backup og meta

Benarkah Stres Salah Satu Punca Keguguran?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2019

    Benarkah Stres Salah Satu Punca Keguguran?

    Keguguran boleh berlaku disebabkan beberapa faktor dan salah satu daripadanya adalah stres. Dalam kajian terbaharu yang dikendalikan di Amerika Syarikat, wanita yang mengalami stres berpotensi tiga kali ganda untuk keguguran ketika awal kehamilan iaitu semasa tiga minggu pertama jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mengalami stres.

    Hormon penyebab stres juga mampu mengakibatkan keguguran

    Dalam kajian terbaharunya, Dr. Pablo A. Nepomnaschy bersama anak didiknya daripada National Institutes of Health in Research Triangle Park, North Carolina, telah melakukan pemeriksaan terhadap tahap hormon yang ditemui dalam kandungan urin 16 wanita yang merupakan penduduk komuniti perkampungan Guatemala. Sepanjang satu tahun kajian ini dilakukan, urin yang telah dikumpul ini diperiksa secara berhati-hati tiga kali dalam masa satu minggu bagi mengeluarkan hormon kortisol.

    Kajian ini merupakan yang pertama bagi menentukan sama ada peningkatan kadar kortisol dengan keguguran mempunyai perkaitan atau tidak.

    Kajian-kajian yang pernah dilakukan mengenai stres dan keguguran sebelum ini telah dibuktikan sebagai tidak tepat. Kajian sebelum ini menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 31 hingga 89 peratus subjek kajian mengalami keguguran. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian tersebut sebenarnya dilakukan apabila wanita sudah hamil sekurang-kurangnya 6 minggu. Menurut Nepomnaschy, kebanyakan kes keguguran berlaku ketika 3 minggu pertama kehamilan. Oleh itu, beliau mengandaikan bahwa kajian sebelum ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Beliau mengambil keputusan untuk melakukan kajian urin terhadap wanita yang masih belum hamil untuk membuktikan teorinya.

    16 wanita berusia 18 hingga 34 tahun digunakan sebagai subjek kajian. Para saintis kemudiannya memeriksa kandungan kortisol pada setiap wanita tersebut. Konklusinya, para pengkaji memutuskan bahawa 90 peratus wanita yang mempunyai kandungan hormon penyebab stres yang tinggi lebih cenderung untuk mengalami keguguran pada tiga minggu pertama kehamilan. Jika hendak dibandingkan, hanya 33 peratus risiko keguguran berlaku sekiranya wanita tersebut tidak mempunyai kandungan hormon penyebab stres yang tinggi.

    Kedua-dua kajian ini mempunyai hasil kajian yang berbeza. Kajian sebelum ini hanya memfokuskan kepada kehamilan dan hasilnya, tidak terdapat sebarang perkaitan antara kandungan kortisol yang tinggi dengan keguguran. Manakala kajian yang baharu dilakukan oleh Nepomnaschy bersama anak didiknya ini pula menyimpulkan bahawa stres mampu menyebabkan keguguran janin ketika tiga minggu pertama kehamilan. Sebagai tambahan, beliau turut menyatakan bahawa tubuh badan akan mengalami beberapa komplikasi kehamilan apabila tahap kortisol meningkat.

    Peranan kortisol masih belum dapat dipastikan

    Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2004, Nepomnaschy dan anak didiknya masih memegang teori bahawa tahap kortisol merupakan penyebab penurunan kandungan progesterone dalam kalangan ibu hamil. Walaubagaimanapun, mereka masih tidak dapat membuktikan keterlibatan kortisol secara langsung atau merupakan pencetus mekanisme lain dalam badan yang mampu mengakibatkan keguguran. Ketika ini, banyak lagi kajian lain berkaitan isu ini sedang dijalankan bagi membuktikan fakta ini benar atau kurang tepat.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan