backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pasangan Suka Lakukan 'Silent Treatment' Jika Bergaduh? Ini Namanya Toksik DERA EMOSI

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/05/2021

    Pasangan Suka Lakukan 'Silent Treatment' Jika Bergaduh? Ini Namanya Toksik DERA EMOSI

    Dalam sesebuah hubungan percintaan, pergaduhan atau berselisih faham antara pasangan adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.

    Tetapi, pernahkah kalian memberikan silent treatment kepada pasangan? Jika ya, ini satu kerisauan!

    Memberikan silent treatment mungkin kelihatan seperti cara mudah untuk keluar daripada perbualan yang mengganggu anda, tapi tabiat ini boleh menjadi toksik.

    Apa yang tidak diketahui oleh kebanyakan individu ialah, silent treatment sebenarnya adalah satu bentuk manipulasi yang halus!

    Kedengarannya mungkin agak melampau tetapi izinkan penulis menerangkannya dahulu, okey?

    Silent treatment, suatu taktik yang sering digunakan untuk menghukum dan mendapatkan kembali kawalan ke atas seseorang atau pasangan.

    Anda mungkin rasa senang melihat pasangan cemas atau lemah, namun ia hanya akan menyukarkan kalian untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

    Bukan itu saja, ia juga mampu menjadi satu bentuk penderaan emosi! Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom baca!

    Silent treatment, mengapa orang gunakannya?

    fantasi seks

    Kebanyakan individu menggunakan taktik ini atas beberapa sebab, termasuklah:

    • Cubaan untuk mengelak: Dalam beberapa kes, orang mendiamkan diri dalam perbualan kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dikatakan atau ingin mengelakkan konflik
    • Komunikasi: Seseorang mungkin menggunakan silent treatment apabila tidak mengetahui cara terbaik untuk meluahkan perasaan mereka tetapi pada masa sama, inginkan pasangannya sedar bahawa mereka sedang disakiti
    • Hukuman: Sekiranya anda menggunakan kesenyapan untuk menghukum, mengawal atau manipulasi seseorang, ini adalah satu bentuk penderaan emosi

    Silent treatment adalah penderaan emosi! Ini sebab-sebabnya

    Penderaan, satu perkataan yang membawa makna yang berat. Ini kerana tiada siapa suka menganggap diri mereka sebagai seorang pendera, kan?

    Tapi, apabila anda selalu memberikan silent treatment kepada pasangan, tanpa sedar anda juga boleh tergolong di dalam golongan ini. Ini sebab-sebabnya…

    #1 Ini adalah kaedah untuk mengawal seseorang

    Dalam apa jua jenis hubungan, kedua-dua pihak harus bebas bertindak mengikut pilihan mereka.

    Ya, mereka mungkin membuat pilihan yang kurang bijak lantas menyakitkan hati orang lain atau diri sendiri, namun sekurang-kurangnya ia berlaku atas kehendak diri.

    Sudah tentu, setiap orang mempunyai had masing-masing, dan pastinya tidak suka apabila orang lain mula melampaui batas.

    Tetapi, silent treatment juga tidak menghormati batasan tersebut dengan cara yang sihat. Malah, keadaan mungkin bertambah buruk!

    Jika kalian melakukannya, secara tidak langsung anda tidak memberi mereka peluang dan pilihan untuk bersuara dalam suatu masalah.

    Jika mereka berdegil maka layanan dingin ini akan berterusan, yang boleh memberikan tekanan mental kepada pasangan.

    #2 Bertujuan untuk menghukum

    Apabila berlaku perselisihan faham, tentu sekali anda akan mempunyai satu perasaan yang kurang menyenangkan terhadap pasangan.

    Dek kerana hati yang disakiti, anda mungkin merasakan cara terbaik untuk menyedarkan mereka adalah dengan menyakiti mereka semula, dan ini adalah satu mentaliti yang sangat toksik!

    Pun begitu, memilih untuk membuat seseorang berasa teruk secara sedar sudah dikira sebagai satu bentuk penderaan emosi.

    Ini kerana, tanpa sedar anda mengatakan bahawa orang lain berhak menderita atas kelakuan mereka, yang sudah boleh dilabel sebagai membalas dendam cara halus.

    #3 Membuatkan pasangan berasa cemas

    Sekiranya kalian menggunakan taktik layanan dingin ini dengan kerap, ia mampu menyemai ‘benih’ kegelisahan dalam fikiran pasangan.

    Perasaan cemas ini disebabkan rasa takut terhadap ketidakpastian dan kemungkinan ia untuk berlaku pada bila-bila masa.

    Hal ini, sekali lagi, adalah satu bentuk kawalan kerana ia memberikan si pelaku kuasa untuk menidakkan hak dan perasaan pasangan.

    #4 Ia melemahkan emosi

    keinginan seksual lelaki

    Kesan penderaan emosi yang disebabkan silent treatment bersifat jangka panjang dan lama-kelamaan, ia akan mula memakan diri.

    Layanan dingin ini, apabila digunakan berulang kali, akhirnya akan mematahkan semangat pasangan sehingga mereka tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melawannya.

    Sudah tentu, mereka yang mempraktikan taktik ini melihatnya sebagai satu bentuk justifikasi ke atas tindakan pasangan.

    Ia berfungsi untuk membuat pasangan mengalah, mengakui kesalahan serta rasa bersalah, sehingga memberi kesan yang mendalam kepada si penerima.

    #5 Mempengaruhi perasaan kasih sayang

    Apabila silent treatment digunakan, maka terkuburlah perasaan sayang, cinta, rindu dan sebagainya.

    Si pelaku mungkin tidak terkesan dengan perbuatannya, tapi yang pasti mereka yang mengalaminya akan berasa sebaliknya.

    Dalam sesebuah hubungan, masalah yang perlu diselesaikan sepatutnya dibincang dengan kasih sayang berserta sentuhan fizikal.

    Namun, layanan dingin ini hanya membuatkan mereka rasa tidak disayangi, diabaikan dan ini adalah satu lagi bentuk penderaan emosi!

    Rumusan…

    Bagi mengekalkan ikatan kasih sayang yang terjalin, cubalah elakkan pendekatan sebegini, lebih-lebih lagi saat menghadapi konflik hidup.

    Harus kalian semat di minda, tiada manusia yang sempurna. Malah, hubungan bahagia selalunya dibina atas dasar toleransi dan komunikasi yang berkesan.

    Ego, tidak akan ke mana jika melayannya. Bahkan, anda hanya akan merosakkan lagi ikatan cinta dengan pasangan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan