backup og meta

Sudah Lama Makan Ubat Antidepresi? Ini Pro Dan Kontra Pengambilannya

Sudah Lama Makan Ubat Antidepresi? Ini Pro Dan Kontra Pengambilannya

Perasaan sedih, kecewa dan gagal boleh membuatkan kita mengalami penyakit depresi. Perasaan negatif itu sedikit sebanyak mampu memberi impak terhadap hari-hari kita. Namun, ada bezanya antara berasa down dan murung. Jadi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil ubat depresi.

Bagi memahami lebih lanjut akan perkara ini, teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Apa bezanya kesedihan dan penyakit depresi?

Berasa sedih atau down itu boleh menjadi petanda penyakit depresi.

Namun, sekiranya perasaan itu hilang dengan sendirinya dan ia tidak lagi memberikan impak terhadap hidup anda, kemungkinan apa yang anda alami itu bukan depresi.

Manakala, depresi pula melibatkan lebih banyak emosi berbanding berasa sedih atau stress. Ia mampu mempengaruhi mood anda, cara anda berfikir dan memahami perkara yang berlaku di persekitaran secara berbeza.

Penyakit depresi boleh terjadi tanpa sebarang alasan dan berlaku dalam jangka masa yang panjang.

Jika tidak ditangani daripada awal, ia mampu menjadi penyakit depresi. Perkara ini amat merisaukan kerana sekiranya ia menjadi kronik, kemurungan mampu membunuh!

Ubat depresi diwujudkan bagi merawat masalah ini. Ubat ini digunakan bagi melegakan gejala-gejala kemurungan kerana kandungan kesan penenang yang ada di dalamnya.

Terdapat 4 jenis ubat depresi:

  • SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
  • SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)
  • RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)
  • Trisiklik (Tricyclic)

Baca juga:

Bagaimanakah ubat antidepresi berfungsi?

Bahan-bahan kimia yang terlibat dengan depresi dikenali sebagai noradrenalin dan serotonin.

Ubat-ubat ini berkemungkinan besar berfungsi dengan menambah aktiviti bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro.

Ia berfungsi bagi menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain.

Kebaikan ubat antidepresi

ubat antidepresi

Antidepresi ternyata lebih efektif terhadap penyakit depresi yang kronik, sederhana dan depresi yang teruk.

Kajian melaporkan manfaat ubat ini secara umumnya bergantung pada tahap keterukan masalah depresi tersebut.

Banyak kajian dijalankan untuk membandingkan perbezaan jenis-jenis antidepresi. Ubat trisiklik, SSNRIs dan SSRIs dilaporkan menunjukkan prestasi baik.

Kajian yang menggunakan orang dewasa yang mempunyai penyakit depresi tahap sederhana dan teruk menunjukkan:

  • Tanpa ubat antidepresi: 40 ke 60 orang daripada 100 orang yang mengambil antidepresi sedar akan peningkatan simptom pada mereka dalam jangka masa 6 ke 8 minggu
  • Tanpa ubat antidepresi: 20 ke 40 orang daripada 100 orang yang mengambil plasebo melaporkan kesan peningkatan pada simptom mereka dalam jangka masa 6 ke 8 minggu

Antidepresi juga boleh melegakan depresi jangka masa panjang (dysthymia) dan boleh menghilangkannya secara total.

Selain itu, kajian melaporkan orang dewasa yang mengamalkan ubat-ubat seperti TCAs, SSRIs atau SSNRIs dapat menurunkan risiko untuk relapses.

  • Tanpa rawatan pencegahan: Hampir 50 daripada 100 orang yang mengambil plasebo mengalami relapse dalam jangka masa satu ke dua tahun
  • Tanpa rawatan pencegahan: Hampir 23 daripada 100 orang yang menggunakan antidepresi mengalami relapse dalam jangka masa satu ke dua tahun

Secara ringkasnya, mereka yang mengambil ubat antidepresi dalam jangka masa lama dapat mencegah relapse dengan jayanya dalam kiraan purata sebanyak 27 daripada 100 orang.

Keburukan ubat antidepresi

penyakit depresi

Antara kesan negatif ubat ini, ia mempunyai kesan sampingan secara langsung terhadap otak.

Selain itu, pesakit yang menggunakan antidepresi mungkin mengalami:

Simptom-simptom ini sering dikaitkan dengan ubat antidepresi tetapi sebahagiannya berpunca daripada penyakit depresi itu sendiri.

Tahukah anda bahawa otak kita tidak henti mencapai proses matang sehingga kia berumur 25 tahun?

Disebabkan itu, ada hipotesis mengatakan otak orang dewasa mungkin lebih terdedah kepada ubat yang boleh mempengaruhi kimia otak.

Bagi para remaja, risiko untuk mendapat tindak balas buruk yang dramatik menjadi tinggi disebabkan campur tangan farmakologi.

Ada satu kajian menunjukkan ubat antidepresi SSRIs boleh meningkatkan perasaan untuk membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak serta remaja hingga usia 25 tahun.

Oleh itu, FDA telah meletakkan tanda amaran yang serius terhadap label ubat SSRIs. Ia turut dikenali sebagai black box warning.

Namun, hingga kini masih banyak kanak-kanak dan para remaja yang dipreskripsi ubat tersebut.

Makan ubat penyakit depresi seperti yang diarahkan

penyakit depresi

Kesimpulannya, bagi rawatan depresi yang memerlukan penggunaan antidepresi, diagnosis yang teliti harus dijalankan.

Sebilangan pakar percaya bahawa sesetengah pesakit diberi preskripsi tanpa keperluan.

Oleh yang demikian, penyakit depresi ini wajib dirawat dan didiagnosis sewajarnya.

Antidepresi mampu membantu dan bagi sesetengah individu ubat inilah yang menguatkan mereka dalam mengharungi hidup hari demi hari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What’s the difference between sadness and depression? https://www.heretohelp.bc.ca/q-and-a/whats-the-difference-between-sadness-and-depression. Accessed on June 7, 2022.
  2. Ubat Anti-Kemurungan (Antidrepresi). http://www.myhealth.gov.my/ubat-anti-kemurungan-antidrepresi/. Accessed on June 7, 2022.
  3. Depression: How effective are antidepressants? https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK361016/. Accessed on June 7, 2022.
  4. Side effects – Antidepressants. https://www.nhs.uk/mental-health/talking-therapies-medicine-treatments/medicines-and-psychiatry/antidepressants/side-effects/. Accessed on June 7, 2022.
  5. What are the real risks of antidepressants? https://www.health.harvard.edu/mind-and-mood/what-are-the-real-risks-of-antidepressants. Accessed on June 7, 2022.
  6. Antidepressants: Get tips to cope with side effects. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/depression/in-depth/antidepressants/art-20049305. Accessed on June 7, 2022.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

“Jauh Sangat Dengan Tuhan, Sebab Tu Banyak Masalah”- Jangan Katakan Ini Pada Orang Depresi

Ibu Hamil Alami Stres Melampau, Adakah Ubat Antidepresi Beri Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan