backup og meta

Stres Boleh Pulih Dengan 5 Cara Ini, No #3 Itu Paling Berkesan, Cubalah!

Stres Boleh Pulih Dengan 5 Cara Ini, No #3 Itu Paling Berkesan, Cubalah!

Adakah anda pernah rasa yang anda tidak berdaya untuk melakukan apa-apa tentang stres yang anda hadapi? Banyak cara atasi stres yang orang lain cadangkan tapi tak berkesan?

Seni menguruskan stres semuanya terletak pada penguasaan anda terhadap pemikiran, gaya hidup, emosi dan cara menyelesaikan masalah.

Hasilnya, terdapat banyak cara hilangkan stres dan mengawal semula kehidupan anda tidak kira sesusah mana kehidupan yang anda alami.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu stres?

cara atasi stres

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja.

Namun, tekanan yang  melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Berikut adalah lima cara atasi stres secara sihat, yang telah dibuktikan oleh kajian psikologi bahawa ia mampu mengurangkan tekanan sama ada jangka masa pendek atau panjang.

5 cara atasi stres

#1. Elakkan diri dari punca stres

Apabila anda mengelakkan diri dari punca stres tersebut, anda akan mempunyai masa untuk melakukan perkara lain. Ini akan membantu anda untuk memperoleh kemahiran baru atau untuk mengurangkan rasa lemas dengan masalah yang ada.

Meluangkan masa untuk diri sendiri selama 20 minit sudah cukup membantu.

#2. Bersenam

cara atasi stres

Kita selalu mendengar manfaat yang diperolehi daripada rutin senaman berkala. Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan yoga di semasa dalam tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

#3. Cara atasi stres: senyum dan gelak

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka.

Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres. Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi.

Carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan buat anda.

#4. Dapatkan sokongan sosial

Hubungi rakan anda, ahli keluarga ataupun carilah pakar psikologi. Berkongsi perkara yang membuatkan anda tertekan bersama dengan orang lain membantu melegakan tekanan anda.

Jika anda berasa tidak selesa untuk orang sekeliling tahu akan masalah yang anda hadapi, anda boleh berjumpa dengan pakar psikologi ataupun menghubungi talian percuma yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Namun, sangat penting bagi anda untuk memilih rakan yang dipercayai bagi meluahkan masalah anda.

#5. Bertafakur

cara atasi stres

Bertafakur boleh membantu mengatasi stres dengan menenangkan minda dan tubuh anda supaya tetap fokus. Ia juga membantu untuk mencipta satu ruang di antara pemikiran dan reaksi supaya anda tidak terus-menerus melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Apabila bertafakur, manusia boleh melegakan perasaan yang menyebabkan tubuh fizikalnya tertekan. Seperti senaman, kajian telah menunjukkan bahawa bertafakur sebentar boleh memberikan kelegaan segera kepada diri.

Perkara yang membuatkan seseorang stres mungkin tidak memberikan tekanan yang sama pada orang lain. Dengan menemui cara hilangkan stres yang positif dan sihat, banyak kesan-kesan buruk pada kesihatan dapat dielakkan.

Konklusi

Menguruskan tekanan sangat penting untuk anda, bukan sahaja dari sudut emosi, tetapi fizikal dan mental juga.

Jika anda merasakan cara atasi stres yang anda cuba tidak berkesan dan keadaan anda menjadi lebih teruk, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stress Management. http://www.helpguide.org/articles/stress/stress-management.htm. Accessed December 25th, 2016.

Managing Daily Stress. https://familydoctor.org/stress-how-to-cope-better-with-lifes-challenges/. Accessed December 25th, 2016.

10 Simple Ways to Cope with Stress.https://www.sutterhealth.org/health/mind-body/10-simple-ways-to-cope-with-stress. Accessed December 25th, 2016.

Management Tips.https://www.stress.org/management-tips. Accessed December 25th, 2016.

How to manage and reduce stress.https://www.mentalhealth.org.uk/publications/how-manage-and-reduce-stress. Accessed December 25th, 2016.

Versi Terbaru

03/11/2022

Ditulis oleh JX Chan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Umur Panjang Jika Selalu Senyum? Malah Ia Boleh Menghindari Anda Dari Sakit Kronik

Stres Boleh Jadi Punca Banyak Masalah, Termasuk Rambut Gugur Dan Botak?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 03/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan