktor gigi anda dan dapatkan pemeriksaan.

Jangan berus gigi anda sejurus lepas makan

Sesetengah makanan berupaya untuk melembutkan enamel. Tunggu sekurang-kurangnya sejam sebelum memberus gigi anda.

Sekiranya petua dikongsikan masih tidak membantu, lakukan pemeriksaan doktor untuk pilihan rawatan lebih baik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sensitive Teeth – http://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/s/sensitive-teeth – Assessed January 4,2017
  2. Sensitive teeth: What treatments are available? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/sensitive-teeth/faq-20057854. Accessed on July 24, 2023
  3. Sensitive teeth. https://www.dentalhealth.org/sensitive-teeth. Accessed on July 24, 2023
  4. Sensitive Teeth. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/10954-teeth-sensitivity. Accessed on July 24, 2023
  5. Relief for Sensitive Teeth. https://www.dentaly.org/us/sensitive-teeth/sensitive-teeth-remedy/. Accessed on July 24, 2023

Versi Terbaru

24/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Tahan Bila Sakit Gigi? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah!

Ngilu Rasa Bila Makan Aiskrim? Ini Dia 10 Punca Gigi Anda Jadi Sensitif!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 24/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan