Apa yang lebih menarik adalah bahawa mereka yang mengalami kemurungan cenderung menggunakan kata ganti tunggal yang pertama, seperti “saya (I atau me),” dan “diri saya (myself)“, yang mungkin mencerminkan perasaan mereka.
Menurut calon PhD dalam Psikologi di Universiti of Reading,UK, Mohammed Al-Mosaiwi, corak penggunaan kata ganti diri ini menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan lebih tertumpu kepada diri mereka sendiri, dan kurang berkait dengan orang lain.
Selain itu, penyelidik juga melaporkan bahawa kata ganti ini sebenarnya lebih dipercayai dalam mengenal pasti kemurungan daripada kata-kata emosi yang negatif.
Tambah Al-Mosaiwi, adalah mungkin untuk menggunakan bahasa yang berkaitan dengan kemurungan tanpa benar-benar tertekan.
Tetapi ia adalah perkara yang baik untuk diperhatikan dan menjadi perbincangan yang lebih luas.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen