backup og meta

Antara Lelaki VS Wanita, Yang Mana Lebih LAYAK Jadi Pemimpin? Ini Jawapannya!

Antara Lelaki VS Wanita, Yang Mana Lebih LAYAK Jadi Pemimpin? Ini Jawapannya!

Lelaki atau wanita, siapakah yang lebih layak menjadi pemimpin? Adakah faktor jantina boleh mempengaruhi ciri kepimpinan seseorang? Jom ketahui ciri ciri pemimpin yang baik.

Faktor jantina pengaruhi ciri kepimpinan?

Di tempat kerja, terdapat jurang jantina yang sebenar antara lelaki dan wanita. Bagi jawatan eksekutif, jurang ini lebih besar.

Menurut statistik daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015, terdapat hanya 18 pemimpin wanita di dunia, yang menyumbang satu persepuluh jumlah pemimpin dunia.

Masalah ini mungkin timbul daripada andaian umum jantina di tempat kerja.

Dalam satu kajian baru, penyelidik mendapati bahawa orang menganggap lelaki mempunyai kualiti kepimpinan yang baik, menerangkan bilangan lelaki yang tinggi dalam jawatan pengurusan.

faktor jantina

Apakah ciri-ciri pemimpin yang baik?

Berdasarkan kaji selidik daripada The Pew Research Center terhadap orang ramai, sesetengah ciri mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding yang lain untuk menjadi “pemimpin yang baik’.

Kejujuran, kecerdasan dan kepatuhan dianggap kualiti tertinggi seorang pemimpin. Kemahiran organisasi yang baik, kesamarataan dan simpati datang dalam senarai yg seterusnya.

Kajian itu juga mendapati bahawa faktor jantina peserta turut mempengaruhi pilihan mereka.

Wanita lebih cenderung berbanding lelaki untuk mengatakan bahawa simpati adalah faktor penting bagi pemimpin, iaitu sebanyak 66% wanita mengatakannya berbanding dengan 47% daripada lelaki.

Di samping itu, wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengatakan bahawa bercita-cita sebagai sifat penting bagi seorang pemimpin (57% wanita dan 48% lelaki mengatakan bahawa ciri ini sangat penting).

Jurang jantina keseluruhan didorong oleh generasi muda-milenium.

Jadi siapakah menjadi pemimpin yang lebih baik, lelaki atau perempuan?

ciri ciri pemimpin yang baik

Satu lagi tinjauan dari The Pew Research Center terhadap pemimpin menunjukkan sedikit perbezaan antara lelaki dan wanita dalam beberapa sifat kepimpinan di atas.

Malah, hampir semua peserta tidak melihat perbezaan cita-cita, kejujuran antara pemimpin lelaki dan perempuan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kualiti kepimpinan yang membezakan antara lelaki dan wanita. S

ebagai contoh, pemimpin lelaki mendapat skor lebih tinggi dalam menentukan dan mengendalikan isu kontroversi. Sementara itu, wanita lebih tinggi pada kemahiran organisasi daripada lelaki.

Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa pemimpin wanita seringberkomunikasi secara terbuka dan telus, lebih cenderung mengakui kesilapan, dan memberikan yang terbaik kepada orang lain.

Apakah kesimpulannya?

Sudah tiba masanya untuk meninggalkan pemikiran kuno tentang peranan jantina di tempat kerja.

Memandangkan peluang untuk bersinar, wanita boleh dan akan cemerlang seperti lelaki, terutamanya apabila mereka merasakan keperluan untuk membuktikan diri mereka dalam peranan bukan tradisional.

Pada hakikatnya, banyak syarikat mengalu-alukan wanita memainkan peranan dalam pengurusan dan memberi peluang kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan kepimpinan.

Hampir semua bidang profesional, terdapat bidang yang kurang khusus untuk satu jantina atau yang lain.

Keperluan menjadi seorang pemimpin yang hebat sama ada lelaki atau perempuan, adalah kesediaan mereka untuk mengembangkan diri melalui cabaran, bimbingan (mentoring and coaching) daripada para pemimpin kanan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Men vs women: who make better leaders? http://businesstech.co.za/news/general/58571/men-vs-women-who-make-better-leaders/. Accessed September 29, 2016.

Chapter 2: What Makes a Good Leader, and Does Gender Matter? http://www.pewsocialtrends.org/2015/01/14/chapter-2-what-makes-a-good-leader-and-does-gender-matter/. Accessed September 29, 2016.

Are Women Better Leaders than Men? https://hbr.org/2012/03/a-study-in-leadership-women-do. Accessed September 29, 2016.

Press release: Sluggish progress on women in politics will hamper development. http://www.unwomen.org/en/news/stories/2015/3/press-release-sluggish-progress-on-women-in-politics-will-hamper-development#sthash.ul6sTe17.dpuf. Accessed September 29, 2016.

Gender Shouldn’t Matter, But Apparently It Still Does. https://hbr.org/2012/04/gender-shouldnt-matter-but-app. Accessed September 29, 2016.

Versi Terbaru

19/06/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Nak Cari Pasangan Sejiwa TillJannah? Pilihlah Lelaki Dengan 11 Ciri Ini, Mesti Bahagia!

Cuba Nak Faham Perangai Orang Lelaki? Ini 10 Rahsianya, Paling Tak Sangka No. 9!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan