Kebanyakan individu cenderung risau akan kesihatan jantung, paru-paru atau mental namun mungkin kurang peduli untuk periksa mata mereka.
Padahal, mata merupakan organ untuk melihat yang sangat penting dan diperlukan untuk kita semua menjalani kehidupan.
Disebabkan itu, individu perlu kerap periksa mata.
Persoalannya, berapa kerap pemeriksaan mata ini perlu dijalankan? Jom terus membaca artikel ini!
Kenapa individu perlu kerap periksa mata?
Mungkin ada sesetengah individu yang hanya berjumpa pakar mata jika terdapat masalah pada mata mereka. Sebenarnya, ada sebab ia perlu dibuat dengan kerap:
#1. Pemeriksaan awal mampu elak kondisi mata biasa
Antara kondisi mata yang biasa itu termasuklah:
- Katarak: Kondisi kekaburan pada lensa mata ini adalah penyebab utama individu hilang penglihatan
- Glaukoma: Kondisi kerosakan pada saraf optik ini juga boleh jadi punca individu hilang penglihatan
- Diabetik retinopati: Penderita diabetes perlu awas dengan salur darah pada belakang mata yang boleh terjejas dan membawa kebutaan
- Degenarasi makular: Semakin meningkat usia individu, semakin lemah tisu sensitif cahaya pada mata
#2. Kanak-kanak perlu periksa mata dan penglihatan
Walaupun ramai orang yang mungkin ada masalah pada mata ketika sudah tua, namun kanak-kanak masih perlu buat pemeriksaan mata meskipun tiada simptom.
Selain memastikan sistem penglihatan terjamin, pemeriksaan awal mampu menentukan jika mata mereka berada pada landasan perkembangan yang betul.
Ketika masih bayi, mereka tidak dapat memberitahu ibu bapa akan masalah dihadapi sementara kanak-kanak pula mungkin tidak akan sedar tentangnya.
Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa membawa anak membuat pemeriksaan agar masalah pada mata mereka dapat diselesaikan dengan cepat.
Apa yang akan doktor periksa ketika ini?
Semasa pemeriksaan mata, doktor mungkin akan periksa perkara seperti berikut:
- Keralatan refraktif – Astigmatism, myopia (rabun dekat), hyperopia (rabun jauh) atau presbyopia (hilang fokus penglihatan)
- Gangguan penglihatan – Penglihatan terhad, tanda katarak, tanda glaukoma, degenerasi makular dan retina terasing
- Masalah dengan otot pada mata – Masalah seperti strabismus (mata juling) atau amblyopia (mata malas)
- Tumor atau kanser pada mata – Kewujudan kanser intraokular, melanoma intraokular atau retinoblastoma
Berapa kerap individu perlu periksa mata?
Secara umumnya, individu dewasa yang mungkin tiada sebarang isu berkaitan penglihatan perlu berjumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun.
Pemeriksaan mata untuk kanak-kanak
Bayi
Pakar pediatrik mungkin akan melakukan pemeriksaan mata umum sejurus bayi lahir untuk melihat ‘refleks merah’ (mata berubah merah apabila dipancar cahaya).
Selain itu, doktor juga akan melihat bagaimana anak mata dan kelopak mata bayi bertindak balas apabila cahaya dipancar pada mata si kecil yang baru lahir itu.
6 bulan ke 1 tahun
Pemeriksaan kedua akan dilakukan untuk melihat penjajaran, pergerakan serta tindak balas refleks mata dengan cara yang sama seperti ketika anak anda baru dilahirkan.
3 tahun ke 5 tahun
Pemeriksaan ketiga akan dilakukan oleh pakar mata untuk melihat kemampuan penglihatan mereka meskipun majoriti kanak-kanak pada usia ini adalah sedikit rabun.
Pakar oftalmologi perlu beri lebih perhatian jika anak anda ada masalah:
- Strabismus (mata juling)
- Amblyopia (mata malas)
- Keralatan refraktif (myopia, hyperopia, astigmatism)
Pemeriksaan mata untuk orang dewasa
Berapa kerap orang dewasa perlu periksa mata adalah bergantung kepada kesihatan mata mereka. Jika tiada masalah, sekali setiap 2 ke 3 tahun mungkin sudah memadai.
Namun jika anda memakai cermin mata, kanta lekap atau ada kondisi seperti diabetes, maka anda sangat disarankan untuk berjumpa pakar mata dengan lebih kerap.
20 ke 39 tahun
Sila periksa mata anda sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun.
40 ke 64 tahun
Pada usia 40, tanda awal penyakit atau gangguan penglihatan mungkin akan timbul. Jadi, sila buat pemeriksaan mata lengkap ketika usia ini untuk elak komplikasi.
Pemeriksaan mata untuk warga emas
Ketika berusia 65 dan ke atas, anda perlu berjumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun untuk memeriksa simptom seperti berikut:
Jangan bertangguh sehingga terlambat!
Konklusinya, jangan tunggu sehingga ada masalah, baru berjumpa doktor! Pemeriksaan, rawatan dan ubatan awal mungkin boleh menyelamatkan mata anda.
Orang dewasa perlu periksa mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun sementara kanak-kanak dan warga emas pula perlu diberi perhatian yang lebih.