backup og meta

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Pernahkah anda dengar mengenai ujian DASS? DASS atau Depression, Anxiety & Stress Scale merupakan satu ujian saringan untuk menentukan tahap depresi, kegelisahan dan stres yang anda sedang alami. Anda boleh melakukan ujian kemurungan online atau di klinik berhampiran.

Ramai orang yang mengakui bahawa stres mempunyai impak yang tersendiri terhadap hidup mereka. Namun, ia akan hilang dengan sendirinya apabila perkara yang menyebabkan tekanan turut sama hilang.

Walau bagaimanapun, stres yang berpanjangan atau kronik boleh menyebabkan kegelisahan dan depresi. Sebab itulah, kita harus belajar mengenai cara untuk mengatasi stres supaya ia tidak menimbulkan masalah pada masa hadapan.

Stres yang kronik boleh memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan anda. Malah, simptom-simptom seperti pening kepala, tekanan darah tinggi, sakit dada, sukar tidur malam dan sebagainya akan mula muncul.

Ujian depression KKM ini akan menilai kondisi mental dalam 3 perkara iaitu depresi, kegelisahan dan stres. Jika anda tidak pasti atau ingin mencuba, anda boleh lakukan ujian anxiety KKM ini untuk mengetahui tahap stres anda dalam kehidupan seharian.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Apakah ujian DASS?

ujian dass
Ujian ini boleh diambil secara online.

Ujian DASS atau DASS-21 merupakan satu ujian depression KKM kendiri yang mengukur tahap depresi, kebimbangan (anxiety) dan stres. Pada akhir ujian ini, anda akan mengetahui skala (normal, sederhana, teruk dan sangat teruk) untuk ketiga-tiga kondisi ini.

Di Malaysia, ujian depression KKM ini diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air iaitu Profesor Dr. Ramli Musa.

Kajian menunjukkan bahawa satu-satunya perbezaan antara kemurungan, kebimbangan dan stres yang dialami oleh individu yang sihat berbanding mereka dengan gangguan mental adalah pada tahap keseriusannya.

Jika anda mendapat markah yang tinggi dalam DASS, besar kemungkinan anda sedang mengalami gangguan perasaan yang serius.

Walau bagaimanapun, DASS adalah satu bentuk ujian depression KKM saringan dan bukanlah satu diagnosis. Untuk mendapatkan keputusan sebenar, anda perlulah berjumpa pakar sama ada doktor atau ahli psikologi.

Malah, anda perlu menjawab semua soalan dengan berhati-hati dan sejujur mungkin.

Mengapa kita rasa tertekan?

ujian dass
Antara cara untuk kendalikan stres anda.

Stres merupakan satu tindak balas normal yang berlaku kepada semua orang. Malah, badan manusia juga direka supaya ia dapat menangani dan merasai stres.

Apabila kita berhadapan dengan sebarang masalah, badan kita akan memberi tindak balas tertentu terhadap masalah tersebut. Apa yang kita rasai itulah stres!

Sebenarnya, bukan semua bentuk stres bersifat negatif. Ada juga stres yang positif. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ujian pada keesokan hari atau perlu menghadiri temu duga, anda akan rasa stres supaya badan boleh bekerja dengan lebih keras dan berjaga pada waktu malam.

Namun, stres akan menjadi masalah besar jika ia berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang. Ia akan membuatkan fizikal dan mental kita menjadi lemah.

Akibatnya, kita mungkin akan rasa terlalu penat, cepat marah, kecewa atau sedih sehingga kita rasa sangat gelisah. Malah, stres yang berpanjangan juga boleh bertukar menjadi depresi.

Apa yang boleh saya belajar melalui ujian DASS?

ujian dass
Ujian ini boleh menentukan tahap kemurungan anda.

Melalui ujian DASS, anda boleh mengetahui:

  • Tahap kemurungan, kebimbangan dan stres yang anda alami.
  • Adakah tahap untuk setiap kondisi ini merisaukan?
  • Adakah setiap kondisi ini mencetuskan simptom fizikal seperti kesukaran bernafas, peningkatan kadar degupan jantung dan sebagainya?
  • Selepas satu tempoh masa tertentu, anda mungkin perlu menjawab kembali DASS untuk mengetahui sama ada kondisi mental anda menjadi semakin baik selepas rawatan.

Dengan bantuan ahli psikologi, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai tahap kesihatan mental anda selepas menjawab ujian gangguan mental ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan ujian DASS online sebelum berjumpa pakar.

Jika anda mempunyai skor yang teruk, anda perlulah berjumpa pakar secepat mungkin. Anda boleh membawa keputusan ujian tersebut dan serahkannya kepada doktor yang bertugas di klinik kesihatan untuk diagnosis lanjut. Mereka dapat membantu.

Anda juga boleh rujuk klinik swasta dan minta mereka bekalkan surat rujukan supaya anda boleh berjumpa pakar psikiatri.

Jangan malu jika anda disahkan menghidap gangguan mental.

Kesimpulan

Hentikan sebarang stigma mengenai penyakit mental. Masalah ini boleh selesai sekiranya anda bertindak mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Depression Anxiety Stress Scale (DASS). https://comorbidityguidelines.org.au/standardised-screening-and-assessment/the-depression-anxiety-stress-scale-dass. Accessed on August 24, 2022.
  2. Depression, anxiety, stress test – DASS-21 Scale. https://atlas.app/en/tests/depression-anxiety-stress-test-dass. Accessed on August 24, 2022.
  3. Overview of the DASS and its uses. http://www2.psy.unsw.edu.au/dass/over.htm. Accessed on August 24, 2022.
  4. Stress Symptoms, Signs, and Causes. https://www.helpguide.org/articles/stress/stress-symptoms-signs-and-causes.htm. Accessed on August 24, 2022.
  5. Stress. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11874-stress. Accessed on August 24, 2022.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon

Ada Masalah Jiwa, Tapi Keliru Nak Jumpa Pakar Psikiatri Atau Ahli Psikologi? Ini Perbezaannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan