backup og meta

Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung!

Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung!

Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka? Sudah tentu bayi bertuah itu akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Suasana yang harmoni dan sejahtera ini akan berterusan sehinggalah tiba waktu dia ditakdirkan untuk mempunyai seorang adik. Ketika ini, anak sulung anda yang pada awalnya tidak mendatangkan banyak masalah, mula melemparkan pelbagai tindakan tidak kena akibat mogok dan demonstrasi semata-mata mahu mendapatkan perhatian dari anda. 

Situasi ini dinamakan sebagai sindrom anak sulung. Jadi, apakah yang ibu bapa lakukan untuk menanganinya?

Apa tanda anak anda mengalami sindrom anak sulung?

Untuk mengetahuinya, anda boleh perhatikan kelakuan anak sulung anda apabila dia mula mendapat seorang adik. Antara tanda-tanda sindrom anak sulung termasuklah:

#1. Berperangai aneh

Sudah tentu anak pertama anda akan berasa cemburu dengan kehadiran bayi baharu yang dianggap sebagai pengganti dirinya. Disebabkan itu, dia akan mula menunjukkan perangai yang aneh seperti mendiamkan diri kebanyakan waktu atau mengelakkan diri dari ibu bapa. Jika terjadi perkara ini, ibu bapa usah gusar. Sebaiknya, biarkan sahaja dahulu sehingga masa menjadi ubatnya. Seiring waktu berlalu, perasaan kasih sayang itu sendiri akan hadir secara semula jadi dalam dirinya terhadap adiknya.

#2. Mula menunjukkan sikap bertanggungjawab

Secara perlahan-lahan, anak pertama anda akan mula menyedari bahawa dia sebenarnya juga ada tanggungjawab untuk menjaga adiknya. Disebabkan itu, dia akan mula memikirkan tentang jangkaan ibu bapa yang mahukan dia untuk menjadi seorang abang yang bertanggungjawab menjaga adiknya. Jadi, ibu bapa perlu biarkan malah galakkan dia untuk mencuba. Cuma, jangan terlalu memaksanya lebih-lebih lagi jika usianya juga masih sangat muda.

Apa yang boleh anda lakukan mungkin memberikan peluang kepada anak pertama anda untuk menjaga adik anda ketika bermain di dalam atau luar rumah. Perhatikan sahaja dari jauh bagaimana dia menjaga dan melindungi adiknya dari sebarang ancaman yang berbahaya. 

#3. Mula menampakkan sikap berdikari

Kehadiran anak kedua sudah pasti akan membuat ibu bapa secara tidak sengaja melebihkan mereka dan menghiraukan anak pertamanya. Tanpa sedar, ibu bapa mungkin akan memberikan lebih layanan atau mainan kepada anak yang baharu. Ini secara tidak langsung akan membuat seorang abang atau kakak itu kurang mendapat apa yang mereka inginkan. Namun, ini bukan satu kesilapan yang besar.

Bahkan itu, kekurangan inilah yang akan mendewasakan anak pertama lantas memupuk sifat berdikari dalam dirinya. Mungkin anda boleh akan perasan bahawa dia sudah ambil atau buat benda seperti mandi atau makan secara sendiri. Ini merupakan tanda yang bagus, bukan?

Jangan kelirukan mereka antara perasaan cemburu atau tanggungjawab

Sudah lumrah seorang manusia atau seorang anak untuk lebih tepat, cemburu jika perhatian dan kasih sayang yang selama ini diterima mula berkurang kerana perlu berkongsi dengan orang lain. Begitu juga halnya dengan anak sulung yang dahulunya merupakan satu-satunya permata dalam keluarga, kini terpaksa berkongsi kasih ibu bapa dengan adiknya sendiri.

Anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau kerana ini adalah sesuatu yang sangat normal. Dalam pada itu, ini sebenarnya merupakan peluang untuk anak sulung mula menyemai sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Seorang adik bukan sahaja memerlukan sepenuhnya perhatian daripada ibu bapa malahan juga daripada abang atau kakak mereka.

Jadi, jadikan ia sebagai satu cabaran dalam hidup anak pertama anda. Jangan kelirukan mereka dengan perasaan cemburu. Sebaliknya tanam sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Dengan cara ini, hubungan adik-beradik sesama mereka sudah tentu akan menjadi lebih akrab.

anak sulung

Bersaing dengan adik-beradik sendiri

Sebagai ibu bapa, jangan terkejut sekiranya terlihat pergaduhan atau pertelingkahan anak sulung anda bersama adik-beradiknya. Ini kerana sudah lumrah adik-beradik, mereka akan bersaing sesama sendiri.

Ini semestinya berpunca daripada perasaaan cemburu, dahagakan perhatian, tidak mahu berkongsi, ketidakadilan serta kehilangan keistimewaan sebagai anak kesayangan ibu atau bapa.

Usah khuatir, ini adalah perkara biasa. Berikut merupakan beberapa pedoman yang anda boleh ikuti untuk menangani masalah persaingan anak sulung dengan adik-beradiknya:

  • Beritahu anak sulung anda bahawa dia akan menerima seorang adik yang sedang berada dalam kandungan anda. Tunjuk gambar-gambar bayi atau biar dia merasai sendiri tendangan bayi di dalam perut anda untuk membuktikannya.
  • Ajar skil menyelesaikan konflik seperti mengawal sikap agresif, berbincang serta berkompromi bagi memastikan dia menghargai setiap perspektif individu lain.
  • Amaran keras, jangan sesekali melebih-lebihkan seorang adik di hadapan anak sulung atau sebaliknya. Jangan pernah cuba untuk membandingkan gred pembelajaran, penampilan atau kelakuan mereka.
  • Cuba untuk bersikap adil dan jangan sesekali bahawa melayan anak sulung dengan adik-beradiknya. Ketahuilah bahawa mereka semua mempunyai bakat, personaliti serta impian yang berbeza.
  • Beri masa, ruang dan peluang untuk anak sulung mendapatkan ruang peribadi sendiri. Semakin anak anda membesar, semakin mereka memerlukan privasi masing-masing. Oleh itu, cuba kurangkan waktu mereka berkumpul bersama bagi mengelakkan kekacauan.
  • Beri peringatan kepada anak sulung dan adik-beradiknya agar mengelakkan sebarang konflik yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Namun, jangan sampai mengugut pula okay?

Bimbing anak sulung anda

Perkara paling penting, adalah bimbing anak sulung anda agar mereka berjaya mencapai potensi mereka untuk menjadi seorang abang dan anak yang baik. Berikut merupakan beberapa tip yang ibu bapa perlu lakukan untuk memastikan anak sulung anda berjaya dalam hidupnya:

  • Beri anak pertama anda ruang dan peluang untuk melakukan sesuatu
  • Ajar anak pertama agar bertanggungjawab dan berdikari
  • Tanam sifat kepimpinan dalam diri anak pertama
  • Jangan tetapkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap diri anak pertama
  • Luang masa berharga bersama anak pertama
  • Beri mereka keistimewaan sebagai anak pertama

Dengan tip-tip berikut, sudah pasti anak sulung anda akan berjaya membuang sifat cemburu lantas menanam sifat tanggungjawab dalam dirinya terhadap adiknya. Jadi, sebagai ibu bapa anda perlu bijak dalam menangani sindrom anak sulung agar dia berjaya menjadi seorang abang dan anak yang baik buat adiknya dan buat anda sebagai ibu bapanya.

Konklusi

Kesimpulannya, anak sulung adalah yang paling istimewa bagi ibu bapa. Mereka adalah kekasih pertama seorang ibu atau bapa. Namun, kehadiran seorang adik mungkin akan mengubahnya. Jadi, para ibu bapa yang sedang membaca perlu ambil lebih perhatian agar anak sulung tidak berasa terlalu tersisih ekoran kehadiran seorang adik baharu. Paling penting, sayangi semua anak anda dengan sama rata okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

First Born Child Syndrome Characteristics. http://www.mychildhealth.net/first-born-child-syndrome-characteristics.html. Accessed on September 4, 2019.

Helping Your First Overcome The Oldest-Child Syndrome. https://www.everydayhealth.com/kids-health/helping-your-first-overcome-oldest-child-syndrome/. Accessed on September 4, 2019. 

Dealing With First-Born Syndrome. https://www.parentscanada.com/toddler/dealing-with-first-born-syndrome/. Accessed on September 4, 2019.

Versi Terbaru

17/01/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan