backup og meta

Aduh, Pelik Kening Sering Gatal, Ketahui Punca Dan Langkah Mengatasinya!

Aduh, Pelik Kening Sering Gatal, Ketahui Punca Dan Langkah Mengatasinya!

Kening atau alis mata merupakan aksesori mata yang memberi nilai tambah pada kecantikan wajah anda dan tanpanya. Disebabkan itu, individu terutamanya wanita sangat gemar melakukan rawatan alis mata seperti mencabut, membentuk, bahkan mentatu hingga sebabkan gatal kening!

Bagaimana jadi begitu? Ingin tahu lebih lanjut mengenai penjagaan kening? Sila ikuti artikel ini.

Sebelum itu, adakah anda tahu apa fungsi sebenar bulu pada bahagian atas kelopak mata ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Fungsi kening yang sebenar

#1 Melindungi mata

Untik pengetahuan anda, kening sebenarnya bukan sekadar aksesori semata-mata.

Ia juga sangat penting untuk menjaga kebersihan dan kejernihan mata anda. Bayangkan, anda sedang berjalan di luar rumah dan ketika itu anda sedang berpeluh atau berhujan.

Situasi ini sudah pasti akan menyebabkan air tersebut mengalir ke bawah lalu memasuki mata, bukan? Tanpa alis mata, mata anda tentu sahaja akan dicemari lalu membuatnya pedih.

#2 Mengekspresikan emosi

cirit birit ketika hamil

Tanpa anda sedari, kening sebenarnya adalah salah satu daripada anggota badan yang sangat penting dalam mengekspresikan emosi.

Ia akan berubah-ubah tanpa kawalan mengikut emosi anda. Cuba anda lihat wajah anda di cermin ketika sedang marah, sedih, kagum, gembira atau terkejut.

Sudah pasti alis mata anda juga akan turut serta menyampaikan apa yang anda rasa dengan mengangkat atau mengerut, bergantung kepada emosi pemiliknya.

#3 Identiti individu

Menurut kajian, kening juga mempunyai peranan penting sebagai identiti individu.

Dalam kajian terbabit, hampir 46% peratus individu tidak dapat mengenali wajah tokoh terkenal di dunia dengan baik apabila wajah mereka disunting dan alis mata mereka dibuang daripada gambar.

Gatal kening, apa punca dan langkah mengatasinya?

Pernahkah anda tiba-tiba sahaja berasa gatal pada alis mata anda? Jika ya, jangan terlalu risau mengenainya.

Ini kerana ia bukan merupakan satu kondisi serius yang perlu dikhuatirkan kerana selalunya ia akan hilang dengan sendirinya.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa gatal kening ini mungkin menunjukkan petanda penyakit atau kondisi kesihatan yang tertentu terutamanya jika rasa gatal ini tidak hilang setelah sekian lama. 

Berikut merupakan antara kondisi kesihatan yang dinyatakan:

#1. Diabetes

Pasti anda tertanya-tanya apa kaitan gatal kening dengan diabetes, bukan?

Hakikatnya, diabetes tidak kira jenis 1 atau jenis 2 yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan masalah pada kulit seperti kegatalan termasuklah pada bahagian kening.

Ini kerana kandungan gula darah yang meningkat dapat menekan sistem imunisasi tubuh badan sekali gus menyebabkan pertambahan risiko infeksi bakteria pada bahagian kulit.

#2. Psoriasis

kesan penyakit psoriasis

Psoriasis adalah kondisi kulit yang selalu terjadi kepada kulit muka. Ia biasa terjadi pada bahagian kulit di antara bahagian atas dahi atas dengan garis rambut atau bahagian kulit antara lubang hidung dengan bibir atas.

Bagi sesetengah individu kondisi ini mungkin akan menyebabkan pertumbuhan kelemumur pada alis mata.

Kondisi kesihatan ini juga akan menyebabkan kulit yang dijangkiti menjadi tebal dan merah selain menimbulkan sisik seakan berwarna putih

Kebiasaannya, ia datang dan pergi dan boleh muncul ekoran beberapa faktor yang merangsangnya, seperti:

  • Stres
  • Cedera pada kulit
  • Infeksi pada kulit
  • Ubatan tertentu

#3. Reaksi alahan

Reaksi alahan juga merupakan salah satu daripada punca berlakunya kegatalan pada alis mata.

Antara benda yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada alis mata ini adalah produk kecantikan wajah seperti pencuci muka, pelembab, pelindung matahari atau topeng muka.

Namun begitu, reaksi alahan ini biasanya akan hilang dengan sendiri. Namun begitu, reaksi alahan yang teruk iaitu anafilaksis boleh membahayakan kesihatan individu dan paling membimbangkan, boleh mengakibatkan kematian. 

#4. Herpes zoster

Herpes zoster adalah sejenis ruam yang timbul pada tubuh badan atau muka.

Sebelum atau semasa ruam ini muncul, individu yang mengalaminya cenderung untuk berasa gatal, geli dan sakit pada kawasan yang dijangkiti, terutamanya pada alis mata.

Kebiasaannya, ketidakselesaan pada kawasan yang dijangkiti ini akan berada pada tahap yang teruk antara 1 ke 5 hari sebelum ia pecah.

Ia mungkin akan mengambil masa 7 hingga 10 hari untuk pudar dan hilang secara keseluruhannya.

Dalam beberapa kes, kondisi ini juga boleh menyerang mata lantas mengakibatkan individu menjadi buta.

Kondisi ini berpunca daripada virus cacar air iaitu Varicella zoster.

Walaupun selepas sembuh sepenuhnya daripada penyakit ini, virus ini tetap kekal dalam tubuh badan dan berkemungkinan untuk menyerang buat kali yang kedua.

#5. Dermatitis seboroik

Dermatitis seboroik adalah salah satu daripada jenis ekzema yang selalu terjadi kepada individu yang mengalami gangguan imunisasi tubuh badan seperti HIV/AIDS.

Selain itu, individu yang mempunyai kondisi neurologi seperti Parkinson juga lebih berisiko mengalami kondisi ini. Ia akan mempengaruhi bahagian tubuh badan yang terdapat banyak kelenjar minyak, termasuklah alis mata. 

Antara gejala kondisi ini termasuklah:

Kening juga boleh tumbuh kelemumur?

Selain itu, kening gatal juga mungkin ada kaitannya dengan pertumbuhan kelemumur pada alis mata.

Anda tidak perlu terkejut kerana alis mata juga merupakan bulu sama seperti rambut pada kepala anda jadi, masalah kelemumur juga boleh berlaku kepadanya.

Persoalannya, bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?

  • Ketahui puncanya – ia sama ada disebabkan oleh malassezia atau pelbagai lagi gejala seperti yang dinyatakan di atas
  • Guna syampu yang sesuai
  • Guna produk mencuci muka yang sesuai

Dengan ini, kelemumur pada alis mata mungkin akan pergi namun bukan untuk selamanya.

Jadi, ulangi proses ini dengan kerap untuk memastikan ia sukar tumbuh kembali. 

Konklusi

Konklusinya, kening bukan sekadar aksesori mata yang berfungsi mencantikkan wajah seseorang.

Ia sebenarnya sangat penting untuk melindungi mata, mengekspresikan emosi serta sebagai identiti individu.

Pun begitu, sebenarnya terdapat banyak masalah alis mata yang mungkin anda alami antaranya adalah kegatalan yang disebabkan oleh banyak punca.

Untuk mengatasinya, sentiasa pastikan penjagaannya serta segera berjumpa doktor sekiranya berlaku sebarang kegusaran yang anda tidak dapat kenal pasti.  

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Why Do We Have Eyebrows? http://www.bbc.com/future/story/20131115-why-do-you-have-eyebrows. Accessed on August 27, 2019.

 

The Role of Eyebrows in Face Recognition. https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1068/p5027. Accessed on August 27, 2019.

 

An Eyebrow Specialist Shares Her Tricks for Getting Better Brows. https://www.health.com/beauty/better-brows. Accessed on August 27, 2019.

 

7 Tips for Perfect Eyebrows That Can Transform Your Appearance. https://www.rd.com/health/beauty/perfect-eyebrows/. Accessed on August 27, 2019.

 

Why Are My Eyebrows itchy? https://www.medicalnewstoday.com/articles/322882.php. Accessed on August 27, 2019.

 

What Causes Itchy Eyebrows? https://www.healthline.com/health/itchy-eyebrows. Accessed on August 27, 2019.

 

Psoriasis on Face (Facial Psoriasis). https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/psoriasis/facial-psoriasis. Accessed on August 27, 2019.

 

Eyebrow Dandruff Is a Thing—Here’s How to Treat It. https://www.self.com/story/eyebrow-dandruff-how-to-treat-it. Accessed on August 27, 2019.

Versi Terbaru

08/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Ada Masalah Kelemumur Di Kepala? Ini Pilihan Syampu Yang Betul Untuk Merawatnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan