Apa itu khunsa? Adakah ia sama ertinya dengan golongan pondan? Jom selami lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Khunsa vs mak nyah
Hakikatnya, di Malaysia ini sungguh ramai individu lelaki yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. Dalam erti kata yang lebih mudah, di negara kita memang banyak golongan pondan atau mak nyah.
Lebih mengejutkan, ada dalam kalangan golongan ini yang mengatakan mereka sebenarnya dilahirkan sebagai khunsa dan memilih untuk menjadi seorang wanita kerana keperibadian yang lebih cenderung kepada kaum Hawa.
Namun, adakah mereka yang terkeliru ini benar-benar seorang khunsa? Atau, adakah mereka sekadar mengalami kecelaruan jantina?
Apa itu khunsa? Maksud sebenarnya…
Sebelum pergi lebih lanjut lagi mengenai punca sebenar di sebalik kecelaruan identiti di antara pondan dengan khunsa, kita perlu mengenali dan memahami terlebih dahulu tentang kedua-dua identiti ini yang sememangnya jauh berbeza.
Jadi, apa maksud dan ciri ciri khunsa?
Untuk pengetahuan anda, khunsa atau istilah perubatannya, hermaphrodite adalah satu masalah perkembangan seksual (DSD) berkenaan bayi yang dilahirkan dengan dua organ kemaluan lelaki dan wanita.
Dalam erti kata lain, ciri ciri khunsa adalah manusia 2 jantina.
Berita baiknya, kecelaruan ini dapat diselesaikan dengan membawa mereka berjumpa doktor.
Ini untuk menentukan kecenderungan jantina sebenar bayi ini sekali gus melakukan pembedahan untuk mengubah atau membuang jantina yang kurang dominan.
Pandangan pakar mengenai apa itu khunsa…
Bagaimana khunsa gender terjadi dan apakah punca khunsa?
Menurut Dr Arini Nuran Md Idris yang merupakan seorang Pakar Pediatrik dan Endokrin Hospital Kuala Lumpur (HKL), jantina bayi akan ditentukan sejak proses persenyawaan telur wanita dan sperma lelaki yang mengandungi kromosom untuk membina tubuh badan bayi.
- telur daripada ibu akan membawa kromosom X dan sperma daripada bapa pula akan membawa kromosom X atau Y
- Apabila digabungkan, corak kromosom akan menjadi XX (perempuan) atau XY (lelaki)
“Namun, ada ketika DSD berlaku ekoran bayi memiliki corak kromosom berbeza daripada XX dan XY seperti 47XXY, 45X, 45X/46XY, 46XX atau 46XY yang akan menyebabkan pembentukan kelenjar seks tidak normal,” kata beliau lagi.
Antara DSD yang biasa terjadi adalah Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) yang akan mengakibatkan bayi dilahirkan dengan alat kelamin dalaman perempuan normal tetapi alat kelamin luaran lelaki.
Kondisi ini akan menjadikan klitoris lebih besar dan tampak seperti zakar dan lubang faraj langsung tidak kelihatan. Ini adalah punca sebenar kejadian apa itu khunsa.
Perbezaan ketara jenis khunsa vs pondan
Pun begitu, pondan bukanlah tergolong dalam jenis khunsa seperti yang didakwa kebanyakan pihak!
Maksud apa itu khunsa adalah individu yang mempunyai dua alat sulit. Pondan atau mak nyah pula merujuk kepada individu yang mempunyai biologi lelaki tetapi mempunyai identiti wanita.
Ia sebenarnya bukan satu gangguan pada fizikal sebaliknya gangguan pada mental yang sangat membimbangkan.
Sains semata-mata tidak mempunyai keupayaan untuk mendalami misteri kecelaruan jantina.
Bagi golongan ini, penampilan dan perlakuan mereka yang tampak seperti wanita adalah tidak selari dengan kromosom, hormon atau struktur anatomi tubuh badan mereka.
Pendek kata, mereka tahu mereka adalah lelaki secara fizikal namun percaya mereka adalah wanita secara mental.
Apa yang lebih menakutkan, mereka sanggup menukar jantina daripada lelaki menjadi perempuan secara total dengan melakukan pembedahan transeksual!
Apa itu khunsa: Ada kaitan dengan jiwa
Hakikatnya, di Malaysia sahaja memang ramai individu yang mungkin mengalami masalah berkaitan jiwa mereka sendiri.
Lebih membimbangkan, kebanyakan mereka juga adalah daripada golongan selebriti dan pempengaruh media yang mampu memberi impak besar kepada golongan masyarakat.
Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu keadaan sebenar mereka ini. Oleh itu, kita sebagai netizen dan orang awam janganlah terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada mereka ini.
Sebaiknya, apa kata kita menyelami jiwa mereka dan membawa mereka ke jalan yang benar? Bukankah kita juga mempunyai tanggungjawab untuk berdakwah ke atas mereka yang mungkin kurang arif mengenai agama?
Kesimpulan
Oleh itu, tiada sebarang alasan untuk individu yang mengalami kecelaruan jantina ini untuk berpakaian dan berkelakuan seperti jantina berbeza dengan jantina kelahiran mereka.
Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa ia adalah masalah yang berkenaan dengan jiwa mereka. Jadi, jangan menghukum golongan pondan atau mak nyah ini. Sebaiknya, bimbing mereka ke jalan yang benar.
Ya, tidak salah untuk menegur. Namun, jangan sampai mencaci dan menghina. Ketahuilah bahawa mereka juga adalah insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.