backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

5 Cara Mengatasi Insomnia

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

5 Cara Mengatasi Insomnia

Insomnia atau masalah tidur malam sering berlaku terutamanya dalam kalangan remaja di bandar. Kehidupan bandar yang semakin aktif pada hari ini membuatkan insomnia semakin berleluasa.

Jika tidak diuruskan, dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan tidak cukup tidur kronik yang tentunya memberikan impak pada psikologi dan fizikal. Tanpa tidur yang cukup, otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan hari-hari yang dijalani menjadi kurang produktif.

Lalu, apa cara untuk mengatasi insomnia? Baca selanjutnya.

1. Elakkan kafein

Sudah tentu! Kafein sebelum tidur perlu dielakkan. Selain membantu mudah tidur, mengambil minuman bergula secara umumnya tidak sihat sebelum tidur.

2. Bangun

Jika anda tidak boleh tidur, daripada terus baring di atas katil, anda boleh bangun dan lakukan aktiviti lain seperti membaca atau mendengar musik yang menenangkan. Elakkan bermain telefon bimbit atau menonton televisyen kerana cahaya akan membuatkan anda lebih segar.

3. Amalkan pemakanan sihat dan senaman

Pemakanan yang sihat dan senaman berkala membantu anda tidur dengan lebih mudah. Terlalu banyak makanan bergula atau bergaram boleh merangsang metabolisme anda, seterusnya mengganggu tidur.

4. Hentikan suara-suara dalaman

Kebiasaannya, anda terlalu banyak berfikir tentang masalah kerja, keluarga atau perubadi. Bahkan berfikir tentang insomnia juga boleh menyebabkan insomnia. Sila ingat bahawa minda yang aktif tidak akan membenarkan badan anda tidur. Cuba hilangkan atau lupakan fikiran tersebut sebelum tidur.

5. Berkongsi

Akhir sekali, jika semua usaha anda masih gagal, kongsikan dengan orang terdekat sama ada keluarga, kawan-kawan atau doktor. Berkongsi masalah boleh membantu fikiran anda untuk lebih tenang. Selain mencari solusi, berkongsi itu sendiri mungkin merupakan solusi kepada insomnia yang anda sedang hadapi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan