Cuba Sensitif, Golongan OKU Juga Berdepan Dengan Cabaran Mental, Sokongan Kita Bawa Perubahan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hidup dengan kecacatan fizikal atau sebaliknya, mampu mempengaruhi kesejahteraan individu yang mengalaminya. Malah kesihatan mental juga tidak terkecuali.

Kecacatan didefinisikan sebagai keadaan fizikal atau mental yang membatasi pergerakan, deria, atau aktiviti seseorang.

Bagi mereka yang dilahirkan cacat, ‘memasuki’ dunia ini setelah melalui peristiwa yang besar memerlukan penyesuaian mental yang kuat.

Apabila penyesuaian melampaui sumber sosial, emosi, dan kognitif seseorang individu, kemurungan boleh berlaku sehingga merumitkan lagi kecacatan yang dialami.

Baru bergelar orang kelainan upaya (OKU)

Bagi mereka yang baru bertukar status daripada individu yang normal kepada OKU, kesihatan mental sememangnya cenderung untuk terjejas.

Perkara menyedihkan ini dapat difahami setelah seseorang melalui perubahan daripada badan berfungsi secara normal kepada individu yang harus bergantung bantuan pada orang lain.

Mereka juga mungkin bergelut dengan ingatan yang dimiliki saat tubuh masih mampu bergerak bebas dan sihat.

Dengan pergerakan fizikal yang terbatas sama ada secara mengejut ataupun tidak, perbezaan ini pasti memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka.

Bukan mudah untuk menerima keadaan diri anda kini, malah ia boleh memakan masa hingga bertahun-tahun untuk ‘menghadam’ bahawa anda sudah tidak sama seperti dahulu.

Justeru, adalah normal bagi mereka untuk berasa murung atau marah kerana mereka sedang ‘berkabung’ dengan kehilangan kehidupan yang pernah dimiliki.

Apabila kecacatan berlaku akibat kemalangan atau penyakit, pesakit akan berasa sangat sukar untuk membiasakan diri dengan cara hidup baharu.

orang kelainan upaya

Para penyelidik telah menemui 8 fasa yang mungkin dilalui seseorang ketika menghadapi masalah kecacatan fizikal:

  1. Terkejut
  2. Berasa cemas
  3. Penolakan (tidak menerima kenyataan)
  4. Kemurungan
  5. Kemarahan dalaman
  6. Kemarahan luaran
  7. Fasa penerimaan
  8. Fasa penyesuaian

Orang kelainan upaya sejak lahir

Sebilangan individu pula sememangnya dilahirkan sebagai orang kelainan upaya.

Mereka mungkin mengalami kecacatan yang disebabkan oleh komplikasi semasa kehamilan, kelahiran, atau masalah genetik.

Sebahagian daripada anda mungkin berpendapat bahawa menjadi OKU sejak lahir adalah lebih mudah, tetapi pandangan ini sebenarnya kedengaran agak tidak sensitif kerana setiap orang mempunyai dugaan tersendiri.

Golongan yang sudah berstatus OKU sejak lahir mungkin menghabiskan bertahun-tahun berjuang untuk beroleh penerimaan daripada rakan sebaya dan guru mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesukaran dalam menjalin hubungan baru, menghadapi masalah untuk beralih ke fasa dewasa dan bahkan untuk mendapatkan pekerjaan.

Tanda-tanda kemurungan dalam kalangan OKU

Segelintir individu OKU terutamanya yang baharu bertukar status, sering bergelut seorang diri tanpa mendapat sokongan moral yang diperlukan.

Kekurangan motivasi dan kata-kata semangat daripada orang tersayang berisiko meningkatkan lagi kecenderungan untuk depresi berlaku.

Bukan itu sahaja, perkara-perkara berikut turut mampu menyumbang terhadap kesihatan mental yang terjejas bagi golongan OKU, antaranya:

  • Pengasingan sosial

Walaupun kesunyian mempengaruhi setiap orang dari semua lapisan masyarakat, ia menjadi lebih mencabar bagi golongan yang hidup dengan kecacatan.

Malah, dalam satu tinjauan di UK dilakukan berkenaan golongan OKU, seperempat responden melaporkan mereka sering berasa kesunyian setiap hari.

Dengan pergerakan yang terbatas dan keperluan untuk bergantung bantuan terhadap orang lain, mereka lebih rela duduk di rumah kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

  • Kesempitan wang

Bagi golongan OKU yang tidak mampu bekerja, faktor wang pasti lebih sukar kerana kos pengurusan kecacatannya yang tinggi seperti peralatan, ubat-ubatan dan janji temu yang semestinya tidak murah.

  • Diskriminasi

Kesihatan mental bagi orang yang didiskriminasi kerana kecacatannya boleh terjejas lantas berisiko mencetuskan kemurungan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa diskriminasi sebegini selalu terjadi pada usia yang muda.

Kecacatan seseorang OKU mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental remaja, dan sebilangan besarnya tercetus melalui penindasan dan buli daripada orang sekeliling.

Selain fakor-faktor di atas, jika anda mempunyai atau mengenali rakan/ahli keluarga OKU, sentiasa perhatikan tanda-tanda depresi yang mungkin dialami, seperti:

  • Kesukaran mengingati sesuatu, menumpukan perhatian atau membuat keputusan yang mudah
  • Berasa letih sepanjang masa walaupun cukup tidur
  • Rasa tidak berdaya atau tidak berharga
  • Mengalami insomnia atau terlalu kerap tidur
  • Selalu bad mood dan menghadapi masalah untuk bertenang
  • Kehilangan minat terhadap perkara yang pernah digemari
  • Peningkatan selera makan atau kehilangan selera makan
  • Kerap merasa sakit, seperti sakit kepala, masalah pencernaan atau sakit yang tidak dapat dijelaskan
  • Perasaan sedih atau cemas yang berterusan
  • Pemikiran atau cubaan membunuh diri yang kerap

Mereka memerlukan bantuan anda!

orang kelainan upaya

Seringkali, golongan OKU mendapatkan keperluan perubatan secara berkala, tetapi keperluan emosi dan mental mereka sering terlepas pandang.

Oleh itu, para penjaga, pengasuh atau orang di sekeliling haruslah sentiasa cakna dan peka dengan perubahan individu yang dijaga sama ada dari segi fizikal, emosi bahkan mental.

Bagi para pembaca yang berada di dalam situasi ini, usahlah pendam segala lara yang terbuku di hati.

Berasa tertekan dan sedih atas perubahan mahupun peristiwa yang mengubah hidup kita secara total adalah cukup normal.

Pun begitu, ini tidak bermakna anda harus putus harapan, kerana hidup ini adalah anugerah Tuhan yang cukup berharga.

Maka, kuatkan semangat dan banyakkan bersabar kerana semua yang berlaku ada hikmahnya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Tempoh selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu berisiko meroyan selepas bersalin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penjagaan Ibu, Penjagaan Selepas Bersalin 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Patut Diam Atau Balas Komen Negatif Di Akaun Media Sosial? Ini Yang Perlu Anda Lakukan!

Apabila seseorang pengguna media sosial memberikan komen negatif kepada hantaran anda di media sosial, adakah anda patut membalasnya atau membiarkannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Hubungan Yang Sihat, Kesihatan Mental 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

Istilah serangan panik dan kegelisahan sering digunakan secara bergantian, tetapi ia sebenarnya berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gangguan Kegelisahan, Kesihatan Mental 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

Multiple sclerosis (MS), sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Ini tanda-tanda awalnya dalam kalangan wanita..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Sistem Saraf & Otak, Sklerosis Berbilang 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

gangguan perasaan

Sakit Jantung & Depresi Saling Berkait Rapat? Hati-Hati Jika Anda Ada Salah Satu Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
gangguan cinta obsesif

Cemburu BUKAN Tanda Sayang! Jika Berlebihan, Ini Tanda Gangguan Mental

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
gangguan personaliti

Kerap Marah-Marah Tanpa Sebab Dengan Pasangan? Anda Mungkin Alami Gangguan Personaliti Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
serangan jantung

FAKTA, Orang Yang Selalu Marah Paling Cepat Dapat Sakit Jantung! Ini Cara Nak Kawal

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/02/2021 . 3 minit bacaan