home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Rawatan Untuk Kemurungan

Rawatan Untuk Kemurungan

Kemurungan adalah satu isu serius dalam kalangan semua peringkat usia. Mari belajar pilihan rawatan untuk kemurungan untuk lelaki, wanita dan individu lebih berusia serta masalah yang mungkin berlaku.

Terapi untuk kemurungan

Bercakap dengan terapi terlatih adalah satu kaedah rawatan terbaik. Sesetengah individu memilih untuk menjalani terapi selama beberapa bulan untuk mengendali beberapa isu utama yang dihadapi. Terdapat juga individu yang merasakan terapi seperti ini adalah baik untuk diteruskan selama bertahun – untuk mengatasi masalah yang lebih besar. Pilihan terletak di tangan anda dan ahli terapi anda. Berikut adalah beberapa jenis terapi:

  • Terapi tingkah laku kognitif – membantu melihat bagaimana tingkah laku dan cara anda berfikir memainkan peranan dalam kemurungan yang dihadapi. Ahli terapi akan membantu untuk merubah beberapa corak yang tidak sihat.
  • Terapi interpersonal – memfokuskan kepada hubungan anda dengan individu lain dan bagaimana ia mempengaruhi anda. Melalui terapi ini juga, ahli terapi akan membantu menentukan dan mengubah tabiat yang tidak sihat.
  • Terapi penyelesaian masalah – menumpukan kepada masalah khusus yang anda hadapi dan membantu anda mencari penyelesaian.

Ubatan untuk kemurungan

Ubatan adalah rawatan utama lain untuk merawat kemurungan. Jika satu ubatan antidepresen tidak berfun, anda mungkin akan diminta untuk mencuba ubatan yang serupa atau berbeza. Doktor akan mengubah dos untuk anda. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin akan mengesyorkan anda untuk mengambil lebih daripada satu ubat untuk kemurungan anda. Kini terdapat banyak antidepresen yang boleh dipilih oleh doktor, termasuk:

Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs). Ubat-ubatan adalah termasuk:

  • Celexa® (citalopram);
  • Lexapro® (escitalopram);
  • Paxil® (paroxetine);
  • Prozac® (fluoxetine);
  • Zoloft® (sertraline).

Antidepresen serotonergik lain, termasuk:

  • Brintellix® (vortioxetine);
  • Viibryd® (vilazodone).

Serotonin dan norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIs). Antara ubatannya adalah:

  • Cymbalta® (duloxetine);
  • Effexor® ( venlafaxine);
  • Fetzima® (levomilnacipran);
  • Pristiq®;
  • Khedezla® ( desvenlafaxine).

Antidepresen Tricyclic (TCAs) dan monoamine oxidase inhibitors (MAOIs). Ini adalah antara ubatan pertama yang digunakan untuk merawat kemurungan. TCA adalah termasuk:

  • Amitriptyline (Elavil®);
  • Desipramine (Norpramin®);
  • Doxepin (Adapin®, Sinequan®);
  • Imipramine (Tofranil®);
  • Nortriptyline (Aventyl®, Pamelor®);
  • Protriptyline (Vivactil®).

Ubatan antidepresen lain:

  • Bupropion ( Wellbutrin®, Aplenzin®);
  • Mirtazapine ( Remeron®).

Tip untuk mengendalikan kemurungan

Untuk pulih, anda harus memainkan peranan aktif dalam rawatan walaupun anda adalah pesakit. Anda harus berkerjasama dengan doktor sebagai satu pasukan. Anda mungkin akan merasa tidak ada kepentingan untuk anda memainkan peranan aktif, malahan, anda mungkin meragui sama ada rawatan tersebut akan membantu atau tidak. Tetapi, paksa diri anda. Kemurungan boleh menyebabkan anda merasai tidak berdaya. Menjalani rawatan adalah salah satu cara untuk mewujudkan kawalan ke atas diri anda sendiri.

Berikut adalah beberapa tip:

  • Kekal dengan rawatan
  • Ambil ubatan seperti yang ditetapkan
  • Jangan berhenti mengambil ubat tanpa keizinan doktor
  • Ubah gaya kehidupan
  • Kurangkan tekanan di rumah dan tempat kerja
  • Berlaku jujur
  • Terbuka untuk menerima idea baru
  • Jangan berputus asa

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Depression Treatment and Care. http://www.webmd.com/depression/guide/depression-treatment-care. Accessed December 7, 2016.

Depression Treatment. http://www.helpguide.org/articles/depression/depression-treatment.htm. Accessed December 7, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x