home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tanpa Sedar, Ini 3 Kesalahan PALING BESAR Yang Lelaki Usia 30-an Buat! Bahaya Untuk Kesihatan

Tanpa Sedar, Ini 3 Kesalahan PALING BESAR Yang Lelaki Usia 30-an Buat! Bahaya Untuk Kesihatan

Sifat lelaki biasanya lebih tenang dan relaks berbanding sifat seorang perempuan. Namun, tidak semua sifat tentang lelaki yang tenang ini memberikan kebaikan, malah ia boleh memberikan kesan negatif dalam beberapa sudut termasuklah aspek kesihatan.

Anda ingin tahu apakah isu tentang lelaki yang seringkali salah dilakukan apabila telah berumur 30 tahun?

Ini kami bongkarkan 3 kesalahan utama yang sering dilakukan lelaki 30-an.

#1. Dah masuk usia 30-an, tidak perlu lagi bersenam

sifat lelaki

Apabila seseorang lelaki sudah mula menginjak usia 30 tahun, mereka biasanya berfikir bahawa mereka tidak lagi perlu bersenam. Ini ternyata satu tanggapan dan sifat lelaki 30-an yang sering dilakukan.

Walaupun tubuh badan anda kini tidak lagi tegap dan menarik berbanding sewaktu berumur 20-an, ia bukan bermakna anda perlu berputus asa mengenainya.

Ada sebab mengapa anda perlu mengawal berat badan apabila telah mula lanjut usia.

Menurut kajian oleh University of Utah, jisim tulang orang lelaki biasanya akan mula menurun selepas berumur 30 tahun dan boleh menyebabkan tulang patah di kemudian hari.

Bayangkan jika anda mempunyai berat badan yang semakin meningkat ketika usia semakin lanjut? Bolehkah tulang anda menampung berat badan anda lagi?

Jika anda terlibat dengan kerjaya yang memerlukan anda untuk banyak duduk, ia juga boleh memberikan banyak kesan buruk jika anda tidak lagi bersenam.

Apabila anda kerap duduk setiap hari, ia boleh meningkatkan risiko untuk mengalami obesiti, penyakit jantung dan juga kanser. Selain itu, ia juga mengurangkan fleksibiliti tubuh anda.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko kesihatan seperti ini daripada berlaku, anda perlu meneruskan aktiviti senaman walaupun telah berusia 30 tahun ke atas.

Jangan sesekali hadkan senaman anda kepada aktiviti membentuk tubuh dan otot semata-mata. Aktiviti membina otot tidak begitu memberi kesan kepada fleksibiliti tubuh anda.

Gabungkannya dengan aktiviti senaman lain seperti aerobik bagi membantu fleksibiliti tubuh.

#2. Tiada tekanan atau stres pada usia 30 tahun

tentang lelaki

Sebenarnya, pada usia yang melepasi 30-an, akan muncul pula punca baharu penyebab stres kepada anda.

Pada usia sebegini, anda mungkin akan bekerja dengan lebih kuat kerana ingin mendapat kenaikan pangkat dan memperlihatkan jasa anda selama ini di tempat kerja.

Selain itu, anda juga akan mudah menjadi stres apabila pulang ke rumah. Anda mempunyai beberapa orang anak atau bayi yang perlu dijaga sewaktu pulang dari kerja.

Bukan bermakna kaum wanita tidak berhadapan dengan isu stres seperti ini, tetapi kaum wanita mungkin sudah terbiasa dan lebih mahir untuk berhadapan dengannya berbanding sifat lelaki.

Sifat lelaki yang biasanya lebih tenang dan tidak cenderung memperkatakan isu yang tidak penting sebenarnya boleh memburukkan keadaannya apabila stres mula melanda.

Satu perkara tentang lelaki yang kebanyakan tidak sedar, mereka tidak dapat mengenal pasti tahap stres yang dialami sehingga boleh menyebabkan gangguan emosi yang lain kepada mereka kelak.

Jika anda berasa mudah menjadi stres apabila telah mula berumur 30 tahun, cuba lakukan beberapa perkara ini untuk mengurangkan stres yang dialami.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah bersenam, tidur dan mengambil makanan yang berkhasiat.

#3. Anda fikir anda masih lagi muda untuk mendapat risiko penyakit

tentang lelaki

Anda mungkin tidak sedar, semakin lanjut usia, maka kesan penuaan yang sedang berlaku sebenarnya akan menjadi lebih jelas.

Oleh sebab itu, apabila anda telah mula berada pada usia 30-an, anda digalakkan untuk berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Paling kurang, anda disarankan untuk melakukan ujian tekanan darah, ujian gula darah dan juga pemeriksaan tahap kolesterol dalam tubuh.

Menurut Dr. Henriksen yang berkhidmat di University of Utah School of Medicine, ada ketika anda mungkin berasa masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Namun, anda sebenarnya mungkin berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga diabetes.

Sebagai contoh, menurut American Cancer Society, separuh daripada kes kanser testikel berlaku dalam kalangan lelaki yang berusia antara 20 hingga 34 tahun.

Anda juga perlu tahu bahawa kes kanser testikel ini adalah kes yang jarang berlaku, dan ia biasanya dikesan oleh doktor sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal.

Oleh sebab itu, kes seperti ini adalah antara sebab paling kuat mengapa anda perlu berjumpa dengan doktor walaupun anda rasa masih sihat pada usia 30 tahun.

Kesimpulan

3 isu di atas ini adalah 3 isu terbesar yang sering disalah anggap oleh orang lelaki sewaktu berusia 30 tahun. Apatah lagi, 3 isu ini kesemuanya melibatkan isu-isu kesihatan.

Jangan risikokan diri anda walaupun anda fikir masih sihat dengan mengabaikan segala langkah-langkah pencegahan penyakit.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/5-heart-health-mistakes-made-by-men-and-how-to-avoid-them

https://promisetotalk.org/documents/Depression_Men_FactSheet.pdf

https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/cancer-symptoms-men.h12-1589046.html

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 09/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman