What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

6 Tip Mudah Untuk Melakukan Hubungan Intim Masa Kuarantin & Puasa

    6 Tip Mudah Untuk Melakukan Hubungan Intim Masa Kuarantin & Puasa

    Walaupun dalam hubungan yang kukuh dan baik, pasangan mungkin tidak sedar bahawa mereka mengamalkan waktu bersetubuh yang klise, mengulangi rutin yang sama berulang kali dalam setiap sesi.

    Seks yang klise lazimnya berlaku selepas 2 atau 3 tahun berkahwin dan dalam kes tertentu, ianya boleh berlaku seawal beberapa bulan selepas berkahwin.

    Apabila kehidupan seks anda menjadi terlalu biasa dan boleh diramal, anda perlu mencuba sesuatu yang baru dan lebih spontan. Ini boleh menyebabkan anda dan pasangan anda merasai keseronokan baru, seolah-olah baru kepada hubungan kelamin.

    Daripada anda teruskan rutin seks yang biasa, ambil langkah-langkah di bawah bagi meningkatkan keseronokan ketika bersama dengan pasangan anda.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Waktu bersetubuh – kesihatan dan kehidupan seks anda

    1. Dapatkan senaman sebelum waktu bersetubuh

    Jika anda ‘berdarah panas’, anda perlu menambahbaik aliran darah badan anda.

    Senaman yang kerap boleh membantu kedua-dua jantina dalam meningkatkan aliran darah dalam badan sekali gus menambahbaik rangsangan seks dan juga rasa nikmat ketika hubungan kelamin.

    Ini kerana libido ataupun nafsu berahi lelaki mahupun wanita boleh dipertingkatkan dengan melancarkan aliran darah badan, khususnya ke bahagian kemaluan.

    Peningkatan paras hormon seks dan juga endorfin ketika senaman turut berupaya untuk meningkatkan mood anda, membangkitkan tenaga dan juga imej badan sekali gus membantu memberi pengalaman seks yang lebih memuaskan.

    2. Amalkan diet yang sihat

    waktu bersetubuh

    Mengambil sayuran berwarna dan kaya dengan anti-oksida adalah sangat bagus untuk kesihatan badan yang menyeluruh.

    Tambahan lagi, ini membantu meningkatkan dan melancarkan aliran darah ke bahagian kemaluan yang memudahkan persepsi rangsangan sekali gus meningkatkan libido atau nafsu berahi anda.

    Sentiasa beringat untuk menjauhi makanan yang kaya dengan lemak kerana berat badan berlebihan atau obesiti boleh mengganggu imbangan hormon estrogen dan testosteron.

    3. Kurangkan Stres

    Mereka yang bekerja terlalu kuat atau terlalu stres akan menterjemahkan hal tersebut dalam bentuk hidup yang tidak teratur dan seks yang tidak memuaskan.

    Apabila stres, hormon kortisol dan adrenalin meningkat dalam badan dan mempengaruhi hormon seks dengan cara yang negatif.

    Justeru, untuk merancakkan rutin seks, cuba untuk kurangkan stres dengan teknik seperti yoga dan meditasi atau pergi bercuti.

    Emosi dan kehidupan seks anda

    4. Fokus kepada kualiti, bukannya kuantiti

    Jangan bimbang jika anda tidak selalu bersama dengan pasangan anda kerana daripada seks yang kerap, berikan lebih perhatian kepada hubungan emosi, keintiman, kenikmatan dan juga cuba untuk memuaskan kedua-dua pihak untuk pengalaman yang lebih bermakna.

    5. Mendefinisikan semula foreplay

    waktu bersetubuh

    Foreplay bermaksud menghasilkan rangsangan seksual bagi menaikkan minat untuk bersetubuh.

    Selain itu, ianya juga melibatkan perbuatan membina mood seksual yang membawa kepada berlakunya hubungan seks.

    Justeru, anda boleh menjadikan suasana yang menyeronokkan dan merancakkan dengan mencuba tip foreplay seperti menari, mandi bersama, menghantar gambar menggoda atau mesej nakal kepada satu sama lain.

    6. Letakkan keseronokan baru sebagai sasaran

    Menambah elemen seronok yang baru boleh menjadi kunci dalam menyemarakkan kehidupan seks anda agar setiap kali bersama, hubungan tersebut tidak menjadi bosan.

    Anda boleh mencuba memainkan watak orang asing yang baru berkenalan. Risiko ini akan menyebabkan anda rasa teruja, membara dan akhirnya seronok.

    Kehidupan seks yang sihat bermula dengan anda. Jaga badan dan kesihatan anda, perbaiki dan tambahbaik seksualiti anda dan luangkan masa untuk hubungan seks yang memuaskan anda dan pasangan.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis, ataupun rawatan.

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Panjang Kitaran

    (hari)

    28

    Objektif

    (hari)

    7


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan

    3 habits to pick up for a more pleasurable sex sesh. http://www.womens-health.com.my/sex-and-relationships/3-habits-to-pick-up-for-a-more-pleasurable-sex-sesh. Accessed September 14,2016

    7 healthy habits to improve your sex life. http://www.everydayhealth.com/sexual-health-pictures/healthy-habits-for-a-better-sex-life.aspx#05

    https://www.health.harvard.edu/healthbeat/11-ways-to-help-yourself-to-a-better-sex-life

    https://www.healthline.com/health/male-sexual-performance

    https://www.verywellmind.com/keep-sex-life-healthy-in-marriage-2300942

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab Disemak pada 21/04/2021
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Next article: