Jika anda tahu berkenaan dengan penyakit mental yang dipanggil skizofrenia, anda mungkin sedar bahawa masyarakat mempunyai tanggapan buruk terhadap mereka.
Simptom penyakit ini boleh dikawal dengan ubat-ubatan.
Namun pelbagai kajian menunjukkan kesan yang lebih baik kepada pesakit yang tinggal di negara membangun berbanding dengan negara maju.
Mengapa ya? Teruskan membaca untuk tahu berkenaan dengannya.
Penyakit skizofrenia adalah dikendalikan dengan baik
Penyakit skizofrenia adalah penyakit mental yang mempunyai ciri-ciri kerencatan berterusan dalam aspek persepsi (perception), keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik, gangguan pemikiran dan gambaran alam sebenar (realiti).
Ia mempengaruhi kira-kira 21 juta individu di seluruh dunia.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menarik mereka yang mempunyai simptom awal untuk mendapatkan rawatan.
Namun, kira-kira 1 daripada 2 individu yang mempunyai masalah ini tidak menerima rawatan perubatan yang sepatutnya.
Jika dilihat pada kebolehan sesebuah negara untuk memberikan rawatan terbaik buat mereka yang menghidap sesuatu penyakit, seharusnya negara maju mempunyai kadar penambahbaikan yang tinggi berbanding dengan negara membangun.
Ini berikutan keupayaan negara tersebut untuk mendapatkan peralatan perubatan yang canggih dan ubat-ubatan yang baik bagi memastikan kesembuhan dalam kalangan pesakit.
Namun, untuk skizofrenia, mereka yang tinggal di negara membangun mempunyai kadar pengawalan simptom yang jauh lebih baik daripada mereka yang mendiami negara-negara maju.
Fenomena ini dipanggil sebagai Outcome Paradox atau paradoks hasil rawatan.
Kajian berkenaan dengan outcome paradox
Kajian awal yang telah dijalankan di Mauritius dan Sri Lanka telah menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di negara tersebut mengalami simptom yang lebih rendah berbanding dengan pesakit di negara maju.
Artikel berkaitan:
Memandangkan kajian ini dijalankan sebelum kewujudan protokol antarabangsa untuk kajian skizofrenia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesahihan dapatan kajian tersebut telah dipersoalkan oleh ahli akademik yang lain.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1960, WHO telah melancarkan 3 tanda aras kepada kajian antarabangsa berkenaan dengan skizofrenia.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan mereka yang menghidapi skizofrenia di negara membangun mempunyai simptom yang lebih kurang berbanding dengan negara maju.
Pesakit di negara tersebut juga mempunyai fungsi sosial yang baik walaupun hanya segelintir daripada mereka yang mengambil ubat antipsikotik.
Perbezaan yang ketara ini menjadi ruang tarikan para pengkaji untuk terus menyumbang kepada peningkatan kualiti rawatan skizofrenia.
Peranan masyarakat dalam kesembuhan penyakit skizofrenia adalah penting
Paradoks ini membuktikan terdapat interaksi persekitaran yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk pesakit skizofrenia mengawal simptom mereka.
Pelbagai jenis faktor telah diusulkan bagi menerangkan fenomena tersebut.
Salah satu daripadanya adalah faktor sosiobudaya persekitaran. Mereka yang tinggal di negara yang miskin mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi terhadap keluarga mereka.
Baca juga:
Ini menyebabkan pesakit di negara tersebut dapat menikmati sokongan dan rangkaian sosial yang baik.
Pesakit skizofrenia di India juga kurang menerima kritikan atau layanan yang buruk oleh masyarakat setempat.
Di sesetengah bandar, mereka turut diambil untuk bekerja di pasar-pasar yang menyediakan pelbagai jenis peluang mengikut keupayaan masing-masing.
Ini, sekali gus, menyumbang kepada tahap kebolehan mereka untuk mengawal simptom disebabkan oleh persekitaran yang kurang memberi tekanan.
Konklusi
Simptom skizofrenia boleh dikawal dan masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan golongan ini tidak tersisih.
Negara-negara membangun telah membuktikan bahawa, sokongan sosial dapat membantu golongan ini dalam mengawal proses penyakit mereka daripada menjadi semakin teruk.
Walaupun tanggapan awal perlu dielakkan terutamanya berkenaan dengan penyakit sekompleks ini, ia memberi ruang kepada kita untuk memahami faktor kesembuhan penyakit ini.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga: