backup og meta

Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

Anda sedang atau mahu menjalinkan hubungan cinta yang baru? Tetapi wujud rasa bimbang untuk membentuk hubungan cinta tersebut. Fahami tentang dating anxiety atau kegelisahan perhubungan menerusi artikel ini. 

Memahami kegelisahan perhubungan

Anda sedang bersama seseorang dan wujud kepercayaan antara satu sama lain. 

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama anda sering mempersoalkan diri anda, pasangan dan hubungan percintaan yang terjalin.

Mampukah hubungan ini bertahan? Adakah benar si dia adalah pasangan yang tepat buat anda? Bagaimana kalau si dia menyembunyikan rahsia yang tidak sepatutnya?

Kebimbangan berterusan ini dinamakan sebagai kegelisahan perhubungan (relationship anxiety atau dating anxiety). 

Ia merujuk kepada rasa bimbang serta keraguan yang wujud dalam hubungan antara pasangan walaupun hubungan kalian adalah baik-baik sahaja.

Normalkah dating anxiety dalam hubungan cinta?

Menurut pakar psikoterapi, keadaan ini adalah sesuatu yang biasa untuk berlaku dalam sesebuah perhubungan. 

Ada individu yang mengalaminya di awal perhubungan sebelum mengetahui si dia turut mempunyai rasa yang sama terhadap mereka. Atau, mereka mungkin tidak pasti sama ada mereka mahukan hubungan itu atau tidak. 

Malahan rasa ini juga boleh wujud pada sebuah hubungan yang komited dan jangka panjang.

Ada masanya, rasa kebimbangan ini muncul kesan daripada pengalaman hubungan lampau yang pernah dialami. Ia sekali gus mewujudkan rasa trauma dalam diri anda.

Tetapi jika situasi ini berpanjangan dan tidak diatasi dengan betul, kegelisahan yang wujud dalam perhubungan cenderung menyebabkan: 

  • Tekanan emosi
  • Hilang motivasi diri
  • Kelesuan atau keletihan emosi
  • Ketidakselesaan pada perut atau masalah fizikal lain

hubungan percintaan

7 cara atasi kegelisahan perhubungan dalam hubungan cinta

Keresahan yang dialami mungkin tidak berpunca daripada hubungan percintaan yang terjalin. 

Tetapi keadaan tersebut boleh menyebabkan tingkah laku yang akan menimbulkan masalah dan bebanan kepada anda dan pasangan.

7 tip berikut mungkin akan dapat membantu anda mengatasi masalah yang wujud:

  1. Kekalkan identiti 

Apabila anda dan si dia semakin rapat, anda mungkin menyedari sebahagian daripada keperibadian diri anda berubah untuk memberi ruang kepada pasangan dan hubungan.

Ia 1 perkara normal dalam sesebuah perhubungan. Namun, sesetengah perubahan yang berlaku mungkin akan memberi kesan kepada perhubungan dan diri anda.

  1. Menjadi lebih peka

Kesedaran ini melibatkan fokus kepada apa yang berlaku di sekeliling anda. Jika wujud pemikiran negatif, kenal pasti dan biarkan ia berlalu.

Ini terutamanya jika anda sering terjebak dalam lingkaran pemikiran negatif. Keadaan tersebut penting untuk membantu anda meletakkan keutamaan kepada perhubungan yang terjalin. 

Mungkin perhubungan tersebut akan berakhir, namun bukankah lebih baik anda menikmati masa bersama berbanding memikirkan tentang perpisahan?

  1. Hubungan komunikasi

Adakalanya keresahan wujud dalam diri anda semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan pasangan

Namun, jika perlakuan pasangan membuatkan wujudnya keadaan ini, cuba untuk berbincang dengan pasangan. Tetapi elakkan daripada membuat sebarang tuduhan.

Lakukan perbincangan walaupun pasangan anda bukan penyumbang kepada kegelisahan perhubungan, ia pastinya dapat membantu si dia memahami apa yang anda alami. 

  1. Elakkan bertindak mengikut perasaan

Kebimbangan yang wujud cenderung membuatkan anda mahu membuktikan segalanya dalam keadaan baik. Ia 1 perbuatan wajar untuk meyakinkan diri.

Tetapi jika keterlaluan, ia mungkin akan mewujudkan lebih masalah.

Sekiranya anda berasa wujudnya kecenderungan untuk bertindak secara melulu, alihkan perhatian anda dengan menarik nafas dalam-dalam, berjalan-jalan atau berjoging mahupun menghubungi rakan baik anda.

  1. Bersikap optimis

Apa kata anda cuba fokuskan kepada kemungkinan positif dalam apa juga situasi. Letakkan segala pertimbangan anda kepada sesuatu yang bersifat positif.

Hindari daripada terlalu bergantung kepada andaian, kepercayaan atau pemikiran anda yang negatif. 

Cuba untuk nikmati setiap detik pengalaman, bersikap terbuka dan optimis. Fokuskan kepada perkara yang baik-baik dan menggembirakan sahaja.

atasi-kegelisahan-perhubungan-7-langkah

  1. Pelajari perkara baharu

Setiap individu mempunyai nilai perspektif unik. Pasangan romantik atau seorang individu yang baharu dikenali mempunyai sesuatu yang menarik untuk anda ketahui.

Cuba untuk mempunyai rasa ingin tahu mengenai kehidupan mereka dan mempelajari perspektif unik yang wujud dalam diri mereka

Memahami diri individu baru pastinya akan dapat membantu menyingkirkan keresahan yang keterlaluan dalam diri anda.

  1. Fokus kepada mereka

Terlalu memfokuskan kepada diri sahaja hanya akan membuatkan anda lebih resah. Jadi sebaiknya, cuba untuk menumpukan kepada pasangan atau si dia yang anda jumpa

Dengarkan ungkapan, perhatikan bahasa badan, senyuman serta kontak mata mereka. Jangan terikat dengan apa yang anda fikirkan semata-mata.

Beri peluang kepada diri…

Tidak dinafikan kelukaan akibat hubungan terdahulu sering kali menyebabkan wujudnya kegelisahan perhubungan dalam diri. 

Ia cenderung menyebabkan rasa trauma dan takut untuk menjalinkan hubungan cinta baharu.

Tetapi sampai bila?

Jadi berikan ruang dan peluang untuk diri anda berasa gembira dan bahagia. Izinkan diri anda untuk mengenali si dia, siapa tahu mungkin dia adalah kebahagiaan yang anda cari selama ini.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kashdan, T.B., & Roberts, J.E. (2006). Affective outcomes in superficial and intimate interactions: Roles of social anxiety and curiosity. Journal of Research in Personality, 40, 140-167.

Paprocki CM, et al. (2017). Worried about us: Evaluating an intervention for relationship-based anxiety. DOI:
10.1111/famp.12175

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/consumer-health/in-depth/mindfulness-exercises/art-20046356

https://adaa.org/understanding-anxiety/panic-disorder-agoraphobia/symptoms

https://guilfordjournals.com/doi/10.1521/pdps.2018.46.4.549

Versi Terbaru

19/04/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bagaimana Kaunseling Pasangan Membantu Dalam Perhubungan

Waktu Sesuai Anak Anda Menjalin Hubungan Cinta


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan